Tuesday, October 14, 2008

Persaraan Sahibus Samahah Dr MAZA




Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis,
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
akan menamatkan kontraknya
pada 1 Disember 2008,
iaitu tarikh beliau dijangka bertolak
ke luar negara untuk cuti kajian.



Walaupun agak terkilan dengan keputusan Dr Asri untuk meletak jawatan sebagai mufti tetapi aku menghormati keputusan Dr Asri itu. Ini kerana bukan mudah untuk mencari seorang mufti yang berani memberikan hujah dan pandangan yang sentiasa selari dengan Al quran dan As sunnah dalam apa jua keadaan sekali pun. Pada pemerhatianku, walaupun pendekatan dakwah yang dibawa oleh Dr Asri tidak disenangi oleh banyak pihak tapi ramai generasi muda terutamanya pelajar-pelajar universiti dalam mahupun luar negara menerima dan menghargai usaha pembaharuan yang mahu dilakukan. Aku berharap Dr Asri dapat meneruskan usaha dakwah ini dengan lebih hebat dan berkesan walaupun bukan lagi bergelar seorang mufti.

Dr Asri, Malaysia umumnya akan kehilangan seorg tokoh yang bersuara lantang, tegas yang berpaksikan prinsip di dalam semua bidang termasuklah hal ehwal agama, politik, hiburan, media dan sebagainya. Ini adalah kerugian yang amat besar. Terlalu ramai yang masih mengkehendaki anda utk duduk dikerusi tersebut dan melontarkan pelbagai perkara dan pandangan. Namun Khalifah Umar Abdul Aziz juga menjawat jawatan khalifah hanya 2 tahun sahaja.Semua pencinta Islam dan sunnah amat mengharapkan agar dakwah ini terus berjalan tidak kira apa pangkat atau jawatan. Semoga Dr terus teguh dengan dakwah ini selepas ini. Ternyata jiwa yang kaya tidak meminta jawatan tersebut. Moga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah jalla wa’alla.

Aku menganggap persaraan awal Dr Asri sebagai satu ‘penghijrahan’. Sampai masanya mufti yang bijaksana ini dan tajam fikiran ini, akan kembali mencorak masa depan negara kita, Insya Allah. Untuk jangka masa ketiadaan beliau yang telah berjaya mencipta nama sebagai Mufti yang tegas dan berani, ramai penyokong Dr Asri akan cukup terasa kehilangannya. Keikhlasan beliau menyampaikan ilmu, berkongsi pandangan dan menunjukkan jalan yang benar kepada kita seharusnya menjadi satu ‘yardstick’ bagi semua ulamak di Malaysia. Contohilah Dr Asri. Jangan takut untuk menyatakan kebenaran kerana tidak mahu hilang populariti atau hendak menjaga kedudukan. Bagi mereka yang pernah terasa dengan teguran Dr Asri pasti akan merindui kata-kata Dr Asri yang cukup berbisa. Teguran Dr Asri adalah penawar bagi mereka yang mahu menerima tetapi ‘racun’ bagi mereka yang tidak mahu berubah. Yang jelas, nama Mufti Perlis akan tetap abadi dan terpahat dalam lipatan sejarah kerana jasa beliau menyedarkan umat Islam amnya tentang hukum hakam dan isu semasa yang melibatkan agama bukan sedikit. Inilah peranan SEBENAR seorang agamawan dan Mufti. Pada Dr Asri, jangan biarkan umat Islam di Malaysia terkapai-kapai. Kami akan tetap menanti kepulangan Dr ntuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Allah jua yang mengetahui setiap yang berlaku!

No comments: