Kahwin Oh Kahwin
Melihat sahabat-sahabat seangkatan menamatkan zaman bujang,rasa teruja "Nak jugak!".Tetapi tidak tahu calonnya siapa.Usik mengusik dari teman teman membuatkan aku senyum sendiri.Senyum penuh makna.
Firman Allah dalam Surah Yassin ayat 36 yang bermaksud "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui."
Ku renung kembali..Sesuatu yang Allah tentukan,pasti ada hikmahnya.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.Dia tidak menemukan dengan orang yang betul pada waktu yang tidak tepat.Apabila tiba masanya,Allah pasti akan berikan kepada kita.Sebelum mengurniakan orang yg betul,Dia akan uji kita dahulu.Allah menduga kesabaran dan ketaqwaan kita terhadapNya.
Berbalik kepada ketika saat itu.Saat menjadi orang yang melihat "hari gembira" orang lain..Tika ini,baru aku terasa Allah mahu memberi ruang kepadaku untuk bersamaNya.Bersama bagaimana?
Sebelum aku kenal dia,Aku tidak punya sesiapa.Aku punya teman,aku punya keluarga..tetapi rasa kasih yg hadir tidak sama dengan rasa kasih yg aku rasai setelah aku mengenali dia.Saat itu ku rasa Allah adalah kekasihku.Bagaimana dengan kini?Apabila melihat teman-temanku menemui cinta,kurasa kesepian menyelubungi diriku.Bilakah sampai waktu buatku?
Justeru aku kembali kepada Dia yang mencipta.Kesedihan yang aku alami,kukongsi denganNya.Aku tidak betah bangun malam untuk bertemu dengan Kekasih hati..Kutahu Dia dekat denganku.Dia tidak pernah meninggalkanku walaupun sesaat.
Kini,ku tahu jawapannya..Allah mahu aku bersamaNya dan terus mengharapkanNya kerana manusia itu kadang-kadang terlupa.Apabila tiba waktu yg sesuai bagiNya,Dia akan menemukan aku dengan orang yg betul.Betul bagiku belum tentu betul bagi orang lain.Namun,aku serah segalanya kepada Tuhan yg membuat percaturan.Dugaan berkasih bukan sekadar menghindarkan diri daripada dosa zahir tetapi "hati" juga memainkan peranan.Memiliki perasaan dimiliki kadangkala membuatkan aku lupa.Milik siapakah sebenarnya hati ini?
Sedih?Berkongsi dengan dia yang sama-sama dicipta oleh Allah yang Maha Esa.Rasa sunyi?SMS dan telefon menjadi medium aku mendapatkan ketenangan.Bukan lagi kalimah Allah yang kucari.Beriktikaf jauh sekali.Tidak seperti dahulu.Salah siapakah?Ku hisab kembali..Segala yg Allah caturkan,ada hikmahnya.Apa yg Allah berikan kepada kita sudah cantik dan elok.
Syukur kepadaNya kerana menemukan aku dengan cinta insani yang agak lewat.Menjadikan aku terpelihara dan terjaga dari noda.Terima kasih Tuhan..
1 comment:
memang terasa bila shbt2 seorg demi seorg mendirikan rtangga,kerana msg2 akan lebih menumpukan psgnnya,lebih2 lagi jika dah memiliki cahaya mata,sbg mnsia kita bdoa dan berusaha,selebihnya kita berserah pada Allah dan sentiasa berbaik sangka pdNya..smg kt semua sentiasa dlm pelukan Ilahi..amin
Post a Comment