Sunday, November 9, 2008

Selangkah Ke KUIS

Sudah lama rasanya aku tidak menulis di blog ini.Faktor masa yang agak terhad menyebabkan aku tidak mampu aktif menulis blog sejak kebelakangan ini.Perkembangan terkini aku?Hmm..Alhamdulillah,sudah tiga minggu aku mendaftar sebagai mahasiswa KUIS.Di sini aku mengambil jurusan Pendidikan,pengkhususan dalam bidang Bahasa Inggeris (TESL).InsyaAllah,aku bakal bergelar pendidik dua tahun lagi.Doakan yea.

Jadual kuliah di sini quite pack.Mula kelas pukul 8 pagi dan habis kelas pukul 4 atau 5 petang.Assignment dan presentation memang sentiasa ada.Kadang tu,tak terkejar masa dibuatnya.Apapun,tu semua aku anggap sebagai jihad ilmu.

Petang tadi aku sempat mendengar ceramah dari Ustaz Akil Hayy di Pusat Konvensyen KUIS.Ceramah berkisar tentang isu remaja Islam.Overall,penyampaian ceramah sangat ok..Gambar aku tak sempat nak ambik sebab bateri kamera dah exhausted..Sedih betul..

Ok,rasanya setakat ni je buat kali ini..Tata..Jumpa lagi