Katak Vs Ular Tedung
Semalam saya sempat menonton Buletin Utama TV3..Satu kupasan berita yang menarik perhatian saya ialah isu bantuan kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.Pada saya,ianya tidak menjadi masalah jika kita memberi bantuan kepada orang yang memerlukan,tetapi persoalannya sekarang,adakah bantuan kita itu bertempat?
Terkejut saya,apabila sebuah Yayasan Islam telah membuat satu tabung khas untuk membantu mangsa-mangsa tersebut..Lebih hebat,apabila tabung tersebut meminta bantuan kewangan dari orang ramai..Ya,saya akui,itu amalan yang murni..Tetapi,cuba kita lihat kembali respons daro orang yang terlibat..Kebanyakan mangsa hanya mahu tinggal sementara di hotel! Tiada seorang pun yang sanggup tinggal di penempatan balairaya yg dibuka oleh kerajaan!!Tiada yang hendak merendahkan status mereka sbg golongan elit..Adakah bantuan kpd orang seperti ini sangat wajar?
- Untuk apa kita bantu, jika mereka bertaraf antarabangsa?
- Untuk apa kita bantu, jika mereka di bukit mewah?
- Mereka ke sana bukan kerana kemiskinan, tetapi kerana kemewahan.
- Mahukah bantuan kita sekampit beras, sedangkan duit simpanan di bank ratusan ribu?
- Mahukah kita berikan sehelai cadar, sedangkan selimut mereka bagaikan awan gemawan berapun sutera?
- Sepadankah bantuan sebiji bantal, jika katil dan cadar mereka berjenama Rozel?
- Mahukah bantuan kita, jika tilam kita setebal satu inci, sedangkan karpet mereka tebal tiga inci?
- Mahukah mereka pemberian perabut kita, kalau perabot mereka sama besar dengan ruang dapur rumah kita?
- Mahukah pemberian selimut kita, kalau kain langsir mereka sepuluh kali ganda mahalnya?
- Terimakah bantuan penempatan kita di balai raya, kalau hotel mewah tempat mereka menginap?
- Mahukah bantuan kita, kalau daftar barangan mereka agar tidak dirompak, melebihi RM30 ribu?
- Kesalkah kita tentang bantuan kita, kalau home teater di ruang tamu mereka, sama dengan belanja lima tahun anak kita ke universiri?
- Kenapa tidak kepada mangsa banjir di Kelantan atau di Pahang?
- Mereka komplen kepada menteri, kita komplen kepada JKK.
- Kita tenggelam basikal atau motor Honda, sedangkan Mercedis mewah mereka hanya kemek di pintu kiri.
- Kita tenggelam kebun sayur, mereka tenggelam taman orked.
- Wajarkah katak nak bantu ular tedung, mahukah?
No comments:
Post a Comment