Thursday, October 16, 2008

Hilangnya Seorang Mufti



Setelah dua tahun menjawat jawatan Mufti di negeri Perlis,dan menulis untuk kolum "Pena Mufti" dalam Mingguan Malaysia setiap minggu,aku tanpa ragu ragu menyatakan bahawa "negara kita masih memerlukan orang seperti Dr Asri menjadi mufti di salah sebuah negerinya"

Sebab apa?Jelas kerana ilmunya,keberaniannya dan kepekaannya terhadap isu-isu semasa yg relevan dengan perkembangan dan keperluan umat Islam hari ini.Tidak ramai orang yg sepertinya.Barangkali hanya dia seorang buat masa ini.Bacalah semua tulisan-tulisannya,terutama dalam tempoh dua tiga bulan terakhir ni.Keberaniannya semakin terserlah.Menegur tak kira siapa,raja mahupun menteri.Tulisannya dalam majalah I keluaran Oktober misalnya,menegur kebiasaan membazir di kalangan raja-raja,menteri-menteri dan acara rasmi kerajaan.

Fikirkanlah!Betapa sukarnya untuk kita menemui personaliti yg berilmu,berfikiran terbuka,berpendirian tegas berani dan berketrampilan untuk menghasilkan kritikan dan teguran yg bernas dan suka dibaca.Aku tertarik dengannya antaranya adalah kerana telah melihat ada beberapa persamaan idea yg pernah disuarakan oleh Tok Guru NiK Aziz sendiri.Maka dua suara itu sebenarnya boleh digabungkan,walaupun tidak meletakkan kedua-duanya di pentas parti politik yg sama.

Memang tidak semua pandangannya diterima dan disenangi.Bahkan ada pembaca harakah yg meminta Harakah berhenti menyiarkan pandangan-pandangan Dr Asri.Itu mmg biasa.Aku sendiri pun tidak mengatakan bersetuju 100% dengan semua pandangan beliau.Ada juga yg aku tidak setuju.Misalnya kritikan-kritikannya tentang politik.



Bagiku,Dr Asri bukan orang politik.Jadi pandangannya tentang hal-hal bersifat politik tidaklah begitu penting.Dan apabila ada pihak yg mencadangkan beliau terjun aktif dalam politik,aku pun tak setuju.Janganlah!Duduklah tetap sebagai ilmuan yg berdiri tegap di atas kebenaran ilmu.Itu tidak mudah dicapai.Sedangkan untuk menjadi ahli politik,sudah ramai org yg berkelayakan.Makanya,aku mahu menyatakan sekali lagi bahawa kita sekarang masih memerlukan suara seorang mufti seperti Dr Asri.Betul,kalau dia berhenti jd mufti pun dia masih boleh terus menulis dan menegur.Tetapi tak sama!Kesannya tak sama.Banyak bezanya penerimaan masyarakat kalau dia menulis/menegur sebagai mufti dengan dia menulis/menegur sbg ahli akademik.



Teguran atau pandangannya sebagai mufti ada wibawa,ada autoriti.Orang kena bagi perhatian.Orang kena ambil kira.Tetapi kalau sebagai ahli akademik,org boleh buat tak peduli sahaja.Itu bezanya!Perbezaan yg sangat besar.

Tuesday, October 14, 2008

Jom Join Kelab Minda Tajdid



Organisasi Kelab:

Penasihat: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Jawatankuasa Penaja: Team drmaza.com
Anggota: Ahli-Ahli Yang Berdaftar Menerusi drmaza.com

Tujuan Penubuhan Kelab:

Untuk melaksanakan tanggungjawab bantu-membantu dalam menyebarkan mesej Islam yang indah kepada masyarakat muslim dan non-muslim. Ia selaras dengan arahan Allah dan RasulNya agar setiap kita tolong-menolong demi kebaikan dan menyampaikan risalah Islam yang sebenar.

Menjadi saluran ilmu dan idea antara sesama ahli ke arah pembinaan minda dan jiwa.
Memanfaatkan kelebihan setiap ahli dalam melaksanakan tugasan menyampaikan kebenaran dan ilmu.

Mengeratkan ukhuwwah sesama ahli supaya dapat kenal mengenal dan bantu membantu antara satu sama lain.

Aktiviti:

Akan dirancang dari masa ke masa dengan ahli-ahli kelab. Ini termasuk perjumpaan berkala dengan Penasihat Kelab, pertemuan dengan berbagai tokoh, seminar, wacana, kembara ilmu, perjumpaan khas dan berbagai aktiviti yang lain.

Sumber Kewangan Aktiviti:

Sumbangan ikhlas.
Yuran penyertaan.
Pengurusan kewangan InsyaAllah, akan cuba diuruskan dengan telus; laporan bulanan akan dinyatakan.

Penyertaan:

Saluran/Cara: menerusi borang pendaftaran di drmaza.com.
Yuran: RM 1 sahaja - No akaun Maybank : 154101129300 (jika disumbang lebih, dimasukkan ke dalam akaun aktiviti Kelab).

Borang:

Nama Penuh:
Alamat:
Pekerjaan:
I.C:
no. hp @ telefon:

** Borang yang telah lengkap di isi boleh dihantar semula melalui:

email ke alamat kelabmindatajdid@protajdid.com atau

diposkan ke alamat Setiausaha KMT, No-7 Jln Perkasa 3, Taman Bukit Terendak, 76300 Sungai Udang, Melaka.



Program Terdekat: Perjumpaan pertama ahli-ahli Kelab dengan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dicadangkan pada 25hb Okt 2008 di KL.

Persaraan Sahibus Samahah Dr MAZA




Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis,
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
akan menamatkan kontraknya
pada 1 Disember 2008,
iaitu tarikh beliau dijangka bertolak
ke luar negara untuk cuti kajian.



Walaupun agak terkilan dengan keputusan Dr Asri untuk meletak jawatan sebagai mufti tetapi aku menghormati keputusan Dr Asri itu. Ini kerana bukan mudah untuk mencari seorang mufti yang berani memberikan hujah dan pandangan yang sentiasa selari dengan Al quran dan As sunnah dalam apa jua keadaan sekali pun. Pada pemerhatianku, walaupun pendekatan dakwah yang dibawa oleh Dr Asri tidak disenangi oleh banyak pihak tapi ramai generasi muda terutamanya pelajar-pelajar universiti dalam mahupun luar negara menerima dan menghargai usaha pembaharuan yang mahu dilakukan. Aku berharap Dr Asri dapat meneruskan usaha dakwah ini dengan lebih hebat dan berkesan walaupun bukan lagi bergelar seorang mufti.

Dr Asri, Malaysia umumnya akan kehilangan seorg tokoh yang bersuara lantang, tegas yang berpaksikan prinsip di dalam semua bidang termasuklah hal ehwal agama, politik, hiburan, media dan sebagainya. Ini adalah kerugian yang amat besar. Terlalu ramai yang masih mengkehendaki anda utk duduk dikerusi tersebut dan melontarkan pelbagai perkara dan pandangan. Namun Khalifah Umar Abdul Aziz juga menjawat jawatan khalifah hanya 2 tahun sahaja.Semua pencinta Islam dan sunnah amat mengharapkan agar dakwah ini terus berjalan tidak kira apa pangkat atau jawatan. Semoga Dr terus teguh dengan dakwah ini selepas ini. Ternyata jiwa yang kaya tidak meminta jawatan tersebut. Moga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah jalla wa’alla.

Aku menganggap persaraan awal Dr Asri sebagai satu ‘penghijrahan’. Sampai masanya mufti yang bijaksana ini dan tajam fikiran ini, akan kembali mencorak masa depan negara kita, Insya Allah. Untuk jangka masa ketiadaan beliau yang telah berjaya mencipta nama sebagai Mufti yang tegas dan berani, ramai penyokong Dr Asri akan cukup terasa kehilangannya. Keikhlasan beliau menyampaikan ilmu, berkongsi pandangan dan menunjukkan jalan yang benar kepada kita seharusnya menjadi satu ‘yardstick’ bagi semua ulamak di Malaysia. Contohilah Dr Asri. Jangan takut untuk menyatakan kebenaran kerana tidak mahu hilang populariti atau hendak menjaga kedudukan. Bagi mereka yang pernah terasa dengan teguran Dr Asri pasti akan merindui kata-kata Dr Asri yang cukup berbisa. Teguran Dr Asri adalah penawar bagi mereka yang mahu menerima tetapi ‘racun’ bagi mereka yang tidak mahu berubah. Yang jelas, nama Mufti Perlis akan tetap abadi dan terpahat dalam lipatan sejarah kerana jasa beliau menyedarkan umat Islam amnya tentang hukum hakam dan isu semasa yang melibatkan agama bukan sedikit. Inilah peranan SEBENAR seorang agamawan dan Mufti. Pada Dr Asri, jangan biarkan umat Islam di Malaysia terkapai-kapai. Kami akan tetap menanti kepulangan Dr ntuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Allah jua yang mengetahui setiap yang berlaku!

Monday, October 13, 2008

Promote Buku Baru

Alhamdulillah,pagi tadi aku menerima SMS dari Ustaz Pahrol mengatakan buku terbarunya sudah berada di pasaran.Tajuknya,Dilema Melayu Islam:Kurang Fikir Atau Kurang Zikir?

Aku belum sempat lagi mendapatkannya di pasaran,tapi aku yakin karya Ustaz Pahrol ni biasanya mantap-mantap.Berikut aku nyatakan sedikit sebanyak tentang promo buku tersebut.Jangan lupa dapatkannya di pasaran tau!!!



Mengapakah anda mesti baca buku ini ?

1.Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu-Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam & Melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.....


2.Memberi pandangan “di luar kotak” untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan pelaksanaan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah, peranan hamba & khalifah, kesepaduan ilmu Naqli & Aqli, berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) & kekuatan fikir (ketinggian teknologi).

3.Menjelaskan perlaksanaan “berpolitik sebagai satu ibadah” untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin Melayu ke arah pembentukan generasi yang lebih berintegriti & kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini.

4.Menangkis obsesi diri & kumpulan menerusi pendekatan perjuangan yang lebih dinamik, pragmatik, praktikal & toleran berasaskan ketulusan memanfaatkan persamaan & ketelusan menguruskan perbezaan.

5.Mengajak bangsa Melayu-Islam berfikir…jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu “perkongsian pintar” sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk “persaingan sihat” juga turut tertutup?

Saturday, October 11, 2008

Malam Citra Aidilfitri

Alhamdulillah,aku baru sahaja selesai menyaksikan konsert nasyid Citra Aidilfitri di Stadium Mini Pendang malam ini.Antara penasyid yang menjayakan program ini ialah UNIC dan Azhan Atan (Juara AN 2008).Overall program amat bagus walaupun audiens tak berapa ramai.Mungkin sebab hujan turun renyai-renyai sejak Maghrib tadi.

Buat Fadzli UNIC dan Abang Najib,maaf yer sebab tak sempat nak jumpa antum.InsyaAllah,kalau ada rezeki nanti kita jumpa lagi ya..

Tuesday, October 7, 2008

Ramadhan Yang Hilang



Alhamdulillah, Ramadhan yang kita penuhi dgn amalan-amalan hampir ke penghujungnya. Mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Mati itu pasti dan pasti akan berlaku untuk stiap insan yang dilahirkan dengan nama manusia. Kejayaaan umat akhir zaman ini hanya dalam agama Allah SWT. Sejauh mana kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya, sejauh itulah kejayaan kita.

Kejayaan di dunia mahupun akhirat. Kita akan bertemu Allah dengan wajah yang tersenyum-senyum ketika di hari perhitungan kelak. Ramadhan yang berlalu bukan bermakna ditinggalkan begitu saja. Mungkin semasa Ramadhan, Al-Quran yang kita simpan dikeluarkan dan dibaca. Namun selepas melaungkan takbir raya pada keesokan hari, Al-Quran itu kembali disimpan di almari berkaca. Kalau ini yang berlaku, bermaksud kita gagal dalam akademi Ramadhan kali ini. Semua manusia sedia maklum yang Ramadhan ini merupakan bulan makfirah, keampunan, bulan rahmat. Dan ada golongan cerdik pandai pada era kini menamakan bulan ini dengan nama-nama baru seperti bulan bonus, bulan latihan dan sebagainya. Dalam bulan ini lah, pelbagai peristiwa berlaku.

Berlakunya peperangan antara yang hak dn yang batil iaitu perang badar. Perang ini di mana bertembungnya antara semulia-mulia dan sebaik-baik manusia, iaitu nabi Muhammad saw berganding bersama penghulu segala malaikat iaitu Jibrail. Pertemuan ini bolehlah diibaratkan antara buku dengan ruas, lawannya ialah sejahat-jahat manusia, iaitu Abu Jahal dan dibantu oleh sejahat-jahat makhluk iaitu syaitan laknatullah. Dalam perang ini, umat islam hanya berjumlah 313 org, dan tidak mempunyai kelengkapan perang yang cukup. Mereka hanya membawa keimanan kepada Allah semata-mata. Tentera Abu Jahal pula berjumlah berpuluh-puluh ribu bilangannya dan lengkap dengan senjata moden ketika itu. Nabi berdoa supaya Allah memberi kemenangan kepada mereka dan menyelamatkan agama Islam kerana andai kata umat islam kalah dalam peperangan ini, nabi bimbang tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah selepas itu. Abu Jahal juga berdoa, memohon supaya Allah bagi kemenangan kepada mereka supaya Allah membalas kepada hambanya yang meniggalkan keluarganya dan membawa ajaran yang bercanggah dengan agama mereka. Namun Allah lebih mengetahui tentang segala sesuatu dan memberi kemenangan kepada sesiapa yang benar dan dikehendakinya. Umat Islam bersama pertolongan Allah berjuang bersungguh-sungguh pada ketika itu dan diberi kemenangan oleh ALLAH SWT.

Berbalik kepada Ramadhan yang akan berlalu, institut Ramadhan seharusnya meniggalkan kesan yang mendalam di dalam hati kita. Kesannya kita tidak boleh lihat, namun kita boleh merasai nya. Andai selepas Ramadahan ini kita masih sembahyang subuh jam 7, itu sudah cukup membuktikan bahawa kita sebenarnya gagal untuk memperoleh sijil kelulusan ijazah Ramadhan. Jauh perjalanan kita untuk mencapai 4 flat.

Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan apa yang ada di dalam bulan Ramadhan di bulan-bulan yang lain. Hidupkan amalan-amalan sunat kita dan bersama mencari keredhaan Allah dalam meniti arus kehidupan. Semoga jalan yang kita pilih mendapat keredhaan Allah dan menjadikan kita manusia yang berilmu, beriman, bertaqwa di dunia mahupun akhirat.