Titian Perjalanan
Detik semakin berlalu, masa kian berputar. Kini tahun baru 2009 datang menggantikan 2008 yang telah berlalu. Bermacam-macam kisah, samada suka mahupun duka yang dilalui. Tahun 2008 juga banyak mencatatkan sejarah duka buat diri ini. Kegagalan dalam imtihan telah mencampakkan daku ke bumi KUIS. Aku pergi tanpa kerelaan, namun aku juga redha akan ujian. Tempoh masa selama 4 tahun di bumi ipt tidak pernah aku sesali. Bukan semua orang mendapat peluang menimba pengalaman, namun pengalaman yang aku perolehi banyak mendewasakan.
Tarik 20 Oktober 2008, aku mula mendaftar di KUIS dan sekarang, aku akan memasuki semester kedua pada 10 Mac ini. Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Sekiranya kita gagal merancang, bermakna kita telah merancang untuk gagal.(huhuhuh. ayat motivasi)
Tiada apa yang ingin dicatatkan. Hanya menunggu madah terakhir yang akan diambil pada 3 Mac ini. English Language Proficiency. Semakin hampir kepadanya, diri ini semakin malas. Malas dan terus malas. Kepala pun semakin berat. Kekuatan seperti hilang. Semangat seakan melayang. Bagaimanakah ingin ku tempuhi?
Semakin hari, semakin panas. Biasanya musim panas dan terutamanya musim peperiksaan ini, ramai yang akan biul, bengong dan bertindak di luar dugaan. Kenapa ye? Dugaan? Cabaran? Mungkin juga kerana hati yang kotor. Diri yang semakin jauh dari Allah.
Cukuplah atas apa yang berlaku. Janganlah diri ini diuji dengan perkara yang tidak mampu dihadapi. Kekalutan perasaan, fikiran, abaikanlah buat sementara waktu. Alhamdulillah, semakin lama, kekuatan yang diharapkan semakin mencengkam. Terima kasih buat insan yang memahami dan banyak memahami dan sudi meniupkan semangat. Semoga cahaya kurniaan itu akan terus menerangi diri ini...
No comments:
Post a Comment