Wednesday, December 24, 2008

Pilihan Kita Yang Menentukan

Semasa di bangku sekolah "dia" telah pun diberi dua pilihan. Sama ada mahu memasuki aliran Sains atau Sastera. Dan ketika itu "dia" memilih berdasarkan majoriti pilihan kawan-kawan dan juga keluarganya. Akhirnya aliran Sains dipilih.

Selepas bertarung bertahun-tahun dalam aliran Sains. Daripada sekolah menengah sampailah ke matrikulasi. Dan semasa di matrikulasi dia mula menyedari pilihan dia tersebut tidak kena dengan apa yang dia minati.

“Anggaplah Fizik dan Kimia itu satu perkara yang awak betul-betul minat.” Kata seorang pensyarah kepadanya.

Memang perkara itulah juga yang "dia" lakukan sejak sekolah menengah lagi. Berhasil memanglah berhasil tetapi tertekan. Siapa sanggup berpura-pura meminati sesuatu yang diri sendiri memang tidak suka selama bertahun-tahun?

Ketika itu juga "dia" menyedari yang pilihannya ketika di bangku sekolah dahulu bukan kerana majoriti semata-mata tetapi kerana sistem yang dibuat menyebabkannya kelihatan seperti majoriti pelajar memilih aliran Sains.

Manakan tidak, ada 5 buah kelas dalam tingkatannya ketika itu tetapi hanya 2 kelas aliran Sastera dan selebihnya aliran Sains. Memang patut majoriti pilihan pelajar yang "dia" nampak ketika itu adalah jurusan Sains.

Media juga memainkan peranan dalam mempengaruhi mindanya tentang banyaknya peluang pekerjaaan untuk pelajar aliran Sains seperti Doktor, Jurutera dan sebagainya tetapi untuk pelajar aliran Sastera satu pun susah hendak nampak.

Jadi, sebenarnya tika itu majoriti pilihan dipengaruhi oleh sistem dan juga media. Sistem melebihkan pilihan untuk satu pihak dan media hanya mempromosikan satu pihak sahaja.

Ah, patutlah ramai yang bertukar aliran semasa di universiti. Seorang senior memberitahunya, “Satu per tiga daripada setiap batch dalam bidang sains akan bertukar course.

Kini "dia" telah membuat penukaran jurusan daripada Sains Kesihatan kepada Pendidikan TESL. Dan ramai pula yang menentang.

“Kau dah lama dalam health sciences, tak rasa rugi ke tukar course sekarang?”

"Dia" menjawab, “Daripada dahulu lagi sudah diperintah oleh orang yang sama, rasanya tidak rugi kalau bertukar sekarang.”

Apa salahnya berbeza sedikit dengan pilihan majoriti kawan-kawan.

Dan sekarang, "dia" sedang mengatur langkah kembali untuk mencatur minatnya yg sudah sekian lama terpendam.

1001 Wajah

Tuesday, December 23, 2008

Jenis Mahasiswa: Satu Kajian

Dari pemerhatian saya,mahasiswa/i ipt ni mempunyai pelbagai kategori..Ada kategori baik,ada jugak yang kurang baik..Moga posting kali ini dapat memuhasabah diri kita semua..InsyaAllah..
Kategori 1 : Mahasiswa Scorer A

Sebenarnya kategori ni ada dua jenis golongan.Golongan pertama adalah mereka yang boleh dikategorikan sebagai ‘nerd’ dan ulat buku yang terlalu menonjol identiti nerd mereka.Kehidupan mereka sentiasa dengan buku, makan buku, tidur buku dan bersukan pun dengan buku.Biasanya dia orang ni pakai spectacle.Contoh aktiviti sukan mereka:- Baca buku sehingga berpeluh dan pening..(gurau je ni jangan marah ye?) Mereka ini perfectionist dalam segala aspek kehidupan yang berkaitan dengan dunia pelajaran mereka.Sukan-sukan ni mereka tak minat sangat dan tak pandai..

Kategori kedua pula akademiknya sangat-sangat cemerlang dan pada masa yang sama aktiviti ko-kurikulum mereka pun hebat.Golongan ni jarang-jarang sangat untuk dijumpai.Biasanya mereka golongan genius yang mungkin jenis otaknya lebih sel dan neuron dari otak orang lain kot.Golongan sebegini golongan istimewa dan biasanya sangat-sangat dihormati rakan-rakan dan disayangi pensyarah.Calon menantu idaman.Saya ada sorang kawan macam ni masa kat sekolah dulu..dia score 10 A1 SPM, ketua pelajar,ahli sukan dan sibuk meeting siang malam sekarang dah belajar medic kat Ireland…

Tapi golongan ni biasanya jarang terlibat dengan soal cinta dan hati.kalau bercinta pun mesti base on akademik.



Kategori 2 : Mahasiswa aktivis serba boleh

Golongan ini pula juga tebahagi kepada 2 golongan.. Golongan pertama sangat-sangat aktif berpersatuan.Pegang pelbagai jawatan dalam persatuan dan kelab.Result exam mereka walau pun tak lah dean list.Tapi 3 pointer abovelah juga.Time management sangat sistematik dan bijaksana.Contohnya ada sorang ex-pelajar UiTM fakulti akaun.every sem score dean list sejak diploma sampai degree…rahsia kejayaan katanya.time managemet yang bagus dan hati yang ikhlas..dia join persatuan macam-macam.jawatan besar-besar pulak tu. Grade tahun lepas.sekarang kerja kat firma audit Earnst Young……Eh!!..tapi dia ni dalam kategori 1..dah salah taip kat kategori 2 pulak..

Golongan kedua ini pula agak bernasib malang.Mereka ini begitu idealis dan bersemangat tinggi dalam aktiviti kemasyarakatan.Menjadi penggerak utama program-program persatuan dan kebiasaannya petah bercakap dan sering menjadi pengerusi majlis.Sifat kepimpinan sangat tinggi.biasanya berpakaian kemas dan ada gaya seorang yang bijak dan cerdas.Sayangnya mereka ini dilihat seolah-olah mengabaikan pelajaran.Senang ceritalah kadang kala menurut pemerhatian sayalah..Rasa keseronokan dalam berprogram dan berpersatuan itu lebih ketara rasanya berbanding dengan buku pelajaran..Banyak faktor berlakunya pengabaian di antara sebabnya boleh dikatakan kerana banyak masa dan pemikiran dicurahkan untuk memikir masalah ahli persatuan, nak cari budget program..Kena buat kertas kerjalah..

Tapi rata-ratanya mereka golongan mahasiswa yang baik dan suka membantu orang..Cukup gemar dengan ilmu-ilmu yang bersifat pemikiran, sosial dan isu-isu semasa dalam dan luar negara.Ramai juga di kalangan mereka ni yang drop paper, repeat dan ada juga yang kena dismiss.Kesian dan sayu kisah hidup mereka.Selalunya mereka ni akan jadi politician…

Golongan ni biasanya menemui cinta dalam jemaah dan persatuan..sebabnya mereka saling memahami tugas dan tanggungjawab masing2.



Kategori 3 : Mahasiswa lalai dan leka


Kategori ni bagi saya kategori yang paling malang dan sedih saya bila memikirkannya.. Mereka ni ada 4 golongan… Golongan pertama.. Biasanya belajar sederhana tak menonjol… aktiviti persatuan dan jemaah pun tak aktif dan ramai tak join…kiranya mereka ini low profile lah senang cakap.. biasanya dari kampung.. mereka boleh dikatakan pada awalnya nampak seperti mahasiswa yang sedang menyesuaikan diri dengan keadaan baru di universiti..jika mereka bersama kawan-kawan yang negatif mereka akan mudah terpengaruh..jika mereka bersama kawan-kawan yang baik mereka akan jadi baik.. macam lalanglah senang cerita…ada juga yang pilih untuk jadi low profile sampai graduate..biasanya perwatakan macam ni ada pada mahasiswa dari luar bandar yang baru rasai kehidupan moden di universiti…

Golongan kedua.. Pelajaran kira power jugalah.. ada juga yang cemerlang tapi hidup seolah-olah tak bermasyarakat secara normal dan tak mengikut adat-adat budaya universiti dan keIslaman mahupun keMalaysiaan.. Kalau yang melayunyalah..Yang perempuan..Hidup cara barat..Dari segi aspek pakaian, percintaan dan hiburan..Pakaian mereka memanglah tak ikut sahsiah rupa diri pelajar..Kalau ikut undang-undang universitilah..Biasanya yang IPTA..Kalau di U, walau pun tudung bukan wajib tapi tidak dibenarkan pakai pakaian yang sendat, ketat dan padat.tapi pakaian yang mengancam sukma dan hai nurani lelakilah yang mereka pilih..kata mereka..pakaian kecil-kecil ni simple, kasual dan selesa…



Yang lelaki pula..Baju ala-ala band boy.. simple plan, Linkin park ke.. Yang stylo baratlah yang tak berkoler adalah haram dipakai di U..Mesti pakai pakaian berkolar dan baju dimasukkan ke dalam seluar.. Dia orang ni suka main band atau buat gigs..Hiburan western diterjemahkan untuk ekspresi diri mereka..Kiranya mereka ni pandai dan genius jugalah Cuma cara hidup luaran tak nampak Islamik tapi terlalu kebaratan

Ok.. Sambung balik.. Golongan ketiga pula pelajaran sederhana..Tapi ada juga yang boleh tahan pandai..Walaupun pandangan zahir cara barat, dan nampak macam golongan social yang melampau tapi tak sangka daya pemikiran mereka bagus juga dan tajam pemerhatian dengan isu-isu semasa..Buku-buku bacaan dia orang yang bukan akademik biasanya tentang pemikiran barat seperti Liberalisme, Sosialis dan sebagainya..Kadang-kadang mereka juga berminat dengan ilmi-ilmu yang berkaitan Islam..Kebanyakannya dari sumber-sumber tokoh-tokoh akademik Islam yang mendapat pendidikan dari barat..

Golongan keempat yang paling teruk sekali..Akhlak pun teruk..Lepas tu hidup pun social melampau.Mengamalkan amalan maksiat, tak solat dan hidup ni seperti tak ada impian dan masa depan..Study pun berterabur.. Ponteng kelas…

Cara percintaan golongan ni banyak yang kebaratan..sambut valentine..tengok wayang..berdua-duaan. Dan terlalu asyik dan masyuklah senang cerita…

Pandangan peribadi saya

Pengalaman peribadi sayalah..pernah juga dan sering berlaku mahasiswa kategori 2 ni terdiri dari kawan-kawan saya juga..ada yang repeat paper dan drop paper..Malahan yang kena dismiss pun ada… tapi rezeki dia orang murah..mereka dalam kerja-kerja jemaah dan persatuan biasanya sangat mahir dan pakar dalam komunikasi, berorganisasi dan networking..Walaupun mungkin pointer rendah tapi peluang kerja tiada masalah bagi mereka..

Malahan yang dismiss pun ada member saya dah kerja dengan sebuah syarikat besar dan sekarang sambung belajar secara part time..Sebab itulah di sini letaknya pentingnya erti IKHLAS dalam segala aspek pekerjaan yang ingin kita lakukan amat penting.. Cumanya janganlah alasan untuk buat networking semata-mata menyebabkan sengaja berlakunya pengabaian pada pelajaran.. Kepada para aktivis.. teruskan usaha anda dalam kerja jemaah..Yang penting cuba pastikan pengurusan masa diuruskan dengan sebaik-baiknya..

Kepada siswa kategori 3..rahmat Allah itu luas..ramai orang yang dulunya nampak seperti jahil agama tiba-tiba bila kita jumpa dah jadi orang-orang yang baik..Yang dulunya sekolah arab dan sekolah agama bila masuk universiti cara kehidupan dah berpusing 360 darjah..Kepada siswa kategori 1.. Teruskan kecemerlangan anda dalam akademik tu..cumanya hidup anda perlulah lebih memahami perasaan orang lain…Luaskan pergaulan anda kerana hidup kita bukan sekadar berlingkar pada soal akademik dan buku sahaja..kalau pun memang kecenderungan anda tiada langsung pada soal persatuan dan jemaah…Berilah bantuan akademik dengan ikhlas kepada rakan-rakan lain yang mungkin aktif dalam jemaah..Dengan cara ini diharap anda juga dapat menumpang pahala dan memberi sumbangan kepada masyarakat seperti yang dilakukan oleh golongan aktivis masyarakat ini secara tidak langsung…

Saya pula dimana?Hmmm...Biarlah rahsia..

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah,di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat2 blogger serta sahabat2 ex sekolah lama dulu yang telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini..Moga rumahtangga yang dibina kekal hingga akhir hayat...Ameen Ya Rabbal A'lamin..Semoga Allah merahmati kalian..

1.Ustaz Mohd Hafiz Bin Mansor & isteri
2.Ukhti Ilya Khairanis Bt Othman & suami
3.Ukhti Nur Fazreena Bt Jusnaidi & suami
4.Akhi Mohd Fairus Bin Zainal & isteri

Friday, December 19, 2008

Exam Mid Semester

Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Kawanku, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahku sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada diriku pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat.Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.



Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;

Saturday, December 13, 2008

Katak Vs Ular Tedung

Semalam saya sempat menonton Buletin Utama TV3..Satu kupasan berita yang menarik perhatian saya ialah isu bantuan kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.Pada saya,ianya tidak menjadi masalah jika kita memberi bantuan kepada orang yang memerlukan,tetapi persoalannya sekarang,adakah bantuan kita itu bertempat?

Terkejut saya,apabila sebuah Yayasan Islam telah membuat satu tabung khas untuk membantu mangsa-mangsa tersebut..Lebih hebat,apabila tabung tersebut meminta bantuan kewangan dari orang ramai..Ya,saya akui,itu amalan yang murni..Tetapi,cuba kita lihat kembali respons daro orang yang terlibat..Kebanyakan mangsa hanya mahu tinggal sementara di hotel! Tiada seorang pun yang sanggup tinggal di penempatan balairaya yg dibuka oleh kerajaan!!Tiada yang hendak merendahkan status mereka sbg golongan elit..Adakah bantuan kpd orang seperti ini sangat wajar?

- Untuk apa kita bantu, jika mereka bertaraf antarabangsa?
- Untuk apa kita bantu, jika mereka di bukit mewah?
- Mereka ke sana bukan kerana kemiskinan, tetapi kerana kemewahan.
- Mahukah bantuan kita sekampit beras, sedangkan duit simpanan di bank ratusan ribu?
- Mahukah kita berikan sehelai cadar, sedangkan selimut mereka bagaikan awan gemawan berapun sutera?
- Sepadankah bantuan sebiji bantal, jika katil dan cadar mereka berjenama Rozel?
- Mahukah bantuan kita, jika tilam kita setebal satu inci, sedangkan karpet mereka tebal tiga inci?
- Mahukah mereka pemberian perabut kita, kalau perabot mereka sama besar dengan ruang dapur rumah kita?
- Mahukah pemberian selimut kita, kalau kain langsir mereka sepuluh kali ganda mahalnya?
- Terimakah bantuan penempatan kita di balai raya, kalau hotel mewah tempat mereka menginap?
- Mahukah bantuan kita, kalau daftar barangan mereka agar tidak dirompak, melebihi RM30 ribu?
- Kesalkah kita tentang bantuan kita, kalau home teater di ruang tamu mereka, sama dengan belanja lima tahun anak kita ke universiri?
- Kenapa tidak kepada mangsa banjir di Kelantan atau di Pahang?
- Mereka komplen kepada menteri, kita komplen kepada JKK.
- Kita tenggelam basikal atau motor Honda, sedangkan Mercedis mewah mereka hanya kemek di pintu kiri.
- Kita tenggelam kebun sayur, mereka tenggelam taman orked.
- Wajarkah katak nak bantu ular tedung, mahukah?

Thursday, December 11, 2008

Be Careful In Choosing Your Child's Name



Dr Yusuf Al-Qardhawi; a well-known Islamic scholar in one of his books, Fatawa Mu'asarah said that it is haraam or prohibited to name ur child Abdul-Masih (meaning the servant of Christ) or anything that give the meaning that there's another Lord other than Allah, including Abdun Nabi (meaning the servant of the prophet), Abdul Uzza (the servant of Uzza), Abdus-Syams (the servant of the sun), and the names of any ulama or sheikhs or scholars + the word 'Abdul' before it, no matter how pious/righteous he/she is.

Hope this benefits all of you..

Wednesday, December 10, 2008

Ya Babi,Ya Babi....

Satu perkara yang saya tidak faham dengan perangai umat Islam hari ini ialah bagaimana mereka suka mencari-cari maksud yang terkandung dalam satu-satu perkataan itu dan akhirnya mewarwarkan kepada orang ramai melalui internet bahawa perkataan tersebut maksudnya begini dan begitu dan hendaklah dijauhi atas alasan menjaga akidah...Antara yang selalu saya jumpa di E-mail2 yang selalu saya terima ialah perkataan 'Hello' yang dikatakan berasal daripada perkataan 'Hell-Low' yang membawa maksud 'neraka yang paling bawah' (iaitu neraka jahannam), perkataan 'Pikachu' (watak dalam kartun Pokemon) yang berasal daripada perkataan 'Pick-a-Jew', dan perkataan 'Bye-bye' yang berasal dari perkataan Arab 'Fi Hifzil Baba' yang bermaksud 'Di bawah jagaan Pope'..

Maka perkataan-perkataan ini -bagi mereka- perlulah dijauhi penggunaannya oleh umat Islam; bimbang-bimbang akan terpesong akidah...

Walaupun saya berpegang pada konsep bahawa bahasa merupakan salah satu wasilah/cara bagi satu kelompok tertentu untuk menyampaikan apa yang terkandung di dalam fikiran mereka kepada individu yang lain, saya ingin membawa satu contoh yang mudah untuk memahami perkara ini..

Di Mesir, kita selalu berjumpa dengan anak-anak kecil yang memanggil ayah mereka, "Ya babi, ya babi", yang bermaksud, "Ayah, ayah..." Perkataan asal bagi 'ayah' dalam bahasa Arab sebenarnya ialah 'Abi', tetapi anak-anak di sini selalu menyebutnya dengan bunyi manja sehingga bertukar bunyi seperti yang saya katakan tadi..

Jadi, adakah kita boleh mengatakan kepada mereka bahawa haram hukumnya memanggil ayah-ayah mereka dengan panggilan itu, kerana 'Ya babi' dalam bahasa Melayunya bermaksud... (well, u know what it means.. it's obvious, isn't it?)

Moga kita menjadi muslim yang terbuka mindanya dan terarah pemikirannya kepada perkara-perkara yang jauh lebih penting dan besar impaknya.. Amiin

Tragedi Tanah Runtuh,Bukit Antarabangsa





Salam takziah ana ucapkan buat semua mangsa tragedi tersebut..Ana juga turut bersedih diatas tragedi yg menimpa mereka.Apa pun ana memang tidak terkejut kalau disebut Bukit Antarabangsa berlaku tanah runtuh kerana jelas kawasan itu memang berisiko tinggi mengalami tanah runtuh...

Untuk pengetahuan semua sejak berlaku tragedi Highland Tower 1993,pakar geologi Prof Datuk Dr. Ibrahim Komoo telah mengkaji area tu.. (sblh kanan MRR2 ke kepong) memang berisiko tinggi.

"Tiada siapa yang boleh memberikan jawapan," katanya sambil mengeluh dengan usaha membuat profil kawasan berisiko tinggi di Bukit Antarabangsa.

Beliau salah seorang pakar utama yang telah menjalankan kajian ke atas Bukit Antarabangsa berikutan tragedi Higland Towers yang meragut 48 nyawa pada 1993 berkata, kesemua kajian di kawasan itu menunjukkan bahawa kawasan itu berisiko tinggi.

"Keadaan tanahnya terdedah kepada tanah runtuh dan latar belakang geologikal berkaitan dan kedudukan tanah juga membuktikan demikian," katanya.

Sambil melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengurusan cerun di Bukit Antarabangsa, Ibrahim berkata:

"Di Malaysia, sebaik sahaja sebuah syarikat membangunkan projek perumahan dan menyerahkannya kepada pemilik, semua orang lepas tangan."

"Sebenarnya, saya telah lama kecewa apabila menyebut Bukit Antarabangsa. Setiap kali hujan, saya menjangka sesuatu seperti ini akan berlaku," katanya.

Thursday, December 4, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum buat semua sahabat2 blogger..Ana doakan antum semua berada dalam kasih sayang Allah..Di kesempatan ini,ana nak ucapkan salam Aidiladha buat semua sahabat2..Moga erti pengorbanan dalam Islam dapat sama-sama kita hayati..

Maaf kerana agak lama tidak meng-update blog ini..Buat sahabat2 yang memberi komen di shoutbox blog ni,thanx ana ucapkan..Segala komen anda amat ana hargai..

Alhamdulillah,sudah hampir dua bulan ana berada di bumi KUIS..Pelbagai suka duka telah ana tempuhi bersama2 rakan2 seperjuangan serta pensyarah di sini..To all my coursemate : riza,zarul,pian,izat,mizi,hazwan,farid,kak yong,su,dayah,ija,aisyah,ida,aida,ziera,alia,ira & amnani..Enjoy ur holidays!!!

To my beloved lecturer : Puan Suhana,Hj Ismail,Hj Abdullah,Hj Rekkeman,En Azrul,Ustazah Najwah ,Puan Zetty & Ustaz Sapie..Selamat hari raya ana ucapkan..

Also my roomate : faizal,nazmi,aman,syihan,burn & ayid..Balik kampung elok2..Ehe..