Thursday, July 31, 2008

Pesta Buku Malaysia

Alhamdulillah,semalam aku berpeluang untuk meninjau suasana sekitar Pesta Buku Malaysia yang berlangsung di PWTC bermula 31 Julai - 3 Ogos 2008.Aku memilih untuk menaiki komuter berbanding motorsikal.Mungkin lebih selesa jika aku menggunakan pengangkutan awam,fikirku.Aku bertolak dari stesen komuter UKM tepat jam 11.00 pagi.Nasib tidak menyebelahi aku kerana kaunter tiket di stesen berkenaan ditutup kerana pertukaran syif.Nasib baik,aku memiliki beberapa keping syiling yang boleh digunakan di mesin tiket automatik.Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan,tidak ramai manusia yang menaiki kenderaan itu.Mungkin hari bekerja yang menyebabkan suasana di dalam tren agak lenggang.Aku menghantar SMS kepada sahabatku Ijat dengan mengatakan aku dalam perjalanan ke sana.Ijat merupakan sahabatku yang ku kenali di alam internet.Sampai sahaja di stesen komuter Putra,aku melihat jam di telefon bimbitku.12.00 tengahari!Masih ada banyak masa untukku merayau-rayau di sana.

Sesampainya di PWTC,aku melihat tidak ramai pengunjung yang ada di sana.Mungkin hari pertama,getus hatiku.Aku mula berasa pelik kerana tidak banyak poster-poster tentang Pesta Buku berkenaan dipamerkan di sekitar PWTC.Seolah-olah program berkenaan tidak mendapat liputan yang hebat dari media.Langkah kakiku mula dipercepatkan ke tingkat 3dewan berkenaan.Apabila aku tiba di dewan pameran,tidak banyak booth yang dibuka seperti pesta buku sebelum ini.Hanya booth-booth penerbit buku yang terkenal sahaja ku lihat di kiri kanan dewan.

Aku singgah di booth MPH Bookstore dan Telaga Biru sebelum mencari booth PTS.Sempat jugak ku bertanya kepada staff Telaga Biru tentang buku Satu Rasa Dua Hati.Mereka seolah-olah tidak tahu menahu tentang kewujudan buku itu.Dengan yakinnya,aku menegaskan itu merupakan buku terbaru Ustaz Pahrol Md Juoi.Masakan mereka tidak mengetahui kerana Ustaz Pahrol merupakan penulis tetap di Telaga Biru.Ah,mungkin boleh kucari di gerai lain.

Beberapa kali aku berlegar-legar di dewan tersebut mencari lokasi booth PTS.Mustahil booth berkenaan tidak wujud kerana aku dimaklumkan bahawa beberapa penulis PTS akan berada di booth tersebut sepanjang pesta buku ini.Setelah penat mencari,ku halakan langkahku ke kaunter pertanyaan.Alhamdulillah,seorang wanita bertudung labuh di sebelahku menunjukkan arah lokasi booth PTS.

"Adik jalan terus,sampai hujung dewan,nampak pentas,then PTS kat depan pentas tu "wanita itu memberi penjelasan.Tanpa sempat menucapkan terima kasih,aku terus menghala ke arah yang dimaksudkan.Agak tersorok gerai PTS kali ini.Patutla aku gagal mencarinya tadi.Setibanya aku di gerai tersebut,sesi penggambaran slot "Resepsi Buku" TV1 sedang dijalankan.Tanpa mempedulikan mereka,aku terus membelek-belek beberapa buku yang menarik perhatianku.

Dua buku karya Ann Wang Seng ku bawa ke kaunter pembayaran.Agak menarik pengisian buku itu.Diskaun 10% yang diberikan mengurangkan harga yang perlu dibayar.Sebelum aku melangkah keluar,aku melihat akhi Amin Idris dan Akhi Fadzli Yusoff berada di meja di sudut kanan gerai.Aku terus menegur mereka berdua.Seri pengantin baru pada wajah Akhi Amin masih lagi belum hilang.Aku mengenali mereka berdua menerusi blog-blog mereka di alam maya.Alhamdulilah,Akhi Amin masih mampu mengingatiku dengan gelaran "haziq".

Selepas keluar dari PWTC,aku dan Ijat menghayun langkah ke The Mall untuk makan tengahari.Pelbagai kisah dikongsikan sepanjang kami bertemu.Aku perasan,banyak mata memandang kami berdua.Baru aku teringat yang aku melekatkan badge KeADILAn di beg sandangku manakala Ijat pula memakai pakaian yang tertera lambang UMNO.Aku tersenyum sendirian apabila mengenangkan perkara itu.Aku bergerak ke stesen komuter tepat jam 2.15 petang.

Sepanjang perjalanan,aku membelek2 kedua2 buku yang telah aku beli sebentar tadi.Di hadapanku,satu pasangan sedang asyik memadu asmara.Bacaan ku terganggu apabila melihat ragam mereka berdua.Si perempuan lengkap bertudung dan berbaju lengan panjang.Aku amat yakin kedua-dua remaja tersebut belum lagi bernikah.Kalau la,mereka adik kandungku,sudah lama ku tampar,getusku geram.Betul kata2 ustazku yang mengatakan,mudah bagi kita untuk mengajak kepada yg maaruf,tapi amat susah untuk menghalang yg mungkar.Tidak sanggup melihat maksiat berada di depan mataku,aku mengubah tempat dudukku.Kali ini aku menghadap seorang wanita yang sedang mendukung anak kecilnya.

Kali ini bacaan tidak mampu kuteruskan.Keadaan tren yang bergoyang menyebabkan aku gagal membaca dengan baik.Satu SMS ku hantar kepada Ustaz Pahrol bertanyakan tentang buku tersebut.Sedikit terkejut apabila ustaz memberitahu buku tersebut di bawah terbitan Galeri Ilmu dan bukan Telaga Biru.Patutla staff TB tidak tahu menahu tentang buku tersebut.Aku malu sendirian bila memikirkan apa yang berlaku tadi.

Pada sebelah malamnya aku rancak meratah buku-buku yang aku beli sebentar tadi.Selesai menghabiskan separuh tebal buku tersebut,aku menghantar SMS kepada Akhi Faizal dari kumpulan Farhan Akademi Nasyid.Kumpulan Farhan adalah peserta pilihanku dalam Akademi Nasyid.Dia mengajakku untuk menyaksikan AN di Sri Pentas 2,Shah Alam pada Sabtu ini.Mungkin aku tidak dapat pergi kerana aku sudah berjanji dengan Ikmal untuk ke KUIS Sabtu ini.

Tuesday, July 29, 2008

29 Julai 2008

""Datangla program Al-Quds nanti,ana jadi sukarelawan,banyak program menarik ada".Begitula bunyi SMS yang dihantar oleh Hasanah,akhawat KUIS yang sedang mengikuti kursus kejururawatan di sana.Aku bertanya kepadanya tentang program yang bakal dijalankan lantaran kekurangan maklumat tentang program tersebut.Banyak perkara yang perlu kufikirkan minggu ini.Aku hanya melihat iklan di muka depan website KUIS.Nasib baik aku teringatkan Hasanah yang sedang belajar di sana.Sedikit sebanyak informasi dapat juga ku ketahui.Alhamdulillah.Terima kasih Ustazah Hasanah.

Lagu "Sutera Kasih " nyanyian Inteam berulangkali ku mainkan sambil melayari beberapa website yang perlu aku jelajahi minggu ini.Lagu ini memang aku minati sejak di sekolah menengah lagi.Menenangkan kepala yang sedikit kusut.Malam ni aku sempat mengadakan sedikit perbincangan dengan Abi Yahya.Tarikh 16 Ogos yang dicadangkan Abi untuk kami berjumpa menimbulkan sedikit kerisauan.Seingat aku,Kak Umi telah mengajak aku mengikutinya ke walimah Fazli di Pasir Gudang.Aduh,aku gagal membuat sebarang keputusan sekarang ini.

Malam ini aku merancang untuk menghabiskan buku karangan Ustaz Khairuddin.Mungkin agak lewat aku melelapkan mata malam nanti.Lagu Halimatus Saadiah menyusuri pendengaranku.Aku berkira-kira sudah lama aku tidak menghayati alunan lagu ini.Bait-bait liriknya begitu memberi makna yang mendalam.Lihat saja pencipta liriknya,Ustaz pahrol Md Juoi.Mmg terkenal dengan lagu serikandi Islam.

Rasanya setakat ini catatan harian ku.Moga esok masih ada buatku.Ameen

28 Julai 2008

Jam menunjukan pukul 10.00 pagi ketika aku melangkah keluar dari kedai majalah.Majalah ANIS keluaran Julai yang kucari sejak seminggu yang lalu gagal ku temui.Mungkin sudah dikembalikan ke kilang kerana yang ada hanya keluaran terbaru,Ogos 2008.Ada artikel yang perlu kucari dalam edisi tersebut.Sedikit hampa menyelinap di mindaku.Ah!Mengapa perlu bersusah payah,minggu depan berlangsung Pesta Buku Malaysia.Aku boleh mendapatkannya di sana.

Ketika melintas di longgokan suratkhabar di kedai tersebut,pandanganku tertarik kepada Suara Keadilan yang terbaru.Isu penangkapan DSAI menjadi tajuk utama akhbar itu.Hatiku mula tertarik untuk mengikuti perkembangannya.Satu persatu helaian ku tatapi sambil menghirup segelas air di warung berhampiran.Kadang-kadang aku mula rasa benci terhadap suasana politik Malaysia.Aku tidak mampu membuat ramalan apa yang akan berlaku terhadap Malaysia sekiranya situasi ini berterusan.Helaian terakhir akhbar tersebut menarik minatku.Solat hajat berjemaah akan diadakan pada hari Sabtu ini di Masjid Negara dengan diimamkan oleh Ustaz Zulkifli Noordin serta Ustaz Badrul Amin.Aku berkira-kira untuk menyertainya...Ya,rasanya sudah lama aku tidak melihat wajah ahli politik berkenaan.Ustaz Zulkifli Noordin,seorang peguam yang amat ku kagumi dengan kelantangannya bersuara.Masih ku ingat lagi ketika aku menyertai seminar isu murtad suatu ketika dulu di Masjid Wilayah.Ketegasannya bersuara begitu menarik minatku.Fakta yang disampaikan begitu realistik.Tidak mustahil penduduk Kulim-Bandar Baharu mengangkatnya sebagai Ahli Parlimen bagi penggal ini.

Selesai Solat Zohor,aku melabuhkan punggungku sambil membuka radio IKIM.Lagu Ratu Syahadah nyanyian Inteam memenuhi ruang bilikku.Lantas teringatku kepada sahabatku di alam maya.Iman.Apa khabar dia sekarang?Sudah lama rasanya aku tidak menghantar SMS kepadanya.Ku capai telefonku dan satu SMS ku hantar bertanyakan khabar.Dia menjemputku ke walimah kakaknya pada 2 Ogos ini.Sempat ku mengusiknya tentang bila akan berlangsung walimahnya.Gadis Pulau Pinang ini memang aku kagumi sejak aku mula menjadi moderator di sebuah website.Walaupun nampak lasak,tetapi tutur pergaulannya dengan muslimin memang terjaga.Jarang ku melihat gadis ini bergambar dengan mana-mana lelaki yang bukan mahramnya,jarang juga ku melihat SMS milik gadis ini memenuhi inbox telefon bimbit sahabat2 musliminku.Itu kekuatan muslimah ini yang amat ku kagumi.Aku mendoakan agar dirimu bertemu jodoh yang baik.Ameen.

Telefon ku bergetar menandakan ada mesej diterima.Aku melihat siapakah pengirimnya.Ustaz Akil Hayy!Hampir aku terlupa bahawa aku pernah bertanyakan soalan agama kepadanya 3 hari yang lalu.Alhamdulillah,jawapan yang kuterima amat memuaskan hati.Amat padat dan idealistik.Satu mesej ucapan terima kasih ku balas kepadanya.Kali terakhir aku bersua dengan lelaki ini ialah di Dewan Ikim 13 Julai yang lalu.Ya,peribadi lelaki ini memang aku kagumi.Kepetahannya berceramah boleh memukau perhatian pendengar.Rasanya sudah lama aku tidak mendengar ceramah dari ustaz ini.Mungkin jika ada peluang,akan ku sertai ceramahnya.

Hujung minggu ni akan berlangsung Minggu Penghayatan Al-Quds di KUIS.Aku sudah merancang untuk ke sana Sabtu ini.

Monday, July 28, 2008

Demam...=(

Hujung minggu yang lalu,satu musibah telah menimpa diriku.Aku diserang selesema,batuk2,sakit kepala,muntah2 serta demam yang amat teruk.Aku mula sedar aku kurang sihat selepas selesai solat Asar pada petang Sabtu lepas.Lantas,aku terpaksa membatalkan rancanganku untuk mengikuti kuliah ilmu Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz di Kampung Baru.Satu SMS telah kuhantar kepada sahabatku Ikmal menyuruhnya pergi tanpaku.Rasa sedih jugak sebab "miss" kuliah ilmu tu.Mungkin kifarah dosa aku sendiri.

Demam mula bertambah teruk menjelang Isyak.Aku tidak mampu lagi untuk berdiri.Kepala terasa berpusing-puing.Aku hanya mampu solat dalam keadaan duduk.Badanku terasa panas,tapi anehnya aku kesejukan yang amat sangat.Tiga gebar selimut gagal memanaskan badanku.Tiada setitik peluh pun yang mampu aku keluarkan.Sahabat baikku yang berada di Kaherah,Mesir menelefonku bertanyakan khabar.Tiada yang mampu aku ucapkan hanya mengatakan aku bertambah sihat sedikit.Namun suaraku yang sedikit lemah,mungkin membuatnya terhidu keadaanku.Sedikit kata2 nasihat dititipkan buatku.Syukran sahabatku.

Semalaman aku tidak dapat tidur dengan nyenyaknya.Novel Salju Sakinah ku khatam buat kali kedua.Aku risau memikirkan rancanganku pada keesokan hari untuk pergi ke Masjid Wilayah akan tergendala dek kesihatanku.Lantas telefon bimbit ku capai.Satu SMS ku hantar kepada sahabatku memintanya pergi tanpaku jika kesihatan aku terganggu lagi.Mata kucuba pejamkan namun gagal.Ya Allah,betapa hebatnya kau menguji diriku.

Jam di telefonku berbunyi pada jam 5.50 pagi.Aku pun tidak menyedari pada waktu bilakah aku mengunci waktunya.Lantas ku capai tuala untuk ke bilik air.Argh..Betapa beratnya kepalaku..Ku gagahi juga jasadku ke bilik air.Selepas usai menunaikan solat Subuh,ku capai telefonku semula.Satu SMS dihantar lagi kpd sahabatku.Aku gagal untuk menghadiri seminar itu.Ku teruskan rehatku sehingga matahari terpacak di atas kepalaku.

Alhamdulillah,demamku makin surut menjelang Asar.Aku sudah mampu berdiri.Batukku sudah hilang.Ya Allah,terima kasih kerana menyembuhkanku.Betapa ruginya aku minggu ini kerana gagal menadah ilmu agamaMu Ya Allah.

Thursday, July 24, 2008

Mengapa Aku Bukan Seorang Tabligh?

Perkenalanku dengan jemaah Tabligh bermula ketika aku di tahun pertama di UKM.ketika itu,dua orang seniorku,abang Shariman dan Abang Fazmi banyak mengajakku untuk bersama-sama mereka. Aku jadi berminat untuk mengetahui tentang jemaah ini kerana diajak oleh mereka. Ketika itu yang menarik perhatianku adalah sikap dan akhlak mereka. Mereka menunjukkan sikap yang ramah, sederhana dan mudah bergaul dengan sesiapapun. Inilah bagiku keistimewaan dan daya tarikan jemaah Tabligh. Tidak diragukan lagi mereka adalah orang-orang yang baik dan ikhlas. Aku ikuti mereka sehingga ke Markaz mereka di Sri Petaling,Selangor. Aku dapati pengisian rohaninya amat menarik dan memberikan keinsafan. Memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang hauskan spiritualiti. Namun aku tidak dapat pergi lebih jauh dari itu. Dalam hati dan fikiranku tetap mengatakan ia bukanlah gerakan Islam yang kuidam-idamkan. Namun ketika itu aku tidak dapat menjelaskan mengapa.

Semakin dalam aku mempelajari agama semakin jelas kepadaku hakikat sebenar gerakan ini dan segala kekurangannya. Meskipun ia dapat memberikan kepuasan rohani dan mendidik orang-orang yang hauskan kerohanian, sama ada kerana baru mengenal Islam ataupun kerana lebih selesa dengan pendekatan ‘uzlah (menyendiri untuk beribadah),namun ia tidak terlepas dari banyak penyimpangan dan kekeliruan. Aku sedar pendedahan ini akan menyinggung saudara-saudaraku dari jemaah Tabligh, namun kebenaran perlu dinyatakan agar umat Islam tidak terus melakukan kesilapan.

Pertama, aku melihat Tabligh sebagai lambang kepada sebuah penafsiran Islam yang konservatif. Golongan ini menafsirkan agama secara kolot dan rigid. Hanya kerana Rasulullah s.a.w. keluar berdakwah menawarkan Islam kepada kabilah-kabilah Arab ketika di Mekah, maka apakah kita perlu melakukan persis hal yang sama? Mestikah kita mengikuti Sunnah Rasul secara rigid, ataukah pelaksanaan Sunnah tersebut diserahkan kepada kita untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Apakah ia satu perintah yang spesifik dengan kaedahnya ataukah satu kewajipan yang harus mengikut keadaan. Pada masa ini dakwah dapat dilakukan melalui seribu satu kaedah dengan kecanggihan teknologi. Aku tidak fikir caranya mesti sama dengan cara yang ditempuhi oleh Rasulullah. Apa yang penting dakwah dilaksanakan, Risalah diteruskan dan kebenaran Islam terserlah. Yang jelas dalam Islam banyak ruang untuk umat Islam menggunakan kreativiti dan kepintaran mereka dan Islam tidak sama sekali ingin menjadikan umatnya bersikap dogmatik dan kaku. Aku yakin, sebagaimana dicontohkan dalam peristiwa khaibar, Rasulullah memberikan kebebasan kepada umatnya untuk melaksanakan perintahnya mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing, asalkan perintah dilaksanakan. Semakin jelas kepadaku bahawa pendekatan konservatif tidak dapat dan tidak boleh kuterima. Allah telah kurniakan aku dengan akal untuk berfikir kehadapan. Oleh kerana itu aku tidak dapat menerima doktrin yang menuntut pengikutnya hanya mengikut sahaja. Aku yakin setiap pendekatan yang memenjarakan akal dan menutup cakrawala pemikiran bukan daripada Islam.

Aku melihat mereka adalah golongan yang anti kemajuan dan menerima budaya patriarki. Kerananya ramai daripada golongan ini merendahkan dan mengongkong wanita, melarang kaum wanita daripada bekerja dan mendapatkan pendidikan yang tinggi. Memang tidak salah menyuruh kaum wanita menjadi surirumah, bahkan ia juga satu yang baik untuk kepentingan keluarga, namun melarang mereka bekerja, atau bersekolah tinggi kerana takutkan pergaulan bebas adalah langkah ke belakang. Umat Islam memerlukan sumber manusia yang baik untuk membangunkan ummah. Tampaknya golongan Tabligh tidak menjadikan agenda pembangunan ummah sebagai keutamaan; mereka tidak melibatkan diri dalam membangunkan sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi, politik dan perundangan Islam. Banyak cabaran perlu ditangani oleh umat Islam hari ini. Antara cabaran yang besar bagi umat Islam hari ini adalah mengenyahkan segala kekeliruan dan salah faham tentang Islam dan menegaskan ketinggian dan keindahan Islam di mata dunia. Semua ini hanya dapat dilakukan dengan menuntut ilmu setinggi yang mungkin dan meningkatkan diri, bukan mengasingkan diri, menolak kemajuan atau menolak dunia.
Islam tidak sesekali meremehkan dunia seperti dalam agama Kristian. Islam menuntut kesungguhan, disiplin, dan amanah dalam kerjaya, tanggungjawab keluarga, sosial dan ekonomi. Islam menuntut umatnya agar dapat menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan akhirat, antara jasmani dengan rohani dan bukan meninggalkan atau meremehkan salah satunya. Kemajuan adalah sesuatu sifat semulajadi yang Tuhan berikan kepada manusia. Dengannya manusia mampu mencapai kesempurnaan (insan kamil) dan menjadi khalifah Allah di muka bumi. Tanpanya manusia akan kekal sebagai makhluk yang diciptakan dari tanah dan dengan itu telah mensia-siakan banyak potensi yang Allah berikan kepadanya.


Kedua, aku melihat golongan Tabligh memandang remeh terhadap ilmu pengetahuan. Golongan ini berpendapat ilmu yang tinggi tidak membawa apa-apa manfaat. Dalam satu dialog antara aku dengan seorang Tabligh, ia mengatakan bahawa keluar bermujahadah adalah lebih lebih penting daripada menimba ilmu. Dengan keluar bermujahadah (khuruj) seseorang akan memperoleh ilmu yang sebenar-benarnya. Tentunya ilmu yang ia maksudkan adalah ilmu dalam konteks sufi iaitu irfan. Secara tidak langsung mereka membiarkan diri mereka dibelenggu kejahilan dan meminggirkan ilmu-ilmu yang justeru telah mengangkat martabat umat Islam di masa dahulu. Aku yakin ma’rifatullah tidak akan tercapai selagi kejahilan membelenggu kita.

Kerana kejahilan inilah golongan ini cenderung mengulang perkara yang sama dalam setiap kesempatan dakwah mereka. Kerana kekurangan ilmu, mereka bercakap tentang perkara-perkara asas dalam Islam tanpa mampu menghuraikannya secara ilmiah dan matang oleh itu ia tidak menarik minat masyarakat khususnya kaum muda untuk mendekati Islam. Malah lebih malang lagi generasi muda orang bukan Islam cenderung mentertawakan golongan ini dan hal ini tidak baik untuk imej Islam.

Ketiga, mereka mempunyai sikap taassub dan fanatik terhadap guru dan ketua mereka. Mereka meletakkan syeikh Tabligh di atas segala-galanya. Setelah berbay’ah kepada guru tersebut, mereka percaya guru mereka mempunyai banyak keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kedudukan guru ini seolah-olah lebih tinggi daripada Rasulullah sendiri. Mereka taat dan patuh kepada doktrin guru mereka bahawa khuruj lebih penting daripada menuntut ilmu. Sedangkan Rasulullah mewajibkan umatnya menuntut ilmu (talab al-ilm) sepanjang hayat. Bagi golongan ini ijtihad telah tertutup kerana tidak ada seorangpun yang mampu memiliki kecerdasan para Imam mazhab.

Keempat, doktrin-doktrin dalam Tabligh cenderung untuk membius pengikutnya sehingga tidak sedar akan tanggungjawabnya terhadap bangsa, negara dan umat. Mereka seolah tidak peduli dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam. Kezaliman dan penindasan oleh penguasa-penguasa tertentu dan musuh-musuh Islam langsung tidak memberi kesan dan reaksi kepada diri mereka.

Pada asalnya, ketika gerakan ini dilancarkan akhir 1920an, gerakan ini bertujuan untuk mengajak masyarakat India Muslim yang masih berpegang dengan budaya Hindu agar betul-betul melaksanakan Islam dalam kehidupan mereka. Dalam usaha menyedarkan masyarakat lama-kelamaan mereka sendiri terbius oleh ketidaksadaran bahawa mereka telah mengobati penyakit dengan penyakit yang lain. Golongan ini semakin pasrah kepada takdir bahawa mereka adalah bangsa yang lemah dan tidak berdaya untuk melakukan perubahan. Mereka menemukan kelazatan, atau kepuasan, dengan mengasingkan diri secara spiritual daripada hiruk pikuk dunia. Secara tidak langsung mereka menyerahkan kepada Allah agar melakukan perubahan untuk mereka. Padahal sesiapapun tahu emas tidak akan turun dari langit.

Muhammad Ilyas, pendiri gerakan ini, memang telah mengambil tindakan yang betul dalam memperkenalkan pendekatan khuruj (keluar bermujahadah) dalam konteks masyarakat India yang terkebelakang pada masa itu. Tetapi untuk diikuti secara membuta tuli oleh kita di masa ini dalam konteks yang berbeza adalah sesuatu yang tidak rasional. Ia tidak sesuai lagi untuk masyarakat yang membangun di zaman globalisasi. Cabaran hari ini menuntut kita untuk mengemukakan idea-idea kita secara ilmiah dan mantap kerana masyarakat semakin pintar dan menuntut penjelasan yang matang. Permasalahan hari ini juga semakin kompleks, dengan tersebarnya fahaman sekularisme, liberalisme dan pascamodenisme, maka keadaan ini menuntut kita untuk memiliki keilmuan yang tinggi dan berfikir dengan mendalam dan komprehensif. Masalah ramainya orang Melayu murtad contohnya tidak dapat ditangani hanya dengan mengajak kaum muda mendirikan solat berjamaah.

Kelima, mereka melakukan banyak tafsiran yang menyimpang dan bid’ah. Jihad yang disepakati oleh para ulama sebagai mekanisme untuk mendaulatkan Islam dan umat Islam ditafsirkan secara simplistik dengan khuruj (keluar berdakwah). Pendangkalan makna jihad ini amat disukai oleh musuh-musuh Islam sehingga tidak melihat golongan ini sebagai ancaman kepada Barat. Mereka menetapkan bilangan tertentu untuk melaksanakan aktiviti mereka iaitu khuruj 40 hari dalam setahun , 4 bulan seumur hidup semua ini tentunya adalah bid’ah. Kerana dengan aktiviti tersebut mereka berharap ia akan bernilai ibadah di sisi Allah. Pemahaman mereka terhadap aqidah dan iman juga terlalu dangkal sehingga melihatnya terpisah daripada kehidupan harian apalagi meliahatnya sebagai asas cara berfikir dan worldview yang membentuk peradaban Islam.

Keenam, golongan Tabligh tidak memperdulikan permasalahan politik. Bagi mereka persoalan politik bukan sebahagian daripada agama. Mereka beranggapan bahawa perubahan masyarakat hanya mungkin dilakukan melalui dakwah secara tradisional; perjuangan melalui pendekatan selain dakwah termasuk politik dan pendidikan tidak akan membawa kepada kejayaan. Aku hairan, jika benar mereka ingin mengikuti Sunnah Rasul, maka seharusnya mereka tidak memisahkan agama dengan politik. Atau mengambil ajaran Islam yang bersifat spiritual sahaja dengan meninggalkan ajaran Islam yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan. Tindakan ini sama sahaja dengan beriman dengan sebahagian daripada Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain. Nyata sekali sikap seperti ini ditempelak oleh al-Qur’an dan hanya akan mendatangkan kehinaan di dunia dan siksaan Allah di akhirat (al-Baqarah: 85).

Begitu jelas bagiku bahawa al-Qur’an ingin Islam dilaksanakan sepenuhnya termasuklah dalam ruang publik dan politik. Rasulullah s.a.w. menggagaskan perlembagaan pertama di dunia dan berjaya memimpin sebuah negara yang adil, bertanggungjawab dan makmur. Negara dan Tamadun yang diasaskan oleh Baginda dihormati dan disegani oleh raja-raja dunia. Praktik politik pada generasi awal Islam adalah contoh bagaimana sebuah pemerintahan yang adil dan bertanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berdasarkan kepada Islam dan bukan pemikiran manusia yang sempit. Semua itu perlu diikuti dan bukan hanya dibanggakan atau disembunyikan dalam lipatan sejarah. Dengan sistem yang menyeluruh dan holistik ini maka Islam dapat memperluas pengaruhnya ke seluruh dunia dan menjadi agama rahmatan li al-‘alamin yang menjanjikan keamanan dan kedamaian. Namun sayangnya keunggulan sistem-sistem Islam ini dikhianati oleh umat Islam sendiri yang sengaja menutup mata dan membutakan hati dari melihat dan mengkaji khazanah-khazanah yang ditinggalkan oleh para pendahulu mereka.

Pesanku untuk teman-teman dalam jemaah Tabligh agar jangan menjadikan Tabligh sebagai akhir pencarianmu tetapi jadikanlah ia awal pencarian yang dapat membawa kepada penyucian diri dan sebahagian daripada usaha untuk mencontohi Rasulullah. Jika kita buka minda, kita akan nampak banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul. Alangkah baiknya jika usaha yang dilakukan oleh jemaah Tabligh, dengan jumlah mereka yang begitu ramai, disalurkan dengan tepat dan bijaksana. Tentunya usaha dan kegigihan mereka akan dapat memberi kesan yang besar terhadap pembangunan dan pemberdayaan umat Islam di zaman ini. Namun kerana ketertutupan minda mereka dari menerima pandangan-pandangan yang lain dari yang selalu mereka dengar maka selamanya mereka tidak berupaya memahami masalah sebenar umat ini. Oleh itu, keikhlasan dan kebaikan peribadi sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang Muslim yang sejati. Banyak lagi prasyarat dan kriteria yang perlu dimiliki untuk menjadi hamba Allah sekaligus khalifahNya di muka bumi ini.

Wednesday, July 23, 2008

Jalan-Jalan Cari Wanita

BAHAN-BAHAN

1 Batang pen
1 helai kertas (kecil sedikit dari A4)
2/3 Perenggan kata-kata berupa nasihat.( secukup rasa)

Begini. Caranya begitu mudah. Anda tidak perlu mengerah suara. Cukup menggerakkan tangan menulis tidak sampai 10 minit, dan menggerakkan tangan menghulur kertas tidak sampai 10 saat. Untuk apa? Hendak tulis apa?

Untuk mereka yang berhati iman, semestinya iman tidak selesa melihat maksiat menjamu hati. Tetapi,banyaknya hati-hati kita ini setakat tidak redha dalam hati. Bagi kita, kalau tidak mampu hendak tegur guna tangan dan mulut, benci dalam hati itu pun sudah dikira iman. Aish, tak kan hendak pegang title selemah-lemah iman itu sampai dijemput izrael?

Jadi, sebagai manusia yang pantang mencari alasan, pastinya otaknya ligat mencari sebab untuk tetap berdakwah. Bukan mencari sebab untuk takut berdakwah. Alhamdulillah, saya menemui satu cara yang saya fikir agak kreatif untuk ‘menahi munkar’ melalui seorang sahabat yang sangat-sangat saya kagumi fikrah dakwahnya. Mungkin kita ingin menegur pasangan-pasangan maktuwe dan paktuwe yang busy dating, ataupun, gerombolan wanita yang busy buat tayangan baju ala-ala baju budak tadika. Tetapi kerana tidak yakin dan takut akan respon mereka ini, anda batalkan niat anda.

Oleh itu, saya Cuma menyediakan cadangan untuk anda. anda tulislah kata-kata nasihat yang betul-betul lahir dari hati anda. tidak perlu terlalu banyak berdalil. Yang penting hikmah melalui tulisan anda itu tertusuk ke hati mereka. Awas! Jangan cuba-cuba taip! Tulislah dengan tulisan tangan kerana ia melambangkan kejujuran dan keikhlasan anda untuk menasihati. Awas! Jangan guna ayat-ayat mencaci dan kasar! Kata-kata pujian pada awalnya dan kelembutan dalam menasihati itu yang nabi ajarkan pada kita.

Assalamu’alaikum saudari..

Maaf menganggu waktu sdri. Sebenarnya dari tadi saya asyik memandang sdri. Alhamdulillah, saya lihat sdri memang cantik bertudung litup,dan berbaju kurung. Kurniaan Allah yang Maha Sempurna juga menghadiahkan wajah yang sempurna cantiknya buat sdri. Semuanya lengkap untuk menjadi seorang muslimah. Bahkan sdri jauh lebih sopan pakainya dari wanita-wanita di sekeliling sdri yang berpakaian singkat lagi ketat. Itulah istimewanya sdri.(“,)

Sdri pernah dengar kata-kata ini :

“ jadilah kamu seperti mutiara yang di dasar lautan, biar ia jauh ke dasar dan tertutup tiram, namun nilainya tiadalah tandingan, usah kamu jadi seperti batu di jalanan,begitu murah dan mudah dipijak-pikak orang-orang tanpa sebarang nilai ”

Begitulah letaknya harga seorang muslimah sdri. Prinsip kita, kita bukanlah murah dan mudah untuk didekati mana-mana lelaki. Prinsip kita, kita adalah mawar yang awas dilingkari duri. Namun, jika sekarang sdri sedang bersama lelaki yang jelas-jelas bukan suami sdri, di mana letaknya lagi nilai diri sdri? Haruskah dipersamakan seperti batu tadi?


Saya yakin sdri bukanlah seperti itu. Sdri,apabila menjadi wanita, jadilah mahal untuk lelaki, apabila menjadi wanita, jadilah sombong untuk lelaki, apabila jadi wanita, jadilah yang susah untuk lelaki, kerana itu adalah taraf kita. Yang terpelihara dari yang murah dan mudah.

Sekadar itu sdri. Kerana saya sayangkan sdri yang sama-sama memegang title muslimah, saya mengajak sdri agar jauhilah bicara-bicara fitnah yang akan menimpa sdri. Mata-mata yang melihat keadaan sdri berdua dengan lelaki, sedikit sebanyak akan mengurangkan maruah diri sdri. Sedangkan maruah itu adalah permata seorang wanita. Sdri,maaf jika ada keterlanjuran kata.

( kemudian,lipatkan kertas tersebut, dan bergeraklah mencari ‘wanita’ yang dimaksudkan. Dengan lafaz bismillah, anda hanya perlu tegur dan bagi salam dan hulurkan ‘surat’ tersebut. Kemudian meminta diri. hanya itu!)

Yakinlah dengan niat kita. Jika bukan sekarang perubahannya, insyAllah, suatu masa, nasihat kita akan menjadi ‘turning point’ baginya untuk berubah.

Yang penting setelah itu, kita banyak-banyak berdoa agar Allah membuka hati mereka ini. Itu sahaja tinggal usaha yang terakhir.

Cubalah dahulu!

Monday, July 21, 2008

Hari Yang Memenatkan

Alhamdulillah,Ahad lepas Zul berpeluang pi round2 satu KL tu..Actually,niat utama nak pi cari buku Ustaz Pahrol,Satu Rasa Dua Hati..Dah cari kat Bangi,tapi banyak kedai habis stok..Kebetulan plak pagi tu ada Gathering Saujana in the Garden kat KLCC,Zul pun joinla kejap..Hehe..Thanx to Qayyum ngan Siti sebab ajak join..

Zul sampai KLCC around pukul 10.00 pagi..Orang punyala ramai kat KLCC tu,naik rimas pun ada..Sampai je KLCC ,Zul terus pi cari kedai buku Kinokuniya (Betul ke ejaan aku ni..Hehe)..Tapi,terlupa le plak lokasi kedai tu..Dah lama sangat tak pi KLCC..Then,Qayyum SMS cakap ada kat ground floor..Apa lagi,cepat2 la turun dari Tingkat 4 ...Hehe..

After that,terus ke Taman kat depan Masjid As Syakirin tu..Tengok Abang Pyan Saujana dengan Siti dah ada kat situ..Rajin betul budak dua orang tu..Boleh buat calon menantu tu..Gurau je..Ehe..Kitorang buat sesi taaruf,makan-makan kek,bergambar dan buat games kotak beracun..Zul plak kena denda nyanyi lagu Chelsea seba tak ingat tajuk lagu Saujana..Hampeh je..

Program habis dalam pukul 1.15 tengahari..Tengah dok bersiap nak balik tu,nampakla kelibat Ijat ngan member dia..Lambat sangat la pulak kawan aku sorang ni datang..Hehe..Ni antara gambar2 semasa pgrm







Lepas solat,Zul terus pi Kinokuniya..Alhamdulillah,jumpa buku tu..Tapi kat situ xde diskaun..Sp,macam rugi la pulak sebab Zul ada member card MPH Bookstore..So,Zul terus pi MPH kat MidValley..Kecewa sangat2 sebab buku kat situ tinggal 1 je..Tu pun tak boleh beli sebab orang dah tempah..Then,staff kat kaunter tu suruh pi MPH Maluri,katanya ada lagi 4 naskhah kat sana..Zul pun terusla pi MPH Maluri..Rasa macam nak nangis je bila akak kaunter tu cakap buku tu dah habis..So,kena pi Alamanda Putrajaya..Huhu..Dah tak sanggup dah nak jalan..Last2 Zul beli novel Ustaz Zaid Akhtar ngan Fatimah Syarha

Zul SMS Ustaz Pahrol,tanya kat mana senang nak dapat buku tu..Ustaz suruh cari kat Puduraya atau MPH One Utama..Huh,dah xlarat sangat2 nak patah balik..Then,Zul singgah jap kat rumah Mama Zana..Makan2,borak2,then baru Pakcik Jamal hantar LRT station..Sampai rumah dah dekat pukul 11 malam..Mmg penat bangat la..

Thursday, July 17, 2008

Wajah2 Penulis Kegemaran

Kali ni nak citer pasal pengarang2 buku kegemaran Zul..Selalu kita tengok karya diorang je kan,kali ni Zul nak introduce muka diorang pulak..Actually,Zul suka karya diorang ni sebab gaya tulisan ringkas dan mudah difahami..Input pun banyak.


Ustaz Habiburrahman El-Shirazy.Mungkin ramai yang dah kenal dengan ustaz ni..Karya yang paling best Ayat-Ayat Cinta.Dengar khabar ustaz ni tgh tulis skrip untuk filem Ketika Cinta Bertasbih


Ustaz Pahrol Md Juoi..Antara karya beliau Tentang Cinta,Satu Rasa Dua Hati,Duhai Tersayang..InsyaAllah bulan Ogos ni buku terbaru Ustaz Pahrol bakal diterbitkan iaitu Dilema Melayu-Islam :Kurang Fikir atau Kurang Zikir...Must be interesting..Jangan lupa beli ek..Promote plak..Hehe


Dr Mohd Asri Zainul Abidin..Seorang penceramah dan penulis yang terkenal dengan kelantangannya bersuara..Boleh dikatakan semua buku ustaz Asri ada dalam koleksi Zul..Gaya bahasa yang menarik serta dipenuhi dengan fakta2 yang sahih.


Fatima Syarha..Terkenal dengan novel Tautan Kasih dan Syabab Musafir Kasih..Actually,Zul xbaca habis lagi kedua2 novel tersebut..Hehe

Sunday, July 13, 2008

Malam Aspirasi Kesenian Islam


Sharing moment with Ustaz Pahrol Mohd Juoi..Ni pengarang buku feveret Zul ni..


Bersama Ustaz Erwan Johari..DJ paling comel kat IKIM..Hehe


With Abang Nazrey Johani...Orang Sabah bah..


Ades,Ustaz Akil tgk camera yg mana 1 ni..Huhu


Posing ala-ala ayu plak..Haha..


Bersama DJ Abdul Razak Hj Arbain,DJ paling cool kat IKIM


Snap gambar ngan Abang Taufeq dari Kumpulan Voice Of Men,Akademi Nasyid


Jeng2..Inilah iklan kopiah cap tangan...Senyum lebar bakal pengantin kita ni ye..Ehem2..


Bersama Kumpulan Division & Voice Of Men

Wednesday, July 9, 2008

Buku dan Aku



Seingat aku, seumur hidup aku tidak pernah ada azam tahun baru. Dan aku tak mahu memulakannya tahun ini. Namun, pada awal 2007 lalu, aku ada meletakkan sasaran untuk membaca sekurang-kurangnya dua buah buku sebulan. Dan Alhamdulillah, tiga buku terakhir yang aku baca pada bulan lalu melengkapkan jumlah 35 buah buku yang berjaya aku habiskan sepanjang tahun lalu. Bermakna aku membaca secara purata 2.9 buah buku sebulan. 45% melebihi sasaran. Tahniah untuk diri aku, hehheh! (Kalau KPI kerja, dah dapat bonus 3 bulan ni… :D)

Wednesday, July 2, 2008

Minggu Ini..Ahaks

Alhamdulillah,Sabtu lepas Zul dengan Ikmal pi tengok Konsert Hijjaz dengan Ustaz Akil Hayy kat Bangi..So far so good..Dah lama sebenarnya tak dengaq suara abang2 Hijjaz ni..Banyak lagu feveret yg diorang nyanyi..Persembahan ustaz rock kita pulak sangatla mantap..Cayala Ustaz Akil..Ramai jugak yg datang malam tu sampai kena berebut ambik tempat kat depan stage..Ustaz Erwan pun ada jugak buat rakaman Nasyid On Stage..Ingat nak jumpa dia after show,tapi cari xjumpa pulak..Ustaz Akil plak kena serbu bergambar..Last2 kitorang pun shopping je la kat gerai2 depan stadium tu..Haha..





Kak Ina plak xdapat datang malam tu sebab husband dia keje..Mama Zana n the geng plak pergi tengok Akademi Nasyid..Hehe..Dapat banyak la jugak story kat sana..Hari Ahad tu plak kitorang pergi Garage Sale kat seksyen 15..Ingat banyakla barang yg dijual,tapi sket je..


Kelihatan dalam gambar,dua org yg ku kenali..Mama Zana ngan Aiman..Hehe..Ya ampun mama..Saja posting gambar mama zana kat sini..Jangan marah nooo

Hari ni plak Zul pergi MPH kat Alamanda tu..Zul beli majalah I,buku Ustaz Zahazan dan novel hard cover Ayat2 Cinta..Actually dah ada dulu,tapi hilang ntah ke mana..Huhu..Ni kes bagi orang pinjam la ni..


Ni la gambar family pengarang feveret Zul..Comey betul anak dia kan..Ustaz Habiburrahman El-Shirazy




InsyaAllah bulan 8 ni,Mama Zana n the geng nak buat pgrm kat rumah ank yatim..Zul dah bagi list rumah anak yatim kat diorang..Maybe sekitar Lembah Klang kot..Dah lama xpergi PERNIM..Rinduunye kat adik2 kat sana..