Program Munajat Ummah
Alhamdulillah,malam tadi aku berpeluang untuk mengikuti program Munajat Ummah di Masjid Sultanah Bahiyah,Alor Setar.Program dimulakan dengan solat Isyak berjemaah,solat Tarawikh,slot tazkirah oleh Ustaz Haron Din serta alunan zikir munajat dan doa yang dipimpin oleh beliau.
Aku memang tertarik dengan corak penyampaiah dakwah Ustaz Haron Din.Masa yang diperuntukkan kepadanya digunakan dengan sebaiknya.Pelbagai isu semasa diketengahkan seperti krisis ekonomi dunia,rancangan jahat Yahudi Amerika,keadaan negara-negara Islam serta banyak fakta fakta yang memang tidak pernah aku ketahui disampaikan olehnya.Satu keistimewaan beliau ialah tidak mencampurkan ceramah politik dengan ceramah ilmiah.Itu sifatnya yang amat aku kagumi.Segala maklumat yang disampaikan disokong dengan hujah yang kuat.
Kali terakhir aku bertemu beliau ialah di walimah Ustaz Nabil beberapa bulan yang lalu.Sifatnya yang amat rendah diri menyebabkan beliau dihormati dan disayangi oleh masyarakat.Selesai sahaja program tersebut,para jemaah muslimin berebut-rebut untuk bersalaman serta mencium tangan beliau.Satu suasana yang jarang-jarang berlaku kepada penceramah lain.Doa munajat yang dipimpin olehnya begitu menyentuh hati dan mampu membuatkan para jemaah menitiskan air mata.Aku sempat juga bersalaman dan mencium tangan beliau.Kejernihan wajahnya amat mententeramkan jiwa yang memandangnya.Benarlah,ulama itu pewaris para Nabi.
Program ini selesai sekitar jam 12.00 tengah malam.Tiada gambar yang sempat ku ambil kerana keadaan jemaah yang terlalu ramai menyukarkan pergerakan.InsyaAllah,di lain masa aku akan mengikuti siri ceramah Ustaz Haron Din lagi.
No comments:
Post a Comment