Pesta Buku Malaysia
Alhamdulillah,semalam aku berpeluang untuk meninjau suasana sekitar Pesta Buku Malaysia yang berlangsung di PWTC bermula 31 Julai - 3 Ogos 2008.Aku memilih untuk menaiki komuter berbanding motorsikal.Mungkin lebih selesa jika aku menggunakan pengangkutan awam,fikirku.Aku bertolak dari stesen komuter UKM tepat jam 11.00 pagi.Nasib tidak menyebelahi aku kerana kaunter tiket di stesen berkenaan ditutup kerana pertukaran syif.Nasib baik,aku memiliki beberapa keping syiling yang boleh digunakan di mesin tiket automatik.Alhamdulillah.
Sepanjang perjalanan,tidak ramai manusia yang menaiki kenderaan itu.Mungkin hari bekerja yang menyebabkan suasana di dalam tren agak lenggang.Aku menghantar SMS kepada sahabatku Ijat dengan mengatakan aku dalam perjalanan ke sana.Ijat merupakan sahabatku yang ku kenali di alam internet.Sampai sahaja di stesen komuter Putra,aku melihat jam di telefon bimbitku.12.00 tengahari!Masih ada banyak masa untukku merayau-rayau di sana.
Sesampainya di PWTC,aku melihat tidak ramai pengunjung yang ada di sana.Mungkin hari pertama,getus hatiku.Aku mula berasa pelik kerana tidak banyak poster-poster tentang Pesta Buku berkenaan dipamerkan di sekitar PWTC.Seolah-olah program berkenaan tidak mendapat liputan yang hebat dari media.Langkah kakiku mula dipercepatkan ke tingkat 3dewan berkenaan.Apabila aku tiba di dewan pameran,tidak banyak booth yang dibuka seperti pesta buku sebelum ini.Hanya booth-booth penerbit buku yang terkenal sahaja ku lihat di kiri kanan dewan.
Aku singgah di booth MPH Bookstore dan Telaga Biru sebelum mencari booth PTS.Sempat jugak ku bertanya kepada staff Telaga Biru tentang buku Satu Rasa Dua Hati.Mereka seolah-olah tidak tahu menahu tentang kewujudan buku itu.Dengan yakinnya,aku menegaskan itu merupakan buku terbaru Ustaz Pahrol Md Juoi.Masakan mereka tidak mengetahui kerana Ustaz Pahrol merupakan penulis tetap di Telaga Biru.Ah,mungkin boleh kucari di gerai lain.
Beberapa kali aku berlegar-legar di dewan tersebut mencari lokasi booth PTS.Mustahil booth berkenaan tidak wujud kerana aku dimaklumkan bahawa beberapa penulis PTS akan berada di booth tersebut sepanjang pesta buku ini.Setelah penat mencari,ku halakan langkahku ke kaunter pertanyaan.Alhamdulillah,seorang wanita bertudung labuh di sebelahku menunjukkan arah lokasi booth PTS.
"Adik jalan terus,sampai hujung dewan,nampak pentas,then PTS kat depan pentas tu "wanita itu memberi penjelasan.Tanpa sempat menucapkan terima kasih,aku terus menghala ke arah yang dimaksudkan.Agak tersorok gerai PTS kali ini.Patutla aku gagal mencarinya tadi.Setibanya aku di gerai tersebut,sesi penggambaran slot "Resepsi Buku" TV1 sedang dijalankan.Tanpa mempedulikan mereka,aku terus membelek-belek beberapa buku yang menarik perhatianku.
Dua buku karya Ann Wang Seng ku bawa ke kaunter pembayaran.Agak menarik pengisian buku itu.Diskaun 10% yang diberikan mengurangkan harga yang perlu dibayar.Sebelum aku melangkah keluar,aku melihat akhi Amin Idris dan Akhi Fadzli Yusoff berada di meja di sudut kanan gerai.Aku terus menegur mereka berdua.Seri pengantin baru pada wajah Akhi Amin masih lagi belum hilang.Aku mengenali mereka berdua menerusi blog-blog mereka di alam maya.Alhamdulilah,Akhi Amin masih mampu mengingatiku dengan gelaran "haziq".
Selepas keluar dari PWTC,aku dan Ijat menghayun langkah ke The Mall untuk makan tengahari.Pelbagai kisah dikongsikan sepanjang kami bertemu.Aku perasan,banyak mata memandang kami berdua.Baru aku teringat yang aku melekatkan badge KeADILAn di beg sandangku manakala Ijat pula memakai pakaian yang tertera lambang UMNO.Aku tersenyum sendirian apabila mengenangkan perkara itu.Aku bergerak ke stesen komuter tepat jam 2.15 petang.
Sepanjang perjalanan,aku membelek2 kedua2 buku yang telah aku beli sebentar tadi.Di hadapanku,satu pasangan sedang asyik memadu asmara.Bacaan ku terganggu apabila melihat ragam mereka berdua.Si perempuan lengkap bertudung dan berbaju lengan panjang.Aku amat yakin kedua-dua remaja tersebut belum lagi bernikah.Kalau la,mereka adik kandungku,sudah lama ku tampar,getusku geram.Betul kata2 ustazku yang mengatakan,mudah bagi kita untuk mengajak kepada yg maaruf,tapi amat susah untuk menghalang yg mungkar.Tidak sanggup melihat maksiat berada di depan mataku,aku mengubah tempat dudukku.Kali ini aku menghadap seorang wanita yang sedang mendukung anak kecilnya.
Kali ini bacaan tidak mampu kuteruskan.Keadaan tren yang bergoyang menyebabkan aku gagal membaca dengan baik.Satu SMS ku hantar kepada Ustaz Pahrol bertanyakan tentang buku tersebut.Sedikit terkejut apabila ustaz memberitahu buku tersebut di bawah terbitan Galeri Ilmu dan bukan Telaga Biru.Patutla staff TB tidak tahu menahu tentang buku tersebut.Aku malu sendirian bila memikirkan apa yang berlaku tadi.
Pada sebelah malamnya aku rancak meratah buku-buku yang aku beli sebentar tadi.Selesai menghabiskan separuh tebal buku tersebut,aku menghantar SMS kepada Akhi Faizal dari kumpulan Farhan Akademi Nasyid.Kumpulan Farhan adalah peserta pilihanku dalam Akademi Nasyid.Dia mengajakku untuk menyaksikan AN di Sri Pentas 2,Shah Alam pada Sabtu ini.Mungkin aku tidak dapat pergi kerana aku sudah berjanji dengan Ikmal untuk ke KUIS Sabtu ini.
No comments:
Post a Comment