28 Julai 2008
Jam menunjukan pukul 10.00 pagi ketika aku melangkah keluar dari kedai majalah.Majalah ANIS keluaran Julai yang kucari sejak seminggu yang lalu gagal ku temui.Mungkin sudah dikembalikan ke kilang kerana yang ada hanya keluaran terbaru,Ogos 2008.Ada artikel yang perlu kucari dalam edisi tersebut.Sedikit hampa menyelinap di mindaku.Ah!Mengapa perlu bersusah payah,minggu depan berlangsung Pesta Buku Malaysia.Aku boleh mendapatkannya di sana.
Ketika melintas di longgokan suratkhabar di kedai tersebut,pandanganku tertarik kepada Suara Keadilan yang terbaru.Isu penangkapan DSAI menjadi tajuk utama akhbar itu.Hatiku mula tertarik untuk mengikuti perkembangannya.Satu persatu helaian ku tatapi sambil menghirup segelas air di warung berhampiran.Kadang-kadang aku mula rasa benci terhadap suasana politik Malaysia.Aku tidak mampu membuat ramalan apa yang akan berlaku terhadap Malaysia sekiranya situasi ini berterusan.Helaian terakhir akhbar tersebut menarik minatku.Solat hajat berjemaah akan diadakan pada hari Sabtu ini di Masjid Negara dengan diimamkan oleh Ustaz Zulkifli Noordin serta Ustaz Badrul Amin.Aku berkira-kira untuk menyertainya...Ya,rasanya sudah lama aku tidak melihat wajah ahli politik berkenaan.Ustaz Zulkifli Noordin,seorang peguam yang amat ku kagumi dengan kelantangannya bersuara.Masih ku ingat lagi ketika aku menyertai seminar isu murtad suatu ketika dulu di Masjid Wilayah.Ketegasannya bersuara begitu menarik minatku.Fakta yang disampaikan begitu realistik.Tidak mustahil penduduk Kulim-Bandar Baharu mengangkatnya sebagai Ahli Parlimen bagi penggal ini.
Selesai Solat Zohor,aku melabuhkan punggungku sambil membuka radio IKIM.Lagu Ratu Syahadah nyanyian Inteam memenuhi ruang bilikku.Lantas teringatku kepada sahabatku di alam maya.Iman.Apa khabar dia sekarang?Sudah lama rasanya aku tidak menghantar SMS kepadanya.Ku capai telefonku dan satu SMS ku hantar bertanyakan khabar.Dia menjemputku ke walimah kakaknya pada 2 Ogos ini.Sempat ku mengusiknya tentang bila akan berlangsung walimahnya.Gadis Pulau Pinang ini memang aku kagumi sejak aku mula menjadi moderator di sebuah website.Walaupun nampak lasak,tetapi tutur pergaulannya dengan muslimin memang terjaga.Jarang ku melihat gadis ini bergambar dengan mana-mana lelaki yang bukan mahramnya,jarang juga ku melihat SMS milik gadis ini memenuhi inbox telefon bimbit sahabat2 musliminku.Itu kekuatan muslimah ini yang amat ku kagumi.Aku mendoakan agar dirimu bertemu jodoh yang baik.Ameen.
Telefon ku bergetar menandakan ada mesej diterima.Aku melihat siapakah pengirimnya.Ustaz Akil Hayy!Hampir aku terlupa bahawa aku pernah bertanyakan soalan agama kepadanya 3 hari yang lalu.Alhamdulillah,jawapan yang kuterima amat memuaskan hati.Amat padat dan idealistik.Satu mesej ucapan terima kasih ku balas kepadanya.Kali terakhir aku bersua dengan lelaki ini ialah di Dewan Ikim 13 Julai yang lalu.Ya,peribadi lelaki ini memang aku kagumi.Kepetahannya berceramah boleh memukau perhatian pendengar.Rasanya sudah lama aku tidak mendengar ceramah dari ustaz ini.Mungkin jika ada peluang,akan ku sertai ceramahnya.
Hujung minggu ni akan berlangsung Minggu Penghayatan Al-Quds di KUIS.Aku sudah merancang untuk ke sana Sabtu ini.
No comments:
Post a Comment