Saturday, February 28, 2009

Muslimah,Auratmu Bukan Mainan



Terfikir saya untuk menulis artikel ini di atas beberapa peristiwa yang saya lalui dalam beberapa minggu ini. Saya rasa amat sedih kerana tidak mempu meluahkannya secara berhadapan. Oleh itu saya ambil kesempatan ini untuk saya titipkan di dalam jurnal jalan kehidupan saya. Moga ia dapat dijadikan iktibar, didengari oleh pihak yang berkenaan dan dalam masa yang sama melepaskan tanggung jawab fardul muslim saya : menegur dan ingat mengingat dalam kebaikan.

Hati saya membuak-buak memberontak untuk menegurnya. Namun apakan daya, iman ini masih diperingkat awam. Namun, saya berharap tulisan tangan ini masih tergolong di dalam peringkat pertama yanag disebutkan di dalam Hadis Nabi SAW yang bermaksud : Sekiranya kamu melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tanganmu. Papan keyboard ini, bukankah ia lebih tajam dari mata pedang.

Saya fokus isu ini hanya buat muslimah kerana saya rasa terpanggil untuk berkongsi bersama muslimah sebuah hadis yang sering kita dengar di dalam kumpulan hadis-hads Nabis SAW yang berbunyi :

سيكون في آخر أمتي نساء كاسيات عاريات، على رؤوسهن كأسنمة البخت، العنوهن فإنهن ملعونات

Maksudnya : Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela. [Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]

Hadis ini amat berat bunyinya. Sehingga Rasulullah SAW mengarahkan kita melaknat wanita yang disifatkan sebagai 'ariaat di dalam hadis di atas.

Apa yang saya lalui, saya lihat seolah-olah muslimah (saya tidak kata SEMUA) sengaja mencari peluang untuk mendedahkan aurat mereka. Muslimah bukan tidak tahu etika pakaian yang Islam kehendaki, mereka amat tahu, tetapi saya rasa seolah-olah muslimah sengaja tidak menghayati apa yang telah diketahui. Terlalu banyak ahdas dan peristiwa yang saya alami. Saya akan perincikan di sini moga ada perubahan sedikit sebanyak selepas ini.

Pertamanya, saya terlihat muslimah sengaja memakai baju yang berlengan terbuka lebar tanpa memakai stokin lengan yang menutup sehingga ke pergelangan tangan. Nak kata fesyen mak datin tidak juga. Yang saya 'terperhatikan' tu sengaja angkat lengan seolah-olah ada sesuatu yang ingin ditonjolkan. Nak kata ada rantai emas berlian tiada. Apa yang ada hanyalah rantai manik. Tak padan kalau setakat nak tunjuk gelang manik berbanding azab yang telah Tuhan janjikan. Kalau terlupa yang aurat wanita tu sampai ke lengan, kat sini saya mahu ingatkan semula bahawa aurat tu sampai ke pergelangan tangan. So kenalah hati-hati yer. Stokin lengan pun bukan mahal sangat. Lebih murah dari gelang manik yang berlilit di tangan.

Keduanya, saya 'terperhatikan' muslimah tidak memakai stokin sewaktu berjalan. Ye lah, kadang-kadang nak pindah ke bilik sebelah jer, lecehlah pakai stokin. Boleh sembunyi belakang tabir, orang tak nampak. Tapi tak perasan kaki tu tetap orang nampak. Memang tiada dalam quran wajib kene pakai stoking kan. Tapi bukan ker kaki tu juga masih lagi aurat yang perlu ditutup. Ala stoking basah kene hujan. Emm, beli la banyak sikit. Tak kan hanya ada satu stoking jer. Baju banyak, kasut banyak. Stokin satu jer. Tak padan. Ala , jubah panjang tak nampak kaki. Saya no komen. Jawab la nanti depan Tuhan dengan alasan-alasan tu. Kaki ni bukan pandai sembunyi sendiri dalam jubah. Kalau dah terjulur nampak kaki jangan salahkan kaki. Salahkan tuan kaki yang tak pakai stokin.

Ketiganya, saya 'terperhatikan' muslimah tidak pasang langsir tingkap atau tidak tutup tingkap. Tabir dan tingkap tu aurat ke ustaz? Baca la dalam kitab. Pernah jumpa langsir tu aurat ker. Saya terperhatikan langsir-lansir dan tingkap-tingkap di buka luas di kolej. Ye lah panas, tapi api neraka tu lagi panas. Kalau duduk kat bilik tu pakai tudung dan pakain lengkap tidak mengapalah nak cabut terus ke langsir dan tingkap tu. Tapi yang terperhatikan tidak seperti itu. Ala muslimin ni, saja nak tengok bilik akhwat. Bukan nak tengok tapi ada tarikan untuk dilihat. Bukan ikhwah jer nak tengok, bangla kat atas bukit tu duk perhati jer. Siap datang menegur pula kata musliamh kita tak tutup aurat buat pawagam untuk tayangan ramai. Hati-hati muslimah. Kalau panas juga, belilah kipas. Apalah nak dinilaikan harga kipas tu dengan ganjaran pahala yang Allah janjikan bagi mereka-mereka yang bersungguh-sungguh menutup aurat mereka. Niatkan beli kipas tu untuk tutup aurat kan bagus.

Keempatnya, saya terperhatikan muslimah suka angkat tudung yang sedia labuh sehingga ke bahu. Kenapa yer. Panas ker. Atau sudah biasa pakai tudung kecil, tapi kat kolej ni terpaksa pakai tudung labuh sebab takut JPM marah. Kakak-kakak marah. Kalau terangkat tidak mengapa. Tapi ini selalu sangat. Dah jadi macam sengaja. Kalau buat macamtu sesama akhwat tidak mengapa. Ini yang peliknya di luar. Nampaklah bentuk badan tu. Aurat sudah lepas di tutup tapi masih lagi tidak sempurna kerana syarat tidak dipenuhi. Pakaian mesti tidak menampakkan bentuk tubuh. Ala , jubah kita labuh la tak nampak bentuk badan. Bagi saya kalau lepas pun dari segi hukum tetap pemandangan tu tak manis dari kaca mata saya yang rabun ni. Terpulang muslimah untuk menilainya. Saya hanya kata apa yang hati saya rasa.

Nak saya tuliskan semua saya rasa muslimah lebih mengetahui hak-hak mereka. Saya hanya melihat dua tiga kes di depan mata. Mungkin yang berlaku di sini hanya dua tiga kes ni sahaja yang boleh kita katakan sebagai kes-kes terpencil. Tapi mencegah sebelum jadi parah itu lebih baik dari memotong anggota yang sudah parah di makan kanser. Saya sebut di sini sebab muslimah jadi contoh di luar sana. Manis muslimah berbusana, bijak muslimah berhijab cukup menjadi dakwah yang berkesan berbanding kata-kata yang dilafazkan. Lisanul hal ablagh wa asdaq min lisanil maqal.

Maaf jika artikel ini tidak sedap dibaca. Ini hanya pandangan dari insan rabun seperti saya..

Wallahu'aalam..

2 comments:

mawaddah said...

salam, saya sutuju sangat dengan apa yang dibicangkan. mereka ni, tak tahu yang ranbut mereka akn dibakar nanti kat neraka kalau tak pakai tudung tapi ambil remeh je soal ni. mudah mudahan mereka insaf.

cahaya said...

salam...
hehe... bisa gak ayat2 nye...
tp sedap di baca...
cahaya copy ye...
mekasih...
(^_^)