Friday, June 29, 2007

Boringnyer!!!

Cuba teka apa yang tak kena dgn kucing2 ni..Hehe

Thursday, June 21, 2007

Muslimin Berkopiah:Satu Persoalan


Assalamualaikum…Actually,kita sering memperkatakan tentang isu aurat muslimat sejak akhir2 ni. Maybe aurat muslimat ni lebih kompleks berbanding aurat muslimin. Namun ,muslimin pun ada jugak yg tak mampu nak jaga aurat yg boleh dianggap “simple” tu..Sama2lah kita memuhasabah diri kita yer..
Ok,kita cuba sentuh isu berkopiah bagi muslimin. Ada yg menganggap kopiah tu penting bagi mencerminkan keperibadian seorang Muslim. Kita selalu mempersoalkan muslimat supaya bertudung labuh,berstokin tangan,berstokin kaki untuk menjaga aurat mereka. Tetapi macam mana pula bagi muslimin untuk melengkapkan keperibadian Islam?
Ana pun honestly tak pakai kopiah sepanjang masa. Kadang pakai,kadang tak pakai.Rasa macam hipokrit plak tak istiqamah. Tapi bila pakai ni lain sketla. Rasa terdidik sket bila nak buat benda2 tak baik tu. So,apa komen sahabat2 ikhwan n akhawat ttg isu ni?Perlukah istiqamah dalam berkopiah bagi muslimin?Satu persoalan yg perlu dikupas!!

Saya Mahu Tukar Imej?


"Dah bosanlah pakai tudung labuh... Sesekali tengok orang bertudung singkat, macam best aja. Bebas sikit nak mengenakan gaya. Nak pakai seluar ke, blause ke, dress yang ketat-ketat sikit ke. Taklah setiap masa kemana sahaja pergi terikat dengan baju kurung, tak baju kurung jubah. Out of date lah! Bukan tak boleh nak pakai jubah atau baju kurung, In fact pakaian sedemikian boleh sahaja kelihatan menarik, asalkan tahu cara mengenakannya, tak perlu ubah banyak bagi saya… cukup dengan cara bertudung. Cukup mudah bukan? Saya paling tak setuju bila orang kata; kalau pakai tudung, tak boleh nak berfesyen. Siapa kata? Tengok sahaja Wardina, Waheeda dan ramai lagi artis-artis atau model-model bertudung. Walau bertudung tetap hebat bergaya! Lihat Heliza AF5, walau pakai tudung, ok je rockers atas pentas semasa konsert AF minggu lepas, menari. Sungguh.. Respect betul saya kat dia. Imej mcm dia, kata Loloq boleh menyebabkan dunia rock menjadi suci. Hu hu kira hebatlah macam tu bukan? Dengan sedikit sahaja tindakan, dia sudah mampu mengubah perspektif orang. Hanya dengan kerana itu, dia berjaya menaikkan rankingnya, tak pernah-pernah dapat lampu biru tiba-tiba meletup dengan empat lampu biru. Dengan itu barulah masyarakat dunia boleh respect dengan kita especially gadis bertudung. Bestnya kalau saya dapat jadi macam dia. Bertudung tapi boleh buat segala macam benda. Baru best!!

Alah saya bukan nak lebih-lebih sangat, dari tudung labuh kepada tudung lilit 50 inci je. Tetap labuh.. Dengan itu bolehlah saya varietykan stail saya. Tidaklah kata orang kelihatan kuno macam biasa. Kalau dunia ada perubahan. Kita manusia pun nak juga adakan perubahan kan? Barulah dapat jadi outstanding dimata orang ramai. Kalau macam tu kan lebih senang saya nak bina hubungan muammalah dengan orang lain. Bukan apa, sebagai seorang warga kota yang dikelilingi dunia moden... Tak mahulah saya ketinggalan atau lari jauh dari dunia fesyen yang setiasa up to date itu.

Saya sebenarnya dah lama plan benda ni, tapi belum berani nak buat. Ye lah takut juga persepsi orang pada saya nanti kalau saya ubah penampilan. Cuma kini baru rasa ada sedikit keyakinan. Plannya kena slowly lah. Saya amat admire bidang modeling dan fesyen. Jauh disudut hati, teringin benar nak bertudung gaya gipsi yang dikenali sebagai tudung bienda. Tapi perubahan yang nak dibuat tak bolehlah secara mendadak. Kena ada strategi. Nak ubah penampilan pun kena ada strategi, macam berperang, mana boleh main serang je, kenalah rancang one by one. Dari tudung labuh ke 50 inci, lilit-lilit sikit, then jadi pendek-pendek sikit, dari tudung turkey kepada tudung bawal. Dari tutup dada, angkat sikit-sikit. Tapi kena slowlylah buat satu-satu sampai orang dah biasa dengan stail saya, baru buat perubahan kepada imej yang saya idamkan. Barulah senang hati saya untuk berfesyen sepuasnya.

Tengoklah, saya akan mulakan misi saya tak lama lagi. Moga Allah tak murka dengan saya. Sebab saya akan tetap tutup aurat. Huhu bayangkan saya berubah penampilan begitu, mesti meletup kan??!.”

Mungkin lepas tu….

1- Dari ubah cara bertudung, saya ubah stail pemakaian yang lebih berani dan ranggi.

2- Dari pakaian longgar-longgar kepada ketat-ketat.

3- Tudung Bienda tetap maintain tapi dedah leher sikit-sikit.

4- Sesekali cuba buka tudung bila kat rumah dgn bukan mahram.

5- Lansung tak pakai tudung bila dirumah walaupun ada bukan mahram datang ziarah.

6- Bila ada function yang special di tempat yang tiada orang mengenali saya, cuba-cuba pakai evening dress tanpa tudung

7- Kat luar tudung saya dah mula jadi choc fudge, sekejap ade sekejap takde.

8- Lepas tu mungkin terus terbang….

“Aduh bercelarunya identity saya! Begitu hebat arus moden menguasai saya jika begitu.. Tapi tak mengapalah, yang penting orang pandang saya dan orang suka dengan saya! He he. Siapa pun akan senang bekerja dengan saya. Barulah boleh maju kalau buka bisnes, sebab sebelum kita nak mulakan sesuatu, tak kiralah kerja ke atau bisnes ke ataupun menjalin hubungan cinta dengan seseorang, first impression tu penting. Walaupun kita mungkin tidak cantik, at least kita ada gaya dan juga penampilan. Barulah orang pandang tinggi pada kita. Betul tak? Bagaimanapun pandangan Allah tu penting juga. Tapi itu takpe bagi saya… Allah kan maha pengampun dan sentiasa sedia menerima taubat dari orang-orang yang berdosa, saya tetap islam, walaupun agak fasiq padaNYA. Tapi Dia kan ada dan maha mengetahui hati hamba-hambaNYA Walaupun luarannya macam ini (jahat skit) tapi syurga tetap idaman hati yang utama!

DON’T JUDGE THE BOOK FROM ITS COVER MEN!!! he he he”

* “ i - Beruntunglah seseorang itu; apabila hari ini lebih baik dari semalam.
ii - Rugilah seseorang itu; apabila hari ini, semalam dan esok lansung tiada perubahan.
iii - Celakalah seseorang itu; andai hari ini lebih teruk dari semalam”

Tepuk dada tanya iman, saya rasa nak pilih yang ke iii lah; boleh tak? Jika begitu saya memang dah hilang kewarasan kerana memilih untuk menjadi orang yang celaka.

Sanggupkah anda meletakkan diri anda dengan kehinaan sedemikian sketsa monolog diatas? Memang ramai antara kita akan kata kita tidak sanggup, tapi ramai juga yang tertipu walaupun asalnya mereka tidak sanggup, tanpa sedar dia dah buat sebegitu. Bukan kerana mereka jahat. Tapi mereka kalah dengan kehendak nafsu dan bisikan syaitan. Ada yang kalah kerana kekecewaan dalam hidup, seperti penceraian, putus cinta dan tandus kasih sayang. Akibat jiwa yang gersang dari kasih sayang manusia, ada yang sanggup buat sebegitu semata-mata ingin meraih kasih dan perhatian manusia yang dicintai. Ada yang kalah kerana desakan pekerjaan. Ada yang kalah sebab nak menang Akademi Fantasia (contoh). Ada yang kalah kerana tercabar dengan pengaruh kawan. Ada yang kalah kerana ingin mencari kepuasan dan kelainan dalam hidup. Ada juga yang kalah kerana suka-suka, niat asalnya nak menguji diri sendiri. Macam-macam alasan dan sebab yang bukan untuk memimpin kita kearah kebaikan, tetapi kehancuran, kemusnahan dan kematian jiwa dan hati.

Wahai manusia yang bodoh!!! Takkanlah nak menyerah begitu sahaja? Itu semua dugaan hidup… ujian semata-mata!! Kenapa lemah sangat hah manusia! Kenapa lemah sangat hah jiwa!! Hati!! Perasaan dan nafsu!!!!

Bentaklah perasaan kamu! Jiwa kamu! Marahlah ia jika perasaan dan fikiran buruk itu menguasai, mudah-mudahan kamu akan terus tetap terpelihara!! Hinalah diri kamu sebelum kamu dihina Tuhan di akhirat kelak! Hinalah diri kamu demi membina jiwa yang soleh agar kamu dapat keluar dari kepapaan dan kehinaan jiwa! Renunglah diri kamu dalam-dalam dan timbang-timbangkanlah setiap apa yang kamu mahu buat. Mudah-mudahan kamu tetap berada dijalan yang benar… Ameen

Ustaz Akil Hayy:Satu Revolusi Dakwah


Ketika Akil Hayy pertama kali muncul dengan imej ustaz tradisional belasan tahun dulu,dia telah menutup potensi dakwahnya yang luas. Keterampilan beliau yang lengkap dengan aksesori seorang ustaz tradisional menyebabkan penonjolannya tidak luas.Akhirnya beliau hanya berupaya menjadi penghibur golongan yang baik-baik sahaja . Audiens yg beliau dapat pengaruhi adalah audiens yang sama menghadiri ceramah-ceramah agama. Malang sekali beliau tidak mampu melihat potensi yg ada pada dirinya. Kemampuan yg Allah berikan kpdnya sebenarnya mampu utk membuat satu revolusi di kalangan remaja Islam. Sayang sekali,selama berbelas tahun beliau hanya menjadi salah seorang daripada penghibur kaki masjid,kaki ceramah dan kaki takbir sahaja.
Alhamdulillah,Ustaz Akil Hayy sekarang telah menemukan dirinya semula. Beliau mula mengenal potensi dirinya dan peluang dakwah yg terbuka luas untuk diterokai. Beliau kini muncul dengan imej penyanyi arus perdana. Kostum kehidupan realiti kini menjadi imej barunya. Imej santai dan “muda” yg beliau promosikan membuka ruang kpd beliau utk menyampaikan Islamkpd lebih ramai audiens. Sama ada beliau sedar atau tidak,beliau sebenarnya mempunyai potensi yg jauh lebih besar daripada Mawi dalam bidang seni. Ini kerana beliau mempunyai bakat utk menyampaikan motivasi.
Aset yg beliau miliki ini sebenarnya jauh lebih terkedepan berbanding artis2 nasyid yg wujud sekarang ini. Kebanyakan hiburan Islam sekarang ni lebih bersifat kaku dan hanya sesuai untuk golongan yg “baik-baik” sahaja . Ana tekankan sekali lagi..untuk golongan “baik-baik’ sahaja. Generasi AF dan Malaysian Idol mana ada yg minat nasyid,kecuali lagu2 Raihan sewaktu mereka tadika 10 tahun yg lalu. Mereka dahagakan sentuhan muzik Islam yg kontemporari.
Ana harap Ustaz Akil dapat mengubah mentaliti masyarakat terhadap nasyid. Nasyid bukan hanya untuk golongan berkopiah dan bertudung labuh sahaja..Dan nasyid juga bukan gelanggang untuk remaja dakwah “bercinta”.Apapun,tahniah buat Ustaz Akil Hayy dan juga Inteam Recrds..Semoga usaha enta berjaya….All the best ustaz!!!!!!!!

Wednesday, June 20, 2007

Pelajar Mesir Dibunuh!!!!

Kejadian berlaku semasa mangsa sedang menggunakan komputer
Kesan darah pada balkoni


Pelajar Malaysia membunuh kawannya di mansurah kerana enggan meminjamkan wang kepadanya.

Daqahliah(nama negeri dimana mansurah adlah ibu negerinya)-Abdus Salam Abduh

Seorang mahsiswa Azhar warganegara malaysia telah membunuh kawannya dgn 60 kesan tetakan dan tikaman ditubuhnya dgn menggunakan 4 pisau; kerana enggan meminjamkan wang kpdnya setelah mengalami kesusahan. Pihak keamanan Mesir telah menemui tubuh mangsa Muhammad bin Ishak (22 tahun) penuntut kuliah usuluddin di Mansurah; di tempat yg penuh dgn darah dan mempunyai kesan 60 tetakan pisau di tubuh mangsa. Unit siasatan yg di ketuai Jeneral Abdul Hamid as-syanawi Pengarah keamanah cawangan Daqahliah telah meyatakan bahawa suspek adalah .............. penuntut kuliah pengajian Islam dan suspek meminjam wang dr mangsa tetapi mangsa enggan.Ini menyebabkan suspek pergi ke rumah mangsa dan menyerang mangsa dgn pisau sehingga menyebabkan mangsa terbunuh.

Suspek telah ditahan pihak polis dan telah disoal siasat dgn bantuan wakil kedutaan Malaysia. Pendakwa raya MUSTAFA kHATTAB telah memerintahkan suspek direman selama 4 hari dan membedah siasat mangsa serta menyerahkan mayatnya kpd Kedutaan Malysia.


Bisikan Nuraniku......




Alhamdulillah..Malam ni terasa untuk menulis di blog ini setelah sekian lama menyepikan diri dari meng'update'kan blog.Kesibukan diri memaksa diri ini untuk bijak membahagikan masa..Setelah hampir 2 bulan menubuhkan Imtiyaz Edutainment bersama sahabat2,terasa ukhwah yg terbina antara kami makin erat..Terima kasih buat sahabat2 seimtiyaz..Antum mmg best..Harapan ana,bimbinglah diri ini ke jalan yang diredhai Allah,dan kita sama2lah saling tegur menegur andai kita membuat kesilapan..Buat Akhi Husaini,ana mohon sejuta kemaafan sekiranya ada mengecilkan hati enta serta sahabat2 lain..Ampun maaf diminta..Buat sahabat2 seimtiyaz,ikmal,faizal,Ijat,fikri,faiz,saiful,lina,azie,ainur,nadirah,yati,wa,yeopmi,..ana hanya mengharapkan ukhwah yg ikhlas sesama antum...Ikhlaskan niat kita untuk berdakwah..InsyaAllah..Biarlah kita muflis di dunia,tetapi jangan kita muflis di depan Allah SWT..
Allahuakbar!!!!!!!!!!!

Sebelum Mata Terlena....



DETIK KEMATIAN

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dah kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhéla lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Tuesday, June 19, 2007

Sekitar Perjumpaan Sahabat Ikim.Fm



Sahabat2 KTI bersama DJ Erwan Johari
Team KTI bersama DJ Erwan,DJ Nazri,DJ Razak dan Kumpulan Firdaus
Slot taaruf yg mendebarkan
Setiap orang kena taaruf diri sendiri...Adus

Thursday, June 14, 2007

Bila Penceramah Mencemarkan Al Quran

Oleh: DR. MOHD. Asri ZAINUL ABIDIN

MELIHAT sesetengah penceramah di dalam atau di luar televisyen berceramah agama dengan menyelitkan kisah nabi-nabi atau wali-wali yang entah dari mana dikutipnya amat merisaukan hati. Sebahagian kisah itu tidak mempunyai sandaran agama yang diiktiraf dari segi disiplin periwayatan. Kebanyakannya Israiliyyat. Lebih malang, sebahagian kisah itu seperti mitos atau kartun.

Apabila dikaitkan dengan Islam, maka hilanglah kehebatan agama yang agung itu. Secara umum Israiliyyat adalah kisah-kisah yang bersumberkan maklumat Yahudi atau Bani Israil. Riwayat-riwayat tersebut terselit atau disebut dalam buku-buku umat Islam. Para ulama hadis sentiasa memperingatkan umat tentang bahaya ini. Banyak riwayat atau kisah Israiliyyat hanya mencemarkan agama. Namun ramai penceramah tidak dapat membezakan antara Israiliyyat.

Dahulu apa yang dinyatakan oleh orang orang tua tidak dibantah. Hari ini barangkali tidak. Mungkin dalam sesetengah perkara dianggap ‘ketinggalan bas’. Dahulu cakap orang bergelar ustaz atau tok guru tidak dibantah, bahkan dianggap berdosa jika melawan. Perbuatan ustaz/ tok guru dianggap agama. Mereka bagaikan wakil ‘Tuhan’ . Ucapan mereka diterima bulat- bulat, bagaikan rasul maksum. Justeru, sekalipun ‘mandi safar’ syirik, namun kerana jampi menteranya ditulis oleh ‘ustaz’, maka sekian lama kepercayaan itu menjalar dalam masyarakat Melayu. Tepung tawar pelepas bala yang mempunyai nilai-nilai syirik dilakukan. Sebabnya kerja ini ‘difrancais’ oleh ustaz atau tok guru. Perkara yang ‘sewaktu dengan semua itu’ bukan sedikit telah berlaku namun hari ini perkara-perkara tersebut banyak yang pupus.

Hari ini dunia lebih moden. Pendidikan dan pengetahuan moden menuntut setiap perkara dikemukakan berdasarkan fakta dan angka. Dahulu barangkali ustaz boleh menceritakan berbagai-bagai riwayat Israiliyyat dengan selesa sehingga timbul kisah Nabi Sulaiman dan Sang Kancil. Watak nabi diperkatunkan. Hari ini kisah-kisah itu dipertikaikan sumber dan ketulenannya. Mereka mungkin menaiki kereta ‘kancil’, tetapi tidak menerima watak lucu itu dikaitkan dengan nabi. Dahulu barangkali seorang ustaz apabila tiba 10 Muharam atau asyura bercerita dengan bebas tentang bubur Nabi Nuh di atas kapal dan berkempen orang ramai memasak bubur itu. Hari ini generasi baru akan bertanya ketulenan kisah itu. Nabi Nuh a.s. dihantar bukan sebagai chef untuk memperkenalkan resipi bubur. Baginda seorang nabi yang mempunyai mesej dakwah yang besar.

Dahulu barangkali seorang ‘ustaz’ bercerita dengan bebas jampi penyeri wajah naik pelamin Nabi Yusuf. Hari ini ia tentu dipertikaikan. Dahulu berdasarkan cerita sesetengah ustaz atau lebai, ada yang ikut mempercayai “Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.” Pengetahuan moden menolak kepercayaan ini. Kita menganggap ini riwayat palsu. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) ketika mengulas riwayat ini: “Yang peliknya ada orang yang sanggup menghitamkan buku-bukunya dengan perkara-perkara merepek ini.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Al-Manar al-Munif, m.s.78.)

Wednesday, June 13, 2007

Ayah....


Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


Tuesday, June 12, 2007

Sunday, June 10, 2007

Mengapa Arab Menjadi Hina?

Amat mendukacitakan kita apabila melihat umat Islam khususnya dunia Arab yang berjiran dengan Iraq gagal membuat satu keputusan yang jelas dan tegas mengenai serang yang bakal dilancarkan oleh Amerika terhadap saudara sebangsa mereka, bahkan seagama dengan mereka. Lebih malang daripada itu adanya negara Arab yang sanggup menjadi tali barut mengizinkan kuffar Amerika menggunakan tanahairnya untuk membunuh saudara-maranya yang arab dan muslim. Sebenar sikap tidak bertanggunjawab negara-negara Arab terhadap umat Islam, atau bangsa mereka sendiri bukan perkara baru. Bayangkan negara Israel yang kecil dengan hanya beberapa juta penduduk boleh melanyak rakyat Palestin yang arab, yang berada pula di tengah saudara mara arabnya yang melebihi seratus juta penduduk dari berbilang-bilang negara.

Negara-negara yang berada di sekeliling Palestin hanya mampu untuk melihat sahaja umat mereka dibunuh saban hari dengan begitu kejam. Apa yang mereka adakan hanya persidangan demi persidangan yang sekadar melahirkan bantahan mulut yang tidak ke mana kesannya. Bahkan sebahagian besar mereka sebelum ini kiblatnya hanya ke Washington, menanti ehsan yang tidak akan tiba. Jika kita lihat, ada negara arab yang begitu kaya dengan minyak, tetapi kesemua kekayaan itu hilang samada di tangan pentadbirannya yang tidak bertanggungjawab, atau ditipu oleh dunia Barat. Dengan kekayaan yang ada mereka tetap gagal untuk membina persenjataan yang kuat atau membuat penyelidikan untuk memajukan teknologi negara supaya mereka digeruni. Dalam jumlah beberapa negara arab yang begitu banyak dengan petroleum belum ada yang layak untuk menuju ke negara maju.

Ada pula beberapa negara arab yang rakyat miskin kerana kerajaan yang kononnya ala tentera begitu menumpukan perhatian untuk membina kekuatan ketenteraan, malangnya belum ada satu pun yang sanggup berhadapan dengan Israel. Ada negara arab yang kononnya begitu berpegang kepada dasar kebangsaan arab, seperti negara-negara yang dikuasai oleh pemikiran dan parti bath, malang mereka hanya mampu melihat sahaja saudara mara mereka dirantah oleh musuh saban hari. Ini lebih mendukacitakan jika kita lihat kemisikinan rakyat di sebahgian dunia arab, cukuplah dengan kita meninjau apa yang ada di Mesir, Syria dan seumpamanya. Apatah lagi beberapa negara arab afrika. Persoalan yang patut dikemukakan, mengapa dunia arab jadi begini? Di manakah ketamudunan yang pernah dibina oleh arab? Ke manakah perginya arab yang dikatakan dahulunya pernah membuka empayar yang memberi kedamaian dan keadilan kepada dunia sejagat. Di manakah hilang khazanah tamadun yang dibanggakan oleh umat yang tercatat dengan tinta emas dalam sejarah peradaban manusia? Jawapan sebenarnya terhimpun dan ucapan amirul mukminin `Umar bin al-Khattab r.a. pada hari beliau ke Syam dalam keadaan dan pakaian yang serba sederhana. Beliau ditegur oleh pimpinan tentera kerana bimbang keadaan beliau itu menjejas identiti beliau di hadapan tentera. Beliau menjawab dengan ucapan yang sangat bermakna: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut). Arab sebenarnya bukanlah satu bangsa yang dihormati di pentas antarabangsa sebelum kedatangan Islam. Mereka terkenal dengan sikap berpuak dan bermusuhan antara satu sama lain. Banyak di kalangan mereka bernaung dan mencari simpati dua kerajaan besar ketika itu; Rum dan Parsi. Arab menjadi kaum yang sukar untuk disatu dan dipimpin. Kaum yang berpecah dan tidak tersusun. Dengan kedatangan Islam, dan berpegangnya mereka kepada Islam perpaduan dan maruah muncul dalam hidup mereka. Mereka menjadi kaum yang terpimpin. Ternyata bahawa kemuliaan arab hanyalah kerana Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Tanpa Islam arab tidak mungkin akan mengukir sejarah yang indah seperti yang pernah mereka ukir dengan tinta emas di bawah panji-panji Islam. Di bawah panji-panji Islam kaum muslimin arab telah berjaya membawa obor gemilang kepada manusia sejagat. Empayar Islam berkembang, bernaung di bawahnya kaum muslimin tanpa mengira bangsa yang penting al-ukhuwwah al-Islamiyyah iaitu persaudaraan Islam. Sehinggakan lahirnya tokoh-tokoh besar umat ketika pemerintahan arab muslimin mereka yang bukan arab. Di dalam bidang hadith umpamanya; al-Imam Abu Abdillah Muhammmad bin Ismail al-Bukhari (wafat 256H), pengarang Sahih al-Bukhari bukan seorang arab. Beliau berasal dari Bukhara, Ukzbek. Al-Imam Abu Isa, Muhammad bin Saurah al-Tirmizi (wafat 297H), pengarang Sunan al-Tirmizi juga bukan seorang `arab. Beliau berasal dari Tirmiz. Pengarang Sunan Abi Daud, Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajistan (wafat 275H) juga bukan seorang arab. Berasal dari Sajastan. Demikian pengarang Sunan al-Nasai bukan seorang `arab. Beliau Ahmad bin `Ali bin Syu`aib al-Nasai (wafat 303H). Begitu juga bukan arab. Berasal dari Nasa, salah satu negeri di Khurasan. Begitu juga pengarang Sunan Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (wafat 279H), bukan arab, berasal dari Qazwain. Adapun al-Imam Muslim bin al-Hajjaj (wafat 261H), pengarang Sahih Muslim, para pengkaji berbeza pendapat samada beliau seorang `arab atau tidak. Ramai yang menyatakan beliau juga bukan seorang arab. Walaupun mereka semua bukan `arab tetapi Islam telah menjadikan mereka ini tokoh-tokoh hadith umat, satu kedudukan yang begitu tinggi yang diiktiraf oleh `arab dan bukan `arab. Al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah r.h mengulas perkara perkara ini dalam bukunya Tahqiq Ismai Sahihain wa Ism Jami’ al-Tirmizi (lihat m.s: 56, cetakan Maktabah al-Makbu`ah al-Islamiyyah, Damsyik) Dalam politik pula, Salahuddin al-Ayubi (wafat 589H) juga bukan seorang arab. Dia berbangsa kurdi. Namun dia telah berjaya menjadi sultan yang disayangi oleh arab dan bukan arab. Dia berjaya mentadbir kerajaan Islam pada zamannya dengan jayanya sehingga berjaya merampas kembali al-Masjid al-Aqsa. Namun arab hari ini telah mencampak jauh Islam. Mereka kembali kepada zaman kehinaan jahiliyyah mereka. Kembali kepada perkauman semata-mata kononnya. Mereka bersidang atas nama liga arab tidak lagi atas nama umat Islam, kecuali jika mereka menghadiri mesyuarat OIC. Banyak masalah mereka cuba selesaikan atas nama arab tidak atas nama umat Islam. Isu Palestin juga cuba dijadikan isu arab sedang ianya isu umat Islam. Salahuddin Al-Ayubi yang berbangsa kurdi membebaskan Palestin tanpa menilai arab atau tidak. Allah telah memenangkannya kerana redha Allah dan umat Islam bersamanya. Ini kerana kemenangan dan pertolongan akan Allah berikan apabila kaum muslimin benar-benar membela agamaNya. Firman Allah: (maksudnya) Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).(Surah Ali `Imran: 123). FirmanNya juga: (maksudnya) Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. (Ali `Imran: 160) Firman Allah juga: (maksudnya) “sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Hajj:40) Namun apabila perkauman mengambil tempat persaudaraan Islam persidangan liga Arab hanya mendiamkan diri melihat Amerika membunuh umat Islam Afghanistan dan Iraq, Rusia menyembelih umat Islam Chechnya, Hindu membunuh umat Islam Kashmir dan Ahmadabad. Bagi pemimpin arab mereka semua bukan arab maka tidak perlu dibela. Bahkan OIC sendiri gagal mengambil pendirian yang menggambarkan persaudaraan Islam. Ternyata perkauman tidak senilai persaudaraan yang dibina atas akidah yang ajar oleh Allah dan RasulNya S.A.W.Malang bagi arab apabila tiba saat saudara arab, bermula dengan Palestin yang sudah lama isunya, sehingga pada isu Iraq sekarang, perkauman arab gagal untuk membela sauadara arabnya. Pemimpin Iraq begitu taksub dengan pegangan bathnya iaitu pegangan yang membela dan perkauman arab. Pun begitu dalam keadaan sekarang belum ada wajah atau bayang-bayang perkauman yang ingin menolong atau membela atau membantu, atau membantah musuhnya. Kesemua pimpinan arab di sekelilingnya hanya cuba untuk menyelamat periuk nasi masing-masing apatah lagi negara-negara minyak yang mempunyai simpanan lambakan harta di Amerika dan Britain. Ini kerana perkauman seperti akidah islamiyyah. Persaudaraan atas akidah mengharapkan balasan dari Allah, sedang apa yang boleh diharapkan dari perkauman melain pujian bangsa sendiri. Atau pujian dan harta serta kedudukan tentulah para pemimpin aran memilih harta. Kalaulah persaudaran yang mereka bina atas nama akidah, tentu bukan begini jadinya. Firman Allah dalam surah dalam al-Nisa’ ayat: 75 (maksudnya): Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)". Kata al-Qurtubiy (wafat 671H): “Allah menggesa untuk berjihad ianya bertujuan menyelamatkan golongan yang ditindas (muslimin) oleh kuffar musyrikin yang menyiksa mereka dengan seburuk-buruk siksaan dan memfitnah agama mereka. Maka Allah ta`ala mewajibkan jihad untuk menegakkan kalimahNya, memenangkan agamaNya dan menyelamatkan hamba-hambaNya yang lemah”( al-Qurtubiy, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/279.). Kata al-Imam al-Nawawiy (wafat 676H): “Jihad itu bukan fardu `ain, ianya hanya fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian yang memenuhi tuntutan tersebut, maka gugurlah dosa ka atas yang lain. Jika kesemua mereka meninggalkannya maka kesemuanya berdosa. Kata para ulama mazhab kita (ulama al-Syafi`iy) jihad pada hari ini (pada zaman beliau) adalah fardu kifayah, kecuali jika musuh menyerang sesuatu negeri (umat Islam), maka jihad ketika itu menjadi fardu `ain ke atas mereka. Jika mereka tidak mencukupi, maka wajib ke atas penduduk yang berdekatan untuk menyempurnakannya”. (al-Nawawiy, Syarh al-Nawawiy `ala Sahih Muslim, jilid 13, m.s. 9, cetakan Dar al-Ihya al-Turath al-`Arabiy, Beirut ). Kata al-Jasas (wafat 370H): “Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin”. (Ahkam al-Quran, 4/312.). Kata Dr. Abu Syari`ah: “Jihad itu tidak terbatas sekadar mempertahankan aqidah di pusatnya sahaja, bahkan ianya merangkumi mempertahankan muslimin yang ditindas oleh musyrikin dan memaksa mereka meninggalkan dari agama mereka. Maka ini adalah memelihara aqidah, melindungi muslimin, syiar dan masjid mereka pada negeri yang mereka hidup di dalamnya”.( Dr. Abu Syari`ah, Nazariah al-Harb, (Maktabah al-Falah, Mesir) m.s. 37). Firman Allah: (maksudnya) Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. (Al-Taubah:14). Umat Islam khas negara-negara Arab yang terhina di mata dunia disebabkan sikap mereka yang meninggalkan agama Allah perlu kembali bertaubat dan menghayati hakikat Islam serta berpegang dengannya. Perlu kembali membeli Islam dan bertawakal kepada Allah dengan iman yang sebenar dan pegangan yang kukuh. Kemenanga tidak akan datang selagi akidah dan tawakal umat kepada Allah tidak disucikan kembali. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (Surah al-Taubah: 25) Selagi hati umat Islam, khas arab tidak kembali kepada Allah selagi itu kita menjadi hina di mata dunia

Saturday, June 9, 2007

"Masjid Cina":Satu Perubahan

Kerajaan dan masyarakat wajar menerima kewujudan ‘Masjid Cina’ di negara ini sepertimana yang dicadangkan oleh Persatuan Muslim Malaysia, kata Jamaah Islah Malaysia, (JIM). Pengerusi Hidayah Center, JIM, Haji Nicholas Sylvester berkata, kewujudan umat Islam bangsa Tionghua bukan sesuatu yang asing kepada dunia memandangkan di negara China sendiri, 60 hingga 100 juta rakyatnya beragama Islam. Oleh itu, katanya, kehadiran lebih 60,000 penduduk Tionghua di Malaysia juga patut diambil perhatian, apatah lagi dengan jumlahnya yang saban hari semakin bertambah. “Masyarakat Tionghua adalah antara mereka yang paling ramai memeluk agama Islam di negara ini setiap tahun. “Sudah tiba masanya umat Islam Malaysia menerima keperluan mewujudkan ‘Masjid Cina’ yang bukan sahaja bercirikan fizikal senibina luaran Cina tetapi juga dengan pengisian dalam bahasa dan budaya Cina tetapi berlandaskan Islam dan tidak bercanggah dengan syarak,” katanya. Katanya, masjid berkenaan akan memberi imej yang positif terhadap keanjalan Islam di mana masyarakat Tionghua yang bukan Islam dan sekaligus membuka ruang kepada mereka untuk lebih memahami Islam. Beliau berkata, masjid dengan pengisian seperti khutbah, kelas bimbingan dan bahasa perhubungan Mandarin, akan memudahkan pemahaman dan penghayatan akidah Islam. Tingkatkan pemahaman “Di samping penguasaan perlaksanaan ibadah Islam yang sempurna dan penerapan nilai-nilai Islam yang sebenar kepada masyarakat Islam berbangsa Tionghua,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurutnya lagi, ‘Masjid Cina” yang menyampaikan khutbah dalam bahasa Tionghua juga tidak bermakna ia akan hanya dikhaskan kepada masyarakat Islam Tionghua sahaja. Sepertimana“Masjid India”, tambahnya, ia juga terbuka kepada semua lapisan masyarakat. “JIM mengalua-alukan pendirian positif pihak berwajid dalam isu ini, dan berharap semua lapisan masyarakat menyokong usaha ini supay aia berhasil diwujudkan dalam masa terdekat,” katanya. Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa kewujudan masjid tersebut bukan bertujuan untuk melebarkan perbezaan perkauman di negara ini. “Sebaliknya, ia adalah satu tindakan yang akan mengiktiraf kewujudan perbezaan kaum dalam Islam dan di negara ini secara positif,” tambahnya. Haji Nicholas menjelaskan, persoalan senibina adalah soal syiar dan tidak membawa kepada percanggahan dengan syarak. “Malah, Islam mengiktiraf perbezaan bangsa dan budaya dengan tujuan saling kenal mengenali (al-Hujurat: 13). Konsep ini untuk masyarakat India sudah wujud di Malayaia, iaitu ‘Masjid India’ dan ia dalah satu pengalaman yang positif,” katanya.