Jenis Mahasiswa: Satu Kajian
Dari pemerhatian saya,mahasiswa/i ipt ni mempunyai pelbagai kategori..Ada kategori baik,ada jugak yang kurang baik..Moga posting kali ini dapat memuhasabah diri kita semua..InsyaAllah..
Kategori 1 : Mahasiswa Scorer A
Sebenarnya kategori ni ada dua jenis golongan.Golongan pertama adalah mereka yang boleh dikategorikan sebagai ‘nerd’ dan ulat buku yang terlalu menonjol identiti nerd mereka.Kehidupan mereka sentiasa dengan buku, makan buku, tidur buku dan bersukan pun dengan buku.Biasanya dia orang ni pakai spectacle.Contoh aktiviti sukan mereka:- Baca buku sehingga berpeluh dan pening..(gurau je ni jangan marah ye?) Mereka ini perfectionist dalam segala aspek kehidupan yang berkaitan dengan dunia pelajaran mereka.Sukan-sukan ni mereka tak minat sangat dan tak pandai..
Kategori kedua pula akademiknya sangat-sangat cemerlang dan pada masa yang sama aktiviti ko-kurikulum mereka pun hebat.Golongan ni jarang-jarang sangat untuk dijumpai.Biasanya mereka golongan genius yang mungkin jenis otaknya lebih sel dan neuron dari otak orang lain kot.Golongan sebegini golongan istimewa dan biasanya sangat-sangat dihormati rakan-rakan dan disayangi pensyarah.Calon menantu idaman.Saya ada sorang kawan macam ni masa kat sekolah dulu..dia score 10 A1 SPM, ketua pelajar,ahli sukan dan sibuk meeting siang malam sekarang dah belajar medic kat Ireland…
Tapi golongan ni biasanya jarang terlibat dengan soal cinta dan hati.kalau bercinta pun mesti base on akademik.
Kategori 2 : Mahasiswa aktivis serba boleh
Golongan ini pula juga tebahagi kepada 2 golongan.. Golongan pertama sangat-sangat aktif berpersatuan.Pegang pelbagai jawatan dalam persatuan dan kelab.Result exam mereka walau pun tak lah dean list.Tapi 3 pointer abovelah juga.Time management sangat sistematik dan bijaksana.Contohnya ada sorang ex-pelajar UiTM fakulti akaun.every sem score dean list sejak diploma sampai degree…rahsia kejayaan katanya.time managemet yang bagus dan hati yang ikhlas..dia join persatuan macam-macam.jawatan besar-besar pulak tu. Grade tahun lepas.sekarang kerja kat firma audit Earnst Young……Eh!!..tapi dia ni dalam kategori 1..dah salah taip kat kategori 2 pulak..
Golongan kedua ini pula agak bernasib malang.Mereka ini begitu idealis dan bersemangat tinggi dalam aktiviti kemasyarakatan.Menjadi penggerak utama program-program persatuan dan kebiasaannya petah bercakap dan sering menjadi pengerusi majlis.Sifat kepimpinan sangat tinggi.biasanya berpakaian kemas dan ada gaya seorang yang bijak dan cerdas.Sayangnya mereka ini dilihat seolah-olah mengabaikan pelajaran.Senang ceritalah kadang kala menurut pemerhatian sayalah..Rasa keseronokan dalam berprogram dan berpersatuan itu lebih ketara rasanya berbanding dengan buku pelajaran..Banyak faktor berlakunya pengabaian di antara sebabnya boleh dikatakan kerana banyak masa dan pemikiran dicurahkan untuk memikir masalah ahli persatuan, nak cari budget program..Kena buat kertas kerjalah..
Tapi rata-ratanya mereka golongan mahasiswa yang baik dan suka membantu orang..Cukup gemar dengan ilmu-ilmu yang bersifat pemikiran, sosial dan isu-isu semasa dalam dan luar negara.Ramai juga di kalangan mereka ni yang drop paper, repeat dan ada juga yang kena dismiss.Kesian dan sayu kisah hidup mereka.Selalunya mereka ni akan jadi politician…
Golongan ni biasanya menemui cinta dalam jemaah dan persatuan..sebabnya mereka saling memahami tugas dan tanggungjawab masing2.
Kategori 3 : Mahasiswa lalai dan leka
Kategori ni bagi saya kategori yang paling malang dan sedih saya bila memikirkannya.. Mereka ni ada 4 golongan… Golongan pertama.. Biasanya belajar sederhana tak menonjol… aktiviti persatuan dan jemaah pun tak aktif dan ramai tak join…kiranya mereka ini low profile lah senang cakap.. biasanya dari kampung.. mereka boleh dikatakan pada awalnya nampak seperti mahasiswa yang sedang menyesuaikan diri dengan keadaan baru di universiti..jika mereka bersama kawan-kawan yang negatif mereka akan mudah terpengaruh..jika mereka bersama kawan-kawan yang baik mereka akan jadi baik.. macam lalanglah senang cerita…ada juga yang pilih untuk jadi low profile sampai graduate..biasanya perwatakan macam ni ada pada mahasiswa dari luar bandar yang baru rasai kehidupan moden di universiti…
Golongan kedua.. Pelajaran kira power jugalah.. ada juga yang cemerlang tapi hidup seolah-olah tak bermasyarakat secara normal dan tak mengikut adat-adat budaya universiti dan keIslaman mahupun keMalaysiaan.. Kalau yang melayunyalah..Yang perempuan..Hidup cara barat..Dari segi aspek pakaian, percintaan dan hiburan..Pakaian mereka memanglah tak ikut sahsiah rupa diri pelajar..Kalau ikut undang-undang universitilah..Biasanya yang IPTA..Kalau di U, walau pun tudung bukan wajib tapi tidak dibenarkan pakai pakaian yang sendat, ketat dan padat.tapi pakaian yang mengancam sukma dan hai nurani lelakilah yang mereka pilih..kata mereka..pakaian kecil-kecil ni simple, kasual dan selesa…
Yang lelaki pula..Baju ala-ala band boy.. simple plan, Linkin park ke.. Yang stylo baratlah yang tak berkoler adalah haram dipakai di U..Mesti pakai pakaian berkolar dan baju dimasukkan ke dalam seluar.. Dia orang ni suka main band atau buat gigs..Hiburan western diterjemahkan untuk ekspresi diri mereka..Kiranya mereka ni pandai dan genius jugalah Cuma cara hidup luaran tak nampak Islamik tapi terlalu kebaratan
Ok.. Sambung balik.. Golongan ketiga pula pelajaran sederhana..Tapi ada juga yang boleh tahan pandai..Walaupun pandangan zahir cara barat, dan nampak macam golongan social yang melampau tapi tak sangka daya pemikiran mereka bagus juga dan tajam pemerhatian dengan isu-isu semasa..Buku-buku bacaan dia orang yang bukan akademik biasanya tentang pemikiran barat seperti Liberalisme, Sosialis dan sebagainya..Kadang-kadang mereka juga berminat dengan ilmi-ilmu yang berkaitan Islam..Kebanyakannya dari sumber-sumber tokoh-tokoh akademik Islam yang mendapat pendidikan dari barat..
Golongan keempat yang paling teruk sekali..Akhlak pun teruk..Lepas tu hidup pun social melampau.Mengamalkan amalan maksiat, tak solat dan hidup ni seperti tak ada impian dan masa depan..Study pun berterabur.. Ponteng kelas…
Cara percintaan golongan ni banyak yang kebaratan..sambut valentine..tengok wayang..berdua-duaan. Dan terlalu asyik dan masyuklah senang cerita…
Pandangan peribadi saya
Pengalaman peribadi sayalah..pernah juga dan sering berlaku mahasiswa kategori 2 ni terdiri dari kawan-kawan saya juga..ada yang repeat paper dan drop paper..Malahan yang kena dismiss pun ada… tapi rezeki dia orang murah..mereka dalam kerja-kerja jemaah dan persatuan biasanya sangat mahir dan pakar dalam komunikasi, berorganisasi dan networking..Walaupun mungkin pointer rendah tapi peluang kerja tiada masalah bagi mereka..
Malahan yang dismiss pun ada member saya dah kerja dengan sebuah syarikat besar dan sekarang sambung belajar secara part time..Sebab itulah di sini letaknya pentingnya erti IKHLAS dalam segala aspek pekerjaan yang ingin kita lakukan amat penting.. Cumanya janganlah alasan untuk buat networking semata-mata menyebabkan sengaja berlakunya pengabaian pada pelajaran.. Kepada para aktivis.. teruskan usaha anda dalam kerja jemaah..Yang penting cuba pastikan pengurusan masa diuruskan dengan sebaik-baiknya..
Kepada siswa kategori 3..rahmat Allah itu luas..ramai orang yang dulunya nampak seperti jahil agama tiba-tiba bila kita jumpa dah jadi orang-orang yang baik..Yang dulunya sekolah arab dan sekolah agama bila masuk universiti cara kehidupan dah berpusing 360 darjah..Kepada siswa kategori 1.. Teruskan kecemerlangan anda dalam akademik tu..cumanya hidup anda perlulah lebih memahami perasaan orang lain…Luaskan pergaulan anda kerana hidup kita bukan sekadar berlingkar pada soal akademik dan buku sahaja..kalau pun memang kecenderungan anda tiada langsung pada soal persatuan dan jemaah…Berilah bantuan akademik dengan ikhlas kepada rakan-rakan lain yang mungkin aktif dalam jemaah..Dengan cara ini diharap anda juga dapat menumpang pahala dan memberi sumbangan kepada masyarakat seperti yang dilakukan oleh golongan aktivis masyarakat ini secara tidak langsung…
Saya pula dimana?Hmmm...Biarlah rahsia..
No comments:
Post a Comment