Monday, July 28, 2008

Demam...=(

Hujung minggu yang lalu,satu musibah telah menimpa diriku.Aku diserang selesema,batuk2,sakit kepala,muntah2 serta demam yang amat teruk.Aku mula sedar aku kurang sihat selepas selesai solat Asar pada petang Sabtu lepas.Lantas,aku terpaksa membatalkan rancanganku untuk mengikuti kuliah ilmu Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz di Kampung Baru.Satu SMS telah kuhantar kepada sahabatku Ikmal menyuruhnya pergi tanpaku.Rasa sedih jugak sebab "miss" kuliah ilmu tu.Mungkin kifarah dosa aku sendiri.

Demam mula bertambah teruk menjelang Isyak.Aku tidak mampu lagi untuk berdiri.Kepala terasa berpusing-puing.Aku hanya mampu solat dalam keadaan duduk.Badanku terasa panas,tapi anehnya aku kesejukan yang amat sangat.Tiga gebar selimut gagal memanaskan badanku.Tiada setitik peluh pun yang mampu aku keluarkan.Sahabat baikku yang berada di Kaherah,Mesir menelefonku bertanyakan khabar.Tiada yang mampu aku ucapkan hanya mengatakan aku bertambah sihat sedikit.Namun suaraku yang sedikit lemah,mungkin membuatnya terhidu keadaanku.Sedikit kata2 nasihat dititipkan buatku.Syukran sahabatku.

Semalaman aku tidak dapat tidur dengan nyenyaknya.Novel Salju Sakinah ku khatam buat kali kedua.Aku risau memikirkan rancanganku pada keesokan hari untuk pergi ke Masjid Wilayah akan tergendala dek kesihatanku.Lantas telefon bimbit ku capai.Satu SMS ku hantar kepada sahabatku memintanya pergi tanpaku jika kesihatan aku terganggu lagi.Mata kucuba pejamkan namun gagal.Ya Allah,betapa hebatnya kau menguji diriku.

Jam di telefonku berbunyi pada jam 5.50 pagi.Aku pun tidak menyedari pada waktu bilakah aku mengunci waktunya.Lantas ku capai tuala untuk ke bilik air.Argh..Betapa beratnya kepalaku..Ku gagahi juga jasadku ke bilik air.Selepas usai menunaikan solat Subuh,ku capai telefonku semula.Satu SMS dihantar lagi kpd sahabatku.Aku gagal untuk menghadiri seminar itu.Ku teruskan rehatku sehingga matahari terpacak di atas kepalaku.

Alhamdulillah,demamku makin surut menjelang Asar.Aku sudah mampu berdiri.Batukku sudah hilang.Ya Allah,terima kasih kerana menyembuhkanku.Betapa ruginya aku minggu ini kerana gagal menadah ilmu agamaMu Ya Allah.

No comments: