Kasih Si Anak Kecil
Pernahkah kita terfikir, betapa Allah s.w.t telah mencampakkan perasaan sayang kita kepada anak kecil? Betapa biasanya si anak kecil menjadi bahan tawa dan hiburan buat kita. Menjadi penyeri kesunyian kita. Menghilangkan rasa bosan dan tekanan. Betapa apa dilakukannya biasanya dipandang lucu dan menghiburkan. Betapa besar kuasa Allah.
Sebenarnya perasaan kasih sayang kepada yang lebih kecil ini bukanlah dicampakkan ke dalam hati manusia sahaja. Sedangkan biantang yang bagaimana buas sekalipun mempunyai perasaan kasih kepada anak-anaknya. Tak pernah sekali kita mendengar spesis binatang pupus, kerana binatang yang tua habis memakan anak-anak. Biasa yang kita saksikan betapa jiwa halus di dalam binatang turut mengasihi dan memberi perlindungan kepada yang masih kecil. Pada manusia juga begitu. Itulah mungkin sebabnya Rasulullah ada bersabda yg lebih kurang bermaksud : Bukanlah dari golongan kami yang tidak mengormati orang tua kami dan tidak menyayangi orang yang lebih muda. Betapa indah susun atur Islam bersesuaian dengan fitrah manusia.
Rasulullah juga ada bersabda : Anak-anak itu menjadi punca si bapa menjadi bakhil dan pengecut. Betulkah bakhil apabila ada anak? Tentu sekali. Susah hendak mengeluarkan duit kerana ingin menabung untuk kebajikan anal-anak di hari muka. bagaimana pula sifat pengecut? Tentu sekali seseorang bila dah ada yang tersayang di rumah, mula merasa gerun akan kematian. Takut sekali jika dia meninggal dunia, bagaimana hari muka anak-anaknya nanti. Kerajaan kita pun ada buat kempen: "Pandulah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang". Kalau begitu tak mengapa lagi. Bagaimana pula kalau ada panggilan jihad. tentu berat sekali bukan, melainkan kita memiliki jiwa sehebat Handzalah..
Seorang datuk lebih sayangkan cucu dari anaknya.. Mengapa ya? Tentu sekali begitu, kerana fitrah manusia memang begitu. Sayangnya kita kepada anak-anak kecil amat mendalam. Walaupun ada yang mencarik fitrah tersebut di zaman kita ini, namun ia tidak dapat menafikan betapa sifat ini telah Allah campakkan ke dalam jiwa kita.
No comments:
Post a Comment