Monday, September 29, 2008

Majalah Baru Lagi...=)



Hari ni aku sempat membeli keluaran terbaru akhbar Harakah serta majalah KONSEP keluaran Oktober.Actually,nak cari majalah I,tapi tak sampai lagi.So,ternampak la majalah KONSEP tu.Ni kali pertama aku melihat majalah tu di pasaran.Covernya amat menarik perhatianku.Isu utama yang diletak sebagai cover story ialah "Rawatan Islam di Darussyifa" beserta gambar Dato Dr Haron Din.Isinya amat bagus dan sesuai untuk bahan bacaan masyarakat.
Ok,aku "copy paste" sedikit sebanyak isu yang dikupas dalam majalah ni.Selamat membaca!!

PENGLIBATAN AWAL DALAM PERUBATAN ISLAM
Ustaz Haron Din yang menjalankan rawatan di Darussyifa' pada setiap Selasa mula menerokai bidang rawatan Islam seawall usia 10 tahun.Perubatan Islam itu Berjaya dan mendatangkan hasil yang baik.Maka beliau mula mendekati ayahnya.



Pernah satu ketika seorang mudir di sebuah sekolah jatuh sakit.Beliau yg gemar mengikut ayahnya berubat turut melihat kesakitan yang dialami mudir tersebut.Setelah memulakan proses rawatan,Lebai Din lantas memanggil Ustaz Harun Din untuk membacakan doa.Dari situ bermulalah penglibatan beliau dalam bidang perubatan ruqyah secara langsung.

PENGHIJRAHAN KE KAMPUNG BOHOR MALI

Lebai Din yg berasal dari Kg Pintu Gajah,Pattani telah datang ke Kampung Bohor Mali,Perlis untuk mencari ilmu di samping menyebarkan ilmu yg dimilikinya.Di sana beliau amat tertarik dengan komitmen masyarakat setempat terhadap agama.Bohor Mali bukan sekadar memiliki institusi pondok yg dikenal sbg Pondok Bohor Mali bahkan turut terdapat tempat pengajian Al Quran di dalamnya.Berperanan sbg guru Al Quran,Lebai Din turut dilantik sbg pegawai masjid,muazzin serta bertanggungjawab menguruskan upacara perkahwinan di tempatnya.Berbekalkan tanah seluas empat relung,aktiviti bersawah dijadikan punca pendapatan untuk membesarkan sepuluh cahaya mata.Kemiskinan tidak menghalang Lebai Din untuk mendidik anak-anak menjadi insan berguna.Kepada tiga teruna disisipkan nasihat berguna….

NASIHAT BUAT TERUNA

Ustaz Ishak,Ustaz Abu Hassan serta Ustaz Haron Din dilarang sama sekali menyimpan rambut.Seawal usia muda,rambutnya sudah dicukur.Pada waktu itu,lambang golongan beragama ialah bercukur kepala.Di samping itu,Ustaz Haron Din yg telah menamatkan Sijil Tinggi Kolej di Kolej Islam Malaya (Kini dikenali sebagai KISAS) pada tahun 1965 turut dipakaikan kopiah putih sewaktu membuat kad pengenalan pada usia 12 tahun.

Bapa kepada dua anak lelaki dan tiga anak perempuan ini seterusnya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Syariah (MA) di Universiti Al Azhar serta Diploma Pendidikan di Ains Shams,Universiti Cairo.Kedua-duanya dilakukan serentak dari tahun 1966 sehingga 1968.Selain dipakaikan kopiah putih sewaktu membuat kad pengenalan pada 1952,Ustaz Haron Din turut dilarang menonton wayang pacak.Andai berani untuk curi-curi keluar,nantikanlah “hadiah” daripada ayahnya.


Pada tahun 1960,Ustaz Haron Din telah dibuang sekolah kerana terlibat dalam gerakan pelajar menentang perlantikan mudir baru di sekolahnya.Pada waktu itu,seorang guru dari sekolah Inggeris di Kangar dilantik sbg pengganti mudir terdahulu.Dengan tidak memilik asas agama mahupun Bahasa Arab,ia dilihat sbg satu penghinaan kepada golongan berkelulusan agama.Akibat penentangan polisi tersebut,Ustaz Haron Din serta rakan rakan telah dibuang sekolah.Maka selama dua tahun,beliau hidp tanpa arah.Namun,inilah kuasa Allah.Rezeki itu dating daripadaNya.Meskipun tidak berkelayakan,Ustaz Haron Din diterima memasuki Kolej Islam Malaya pada 1962 setelah Berjaya dalam temuduga yg dihadirinya.

Kanak-kanak di kampungnya sangat gemar berjudi.”Judi kotak rokok” menjadi mainan utama kanak-kanak waktu itu.Beliau yg terdidik dalam suasana Islam di dalam rumah ditegah sama sekali untuk mencampuri kanak-kanak terbabit.Menolak anasir anasir negatif itu,Ustaz Haron Din yg mempunyai kegemaran memancing ini dibesarkan dalam lingkungan ibu,ayah,kakak dan abang yang boleh mengajar Al-Quran.Maka wujudlah satu keluarga yg menjadikan rumah sebagai pusat pengajian Al Quran di Kampung Bohor Mali.Di situlah bermulanya pendidikan tidak rasmi ajaran Islam dan pengamalan perubatan Islam kepadanya.



Tamat pengajian di Mesir pada tahun 1968,Ustaz Haron Din ditugaskan menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munsyi,Pulau Pinang.Pada tahun 1972,Ustaz haron Din telah bertolak ke Universiti Darul Ulum ,Kaherah untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD dalam jurusan syariah.Tamat pengajian,beliau bekerja sbg pensyarah sepenuh masa di UKM sehingga tahun 1995.

HOBI

Sebagai insan normal,Ustaz Harun Din tidak lari dari sunnatullah.Selain berceramah,mengajar,membaca dan menulis,beliau turut mempunyai hobi menghambat burung puyuh,cintar serta wak wak.Sejak kecil beliau sering memburu ayan dan burung di sawah padi.Jangan tak percaya jika dikatakan bahawa Ustaz Harun Din memiliki lessen yg sah selama setahun untuk memburu!



PENGLIBATAN DALAM POLITIK

Ustaz Harun Din mula bergiat dalam kegiatan politik sewala usia belasan tahun.Beliau yg dibesarkan dalam keluarga yg berfahaman Pari Islam Semalaysia (PAS) berkata, “Paling sukar untuk menegakkan prinsip dalam situasi yg tidak membenarkan”.Menjadi jawatankuasa agung PAS pada awal 1977,Ustaz Harun Din dilihat aktif berceramah di seluruh Negara.Sehingga AUKU ditubuhkan pada akhir 1970-an,Ustaz Harun Din terpaksa mendiamkan diri dalam arena politik memandangkan beliau mempunyai perjanjian dengan pihak UKM.

SERANGAN JANTUNG

Beliau yg pernah mendapat didikan secara langsung oleh tokoh ilmuan dunia (Syeikh Baiyummi,Syeikh Idris Al Marbawi,Syeikh Md Abu Zahrah serta Syeikh Abdul Azim al Maani) pernah dihantar ke Australia akibat penyakit tersebut.Pada mulanya beliau telah dihantar ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan,akan tetapi dihantar pula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dimasukkan ke wad kecemasan.Setelah menati hampir tiga jam tanpa rawatan,beliau tekad untuk keluar dan dihantar ke PUsat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Oleh kerana penyakit jantung Ustaz Haron Din didapati serius,beliau telah dterbangkan ke luar Negara untuk rawatan lanjut.Kronolgi ini menafikan dakwaan seorang bekas pemimpin tertinggi Negara yg berkata ,” Haron Din sakit,disembunyikan sakitnya dan berubat di luar Negara.Saya sakit,saya tidak bersembunyi dan dirawat di Malaysia.”

No comments: