Tuesday, March 25, 2008

Ashraf Wajdi Dusuki:Petualang Perjuangan Islam?

Dr. Ashraf Wajdi Dusuki, mantan Presiden PKPIM diumumkan bertanding sebagai calon UMNO/BN di Parlimen Tumpat pada PRU-12. Beliau adalah muka baru sebagai calon BN untuk menentang calon PAS (YB Datuk Kamaruddin Jaafar) di Parlimen Tumpat. Datuk Kamaruddin Jaafar adalah penyandang kerusi parlimen Tumpat

1. Adakah beliau sudah hilang pertimbangan?
2. Adakah "hubut dunia" kini menjadi pegangan?
3. Di manakah tarbiyyah PKPIM yang diterima selama ini sehingga sanggup menjadi ahli tentera kufar (bersekongkol dengan penentang agama) untuk menentang kepimpinan ulama' dan pejuang-pejuang Islam?

Adakah beliau tidak belajar daripada sejarah?

Dr. Mashitah Ibrahim digugurkan daripada menjadi calon UMNO kali ini kerana pada pilihanraya 2004, beliau hanya menjadi lembu kepada UMNO untuk menumbangkan Ust. Taib Azamuddin di Baling. Dr Mashitah menjadi lembu UMNO kerana beliau mempunyai latar belakang agama yang baik untuk berdepan dengan tokoh ulama' tersohor negara Ust Taib Azamuddin.

Begitu juga yang terjadi pada Prof. Amran Kasimin (bekas anak murid Ust. Dr. Harun Din Al-Hafiz, Timb. Mursyidul Am PAS) yang turut sama digugurkan daripada menjadi calon UMNO di DUN Bangi. Prof. Amran Kasimin juga menjadi lembu kepada UMNO untuk menumbangkan Dr. Shafie Abu Bakar kerana Prof. Amran Kasimin mempunyai latar belakang ilmu agama yang baik setaraf dengan Dr. Shafie Abu Bakar.

Dr. Mashitah Ibrahim dan Prof. Amran Kasimin baru sepenggal menjadi wakil rakyat dan nama mereka terus digugurkan daripada senarai calon UMNO/BN kerana mereka hanya menjadi lembu untuk menumbangkan tokoh ulama' PAS tersohor. UMNO/BN memilih mereka menjadi calon bukan kerana UMNO memuliakan golongan agamawan/ulama' tetapi kerana UMNO hanya menggunakkan agamawan/ulama' (bodoh) untuk menjadi kuda tunggang/lembu kepada perjuangan UMNO demi kepentingan politik mereka.

Adakah Ashraf Wajdi Dusuki buta tentang hal itu?
Adakah beliau tidak sedar bahawa beliau hanya menjadi LEMBU kepada UMNO untuk menumbangkan PAS di Tumpat? Serta menumbangkan Kerajaan Islam Kelantan?

Tergamak Ashraf Wajdi Dusuki menentang Datuk Kamaruddin Jaafar yang juga sealiran tarbiyyah dengan beliau?

note: Datuk Kamaruddin Jaafar ialah mantan Setiausaha Agung ABIM.

Adakah selepas ini ada lagi Presiden-Presiden PKPIM yang mahu menjadi seperti Ashraf Wajdi Dusuki? Menjadi LEMBU UMNO? lupa segala perjuangan dahulu? lupa segala tarbiyyah dulu? lupa segala usrah dulu?

Wahai sahabat-sahabatku, adakah ada di antara anda turut sama mempunyai fikiran seperti Ashraf Wajdi Dusuki?

Wahai sahabat-sahabat dan mantan-mantan PKPIM, apa sudah jadi ni?

No comments: