Sunday, March 9, 2008

Tahniah Buat Dr Mohd Hayati

Alhamdulillah..Tahniah buat Dr Mohd Hayati Bin Othman kerana berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pendang..Zul mmg suka dengan kredibiliti dan ketrampilan Dr Hayati ni..Zul mula mengenali beliau sejak Zul sekolah rendah lagi..Masa tu,kalau demam ke,sakit ke,mesti akak Zul hantar pi klinik Dr Hayati ni..Akak Zul mmg orang kuat BN,tapi pelik pulak bila dengan Dr Mohd Hayati ni,ramai orang yang suka kat dia..Hehe..Kalau dulu Dr Hayati menang dengan majoriti undi 50 je,tahun ni beliau menang besar dengan 4073 undi..Fuh..Cayala Dr Hayati..Apapun,zul yakin dengan kepimpinan Pas di Parlmen Pendang...

PAS turut memenangi Parlimen Padang Terap,Pokok Sena,Jerai,Sik dan Baling..Parti Keadilan pulak menang di Parlimen Kuala Kedah,Merbok,Sg Petani,Padang Serai serta Kulim-Bandar Baharu..Alhamdulillah..

Keputusan PRU-12 juga boleh diibaratkan satu gelombang umpama tsunami yang menimpa BN dan cukup untuk membuatkan pemimpin BN resah gelisah menghadapi kebangkitan rakyat.

Apapun tahniah buat PAS ,PKR serta DAP yang berjaya menguasai Pulau Pinang,Kedah,Kelantan,Selangor dan Perak!!!!

No comments: