Saturday, February 28, 2009

Muslimah,Auratmu Bukan Mainan



Terfikir saya untuk menulis artikel ini di atas beberapa peristiwa yang saya lalui dalam beberapa minggu ini. Saya rasa amat sedih kerana tidak mempu meluahkannya secara berhadapan. Oleh itu saya ambil kesempatan ini untuk saya titipkan di dalam jurnal jalan kehidupan saya. Moga ia dapat dijadikan iktibar, didengari oleh pihak yang berkenaan dan dalam masa yang sama melepaskan tanggung jawab fardul muslim saya : menegur dan ingat mengingat dalam kebaikan.

Hati saya membuak-buak memberontak untuk menegurnya. Namun apakan daya, iman ini masih diperingkat awam. Namun, saya berharap tulisan tangan ini masih tergolong di dalam peringkat pertama yanag disebutkan di dalam Hadis Nabi SAW yang bermaksud : Sekiranya kamu melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tanganmu. Papan keyboard ini, bukankah ia lebih tajam dari mata pedang.

Saya fokus isu ini hanya buat muslimah kerana saya rasa terpanggil untuk berkongsi bersama muslimah sebuah hadis yang sering kita dengar di dalam kumpulan hadis-hads Nabis SAW yang berbunyi :

سيكون في آخر أمتي نساء كاسيات عاريات، على رؤوسهن كأسنمة البخت، العنوهن فإنهن ملعونات

Maksudnya : Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela. [Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]

Hadis ini amat berat bunyinya. Sehingga Rasulullah SAW mengarahkan kita melaknat wanita yang disifatkan sebagai 'ariaat di dalam hadis di atas.

Apa yang saya lalui, saya lihat seolah-olah muslimah (saya tidak kata SEMUA) sengaja mencari peluang untuk mendedahkan aurat mereka. Muslimah bukan tidak tahu etika pakaian yang Islam kehendaki, mereka amat tahu, tetapi saya rasa seolah-olah muslimah sengaja tidak menghayati apa yang telah diketahui. Terlalu banyak ahdas dan peristiwa yang saya alami. Saya akan perincikan di sini moga ada perubahan sedikit sebanyak selepas ini.

Pertamanya, saya terlihat muslimah sengaja memakai baju yang berlengan terbuka lebar tanpa memakai stokin lengan yang menutup sehingga ke pergelangan tangan. Nak kata fesyen mak datin tidak juga. Yang saya 'terperhatikan' tu sengaja angkat lengan seolah-olah ada sesuatu yang ingin ditonjolkan. Nak kata ada rantai emas berlian tiada. Apa yang ada hanyalah rantai manik. Tak padan kalau setakat nak tunjuk gelang manik berbanding azab yang telah Tuhan janjikan. Kalau terlupa yang aurat wanita tu sampai ke lengan, kat sini saya mahu ingatkan semula bahawa aurat tu sampai ke pergelangan tangan. So kenalah hati-hati yer. Stokin lengan pun bukan mahal sangat. Lebih murah dari gelang manik yang berlilit di tangan.

Keduanya, saya 'terperhatikan' muslimah tidak memakai stokin sewaktu berjalan. Ye lah, kadang-kadang nak pindah ke bilik sebelah jer, lecehlah pakai stokin. Boleh sembunyi belakang tabir, orang tak nampak. Tapi tak perasan kaki tu tetap orang nampak. Memang tiada dalam quran wajib kene pakai stoking kan. Tapi bukan ker kaki tu juga masih lagi aurat yang perlu ditutup. Ala stoking basah kene hujan. Emm, beli la banyak sikit. Tak kan hanya ada satu stoking jer. Baju banyak, kasut banyak. Stokin satu jer. Tak padan. Ala , jubah panjang tak nampak kaki. Saya no komen. Jawab la nanti depan Tuhan dengan alasan-alasan tu. Kaki ni bukan pandai sembunyi sendiri dalam jubah. Kalau dah terjulur nampak kaki jangan salahkan kaki. Salahkan tuan kaki yang tak pakai stokin.

Ketiganya, saya 'terperhatikan' muslimah tidak pasang langsir tingkap atau tidak tutup tingkap. Tabir dan tingkap tu aurat ke ustaz? Baca la dalam kitab. Pernah jumpa langsir tu aurat ker. Saya terperhatikan langsir-lansir dan tingkap-tingkap di buka luas di kolej. Ye lah panas, tapi api neraka tu lagi panas. Kalau duduk kat bilik tu pakai tudung dan pakain lengkap tidak mengapalah nak cabut terus ke langsir dan tingkap tu. Tapi yang terperhatikan tidak seperti itu. Ala muslimin ni, saja nak tengok bilik akhwat. Bukan nak tengok tapi ada tarikan untuk dilihat. Bukan ikhwah jer nak tengok, bangla kat atas bukit tu duk perhati jer. Siap datang menegur pula kata musliamh kita tak tutup aurat buat pawagam untuk tayangan ramai. Hati-hati muslimah. Kalau panas juga, belilah kipas. Apalah nak dinilaikan harga kipas tu dengan ganjaran pahala yang Allah janjikan bagi mereka-mereka yang bersungguh-sungguh menutup aurat mereka. Niatkan beli kipas tu untuk tutup aurat kan bagus.

Keempatnya, saya terperhatikan muslimah suka angkat tudung yang sedia labuh sehingga ke bahu. Kenapa yer. Panas ker. Atau sudah biasa pakai tudung kecil, tapi kat kolej ni terpaksa pakai tudung labuh sebab takut JPM marah. Kakak-kakak marah. Kalau terangkat tidak mengapa. Tapi ini selalu sangat. Dah jadi macam sengaja. Kalau buat macamtu sesama akhwat tidak mengapa. Ini yang peliknya di luar. Nampaklah bentuk badan tu. Aurat sudah lepas di tutup tapi masih lagi tidak sempurna kerana syarat tidak dipenuhi. Pakaian mesti tidak menampakkan bentuk tubuh. Ala , jubah kita labuh la tak nampak bentuk badan. Bagi saya kalau lepas pun dari segi hukum tetap pemandangan tu tak manis dari kaca mata saya yang rabun ni. Terpulang muslimah untuk menilainya. Saya hanya kata apa yang hati saya rasa.

Nak saya tuliskan semua saya rasa muslimah lebih mengetahui hak-hak mereka. Saya hanya melihat dua tiga kes di depan mata. Mungkin yang berlaku di sini hanya dua tiga kes ni sahaja yang boleh kita katakan sebagai kes-kes terpencil. Tapi mencegah sebelum jadi parah itu lebih baik dari memotong anggota yang sudah parah di makan kanser. Saya sebut di sini sebab muslimah jadi contoh di luar sana. Manis muslimah berbusana, bijak muslimah berhijab cukup menjadi dakwah yang berkesan berbanding kata-kata yang dilafazkan. Lisanul hal ablagh wa asdaq min lisanil maqal.

Maaf jika artikel ini tidak sedap dibaca. Ini hanya pandangan dari insan rabun seperti saya..

Wallahu'aalam..

Friday, February 27, 2009

Titian Perjalanan

Detik semakin berlalu, masa kian berputar. Kini tahun baru 2009 datang menggantikan 2008 yang telah berlalu. Bermacam-macam kisah, samada suka mahupun duka yang dilalui. Tahun 2008 juga banyak mencatatkan sejarah duka buat diri ini. Kegagalan dalam imtihan telah mencampakkan daku ke bumi KUIS. Aku pergi tanpa kerelaan, namun aku juga redha akan ujian. Tempoh masa selama 4 tahun di bumi ipt tidak pernah aku sesali. Bukan semua orang mendapat peluang menimba pengalaman, namun pengalaman yang aku perolehi banyak mendewasakan.

Tarik 20 Oktober 2008, aku mula mendaftar di KUIS dan sekarang, aku akan memasuki semester kedua pada 10 Mac ini. Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Sekiranya kita gagal merancang, bermakna kita telah merancang untuk gagal.(huhuhuh. ayat motivasi)

Tiada apa yang ingin dicatatkan. Hanya menunggu madah terakhir yang akan diambil pada 3 Mac ini. English Language Proficiency. Semakin hampir kepadanya, diri ini semakin malas. Malas dan terus malas. Kepala pun semakin berat. Kekuatan seperti hilang. Semangat seakan melayang. Bagaimanakah ingin ku tempuhi?

Semakin hari, semakin panas. Biasanya musim panas dan terutamanya musim peperiksaan ini, ramai yang akan biul, bengong dan bertindak di luar dugaan. Kenapa ye? Dugaan? Cabaran? Mungkin juga kerana hati yang kotor. Diri yang semakin jauh dari Allah.

Cukuplah atas apa yang berlaku. Janganlah diri ini diuji dengan perkara yang tidak mampu dihadapi. Kekalutan perasaan, fikiran, abaikanlah buat sementara waktu. Alhamdulillah, semakin lama, kekuatan yang diharapkan semakin mencengkam. Terima kasih buat insan yang memahami dan banyak memahami dan sudi meniupkan semangat. Semoga cahaya kurniaan itu akan terus menerangi diri ini...

Saturday, February 21, 2009

Alhamdulillah,Syukur

Alhamdulillah sudah tiga subjek berlalu , tinggal berbaki tiga subjek lagi .Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menghantar komen kerana lama sangat agaknya tak update blog ni . Ini menunjukkan blog yang tak seberapa ini masih mempunyai para peminat yang setia . Apapun saya mengucapkan terima kasih atas komen yang membina dan ikhlas . Kemungkinan tidak lama update disebabkan ketandusan idea untuk menulis dan terlalu sibuk agaknya dengan peperiksaan .

Maklumlah tahun ni tahun pertama , jadi subjek untuk Sem 1 ni sahaja 7 subjek . Subjek kali ini boleh dikatakan susah sebab banyak melibatkan penghafalan fakta . Maknanya untuk sem ini , saya perlu memberikan tumpuan yang lebih . Tapi mungkin bukan itu alasannnya .

Semuanya akan menjadi mudah dan ringan jika kita saling tolong menolong antara satu sama lain . Lebih-lebih lagilah dalam musim peperiksaan ini . Oklah , sempena musim peperiksaan ini saya mengharapkan doa dan kemaafan dari sahabat-sahabat semua . Jangan kita lupa umtuk mendoakan sahabat-sahabat kita . Semoga para malaikat yang doanya tidak dihijab akan mendoakan kejayaan kita.....Amin .

Saturday, February 7, 2009

::JOM BERI PENDAPAT,DAN ANDA AKAN DIBAYAR::

Peluang untuk anda memberi pendapat dan mungkin mengubah keadaan dengan pendapat anda,
menariknya, setiap pendapat akan dibayar.... Cuba dulu baru tahu...
Klik logo dibawah:

Thursday, February 5, 2009

Boikot Cara Hidup Yahudi

Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah tetapi anak bangsa kita yang “merempat”. Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan? Amerika tidak sakit, kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.
Ada pula suara sinis yang memandang enteng jerit pekik, maki hamun dan teriak semangat dalam demonstrasi- demonstrasi menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit! Tel Aviv dan Washington tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, kaedah demonstrasi juga bukan cara yang tepat, kata sesetengah pihak yang lain.Namun, itulah sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palestin. Pokoknya mesti ada tindakan - “actions speaks louder than words.”Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apakah cara itu? Firman Allah:
“Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.”
Ini rahsia “hati perut” Yahudi yang dibongkar oleh Allah SWT sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.

Tegasnya, dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat, itulah “demonstrasi” yang paling menyakitkan Zionis. Dan usaha “memboikot” cara hidup Yahudi - budaya hedonisme (berseronok-seronok dengan hiburan secara keterlaluan), pendedahan aurat, pergaulan bebas, arak, pengamalan riba, dadah dan lain-lain perkara yang haram, maka itulah kaedah yang paling ditakuti oleh Yahudi.

Boikot cara hidup Yahudi tidaklah sesukar mana. Contohnya, tidak sesukar kita membeli bendera Israel, pemetik api dan kemudian membakarnya tetapi cukup, sekadar tidak membakar… Jangan membakar rokok! Bukankah merokok itu membazir dan memudaratkan? Dan itulah juga industri yang paling banyak menyumbang kepada kekuatan Yahudi?

Marilah kita semarakkan cara hidup Islam, sepenuh dan seluruh. Insya-Allah, secara automatik Yahudi akan tertekan. Jangan hanya lisan sahaja yang membenci tetapi sebaliknya tindakan kita memuji. Justeru, membenci jangan hanya dengan emosi tetapi gunakanlah akal dan hati!