Friday, February 29, 2008

Monday, February 25, 2008

Sekilas Minggu Ini

Minggu ni zul kena sakit tekak..Dah seminggu suara jadi macam "kartun"..Kifarah dosa kot..Huhu..Alhamdulillah,hari ni bertambah baik sket.Dah macam2 cara zul buat untuk hilangkan sakit tekak ni,tapi tak menjadi jugak..Air asam jawa,fisherman friends,strepsil,semua zul dah cuba,tapi xberhasil jugak..Kalau sahabat2 ada petua bgtau la ek..

Sabtu lepas zul ada jumpa sahabat2 ikim kat KL Sentral..Ramai jugak la yg turun.Antaranya Ummi Saedah,Kak Nur Cheras,Abi Yahya,Ummi 3 Ummu,Kak Nor Bomba,Ashraf,Adib,Azmir,Kak Ina,Azrin dan jugak DJ Razak IKIM..Sakan jugakla dok borak dengan diorang semua.

Semalam pulak,lepas2 Subuh dah bertolak ke UM..Ada hal kat sana..Punyala sejuk naik motor sorang2 subuh2 tu..Sampai Masjid kat UM tu dalam pukul 7.00..Laju jugak zul naik motor..Ehe..Balik tu mmg dah tak larat sangat..Last2 terus tertidor..

InsyaAllah,bulan 5 ni zul akan sambung study dalam bidang syariah kat KUIS..Mesti pelik kan naper zul tukar landasan tiba2..Hehe..Sebenarnya dah lama zul nak ambik kursus syariah tu..Tapi xde rezeki lagi..Alhamdulillah,dah dapat peluang untuk masuk sana..Kalau ada rezeki,zul nak sambung study kat Mesir..Tu cita2 zul la..Doakan ye..

Tuesday, February 19, 2008

Wednesday, February 13, 2008

Kasih Si Anak Kecil

Pernahkah kita terfikir, betapa Allah s.w.t telah mencampakkan perasaan sayang kita kepada anak kecil? Betapa biasanya si anak kecil menjadi bahan tawa dan hiburan buat kita. Menjadi penyeri kesunyian kita. Menghilangkan rasa bosan dan tekanan. Betapa apa dilakukannya biasanya dipandang lucu dan menghiburkan. Betapa besar kuasa Allah.

Sebenarnya perasaan kasih sayang kepada yang lebih kecil ini bukanlah dicampakkan ke dalam hati manusia sahaja. Sedangkan biantang yang bagaimana buas sekalipun mempunyai perasaan kasih kepada anak-anaknya. Tak pernah sekali kita mendengar spesis binatang pupus, kerana binatang yang tua habis memakan anak-anak. Biasa yang kita saksikan betapa jiwa halus di dalam binatang turut mengasihi dan memberi perlindungan kepada yang masih kecil. Pada manusia juga begitu. Itulah mungkin sebabnya Rasulullah ada bersabda yg lebih kurang bermaksud : Bukanlah dari golongan kami yang tidak mengormati orang tua kami dan tidak menyayangi orang yang lebih muda. Betapa indah susun atur Islam bersesuaian dengan fitrah manusia.

Rasulullah juga ada bersabda : Anak-anak itu menjadi punca si bapa menjadi bakhil dan pengecut. Betulkah bakhil apabila ada anak? Tentu sekali. Susah hendak mengeluarkan duit kerana ingin menabung untuk kebajikan anal-anak di hari muka. bagaimana pula sifat pengecut? Tentu sekali seseorang bila dah ada yang tersayang di rumah, mula merasa gerun akan kematian. Takut sekali jika dia meninggal dunia, bagaimana hari muka anak-anaknya nanti. Kerajaan kita pun ada buat kempen: "Pandulah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang". Kalau begitu tak mengapa lagi. Bagaimana pula kalau ada panggilan jihad. tentu berat sekali bukan, melainkan kita memiliki jiwa sehebat Handzalah..

Seorang datuk lebih sayangkan cucu dari anaknya.. Mengapa ya? Tentu sekali begitu, kerana fitrah manusia memang begitu. Sayangnya kita kepada anak-anak kecil amat mendalam. Walaupun ada yang mencarik fitrah tersebut di zaman kita ini, namun ia tidak dapat menafikan betapa sifat ini telah Allah campakkan ke dalam jiwa kita.

Friday, February 8, 2008

Rindunya Nak Menaip...

Alhamdulillah,hari ni dapat jugak ruang masa untuk menaip entry baru kat blog ni..Macam2 perkara baru yang berlaku kpd zul sepanjang bulan lepas..Badan pun dah xberapa sihat..Kafarah dosa..Moga Allah mengampuninya..

Ok,zul nak start citer pasal program pada 27 Januari 2008 yang lalu..Hari tu zul dengan kawan2 dah buat pakatan nak pi tengok show Inteam kat UKM KL..Rasanya dah dekat setahun tak dengar Inteam nyanyi LIVE..Haha..

Kami bertolak dari Bangi dalam pukul 10 lebih..Janji dalam pukul 9.00 pagi..Tapi biasala..Jam Melayu..Hehe..Cnfom lewat sejam jugak..Lewat pun sebab zul jugak..Tido balik lepas Subuh..Sedaq2 dah pukul 9.30 pagi..Mengamuk Ainur jadi batu bersurat tunggu kami..Sori ye Ainur..

Dari Bangi kami pi ambik Fadilah pulak kat UPM Serdang..Sempat jugak me"nension"kan seorang sahabat kami yg xdapat join..Haha..Dia ada exam malam tu,so xdapat join la konvoi kali ni..

Sebelum pi tgk konsert malam tu,kami sempat jugak pi Carefore jap..Punyala ramai orang kat situ..Abang Faizal nak beli barang jap kat situ..Yang lawaknya,zul terlupa kat mana diorang parking kereta..Punyala tawaf satu tingkat cari kereta..Last2 jumpa jugak dengan penuh kepenatan..Lps ni serik dah nak terpisah ngan org kalau pi jalan2..

Dalam pukul 4.00 petang,kami pi ziarah rumah Ikmal jap..Bukan sekadar ziarah je,tapi dapat pengalaman baru makan makanan Jawa.."Nasi ambeng"..Nak tau camner rupa nasi ambeng tu?Tgk gambar kat bawah ni..



Punyala sedap menu ni..Cara nak makan pun quiet interesting..Nasi putih dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk dan dimakan secara beramai2 dalam satu bekas..Mmg terasa ukhwah yg kuat bila makan tu..Tengah dok sedap makan,abang Ikmal ngan kak ipar dia pun sampai dengan dua cute baby diorang..Terkejutla kejap dapat jumpa Wardina Saffiyah secara LIVE..Biasa tengok kat TV je..Tapi xdela buat muka excited sangat..Kami pun cover2 la jugak..Hehe..Tapi baby dua org tu mmg cute sangat..Tak ingat plak nama depa..Tapi yg pasti bukan Kaisara la..Hehe



Lps tu kami terus ke UKM KL..Mata dah pula mengantuk sangat dah masa tu sebab dah terlebih makan..Masa kami sampai Inteam baru habis buat sound check..Lps maghrib kami pun memenuhkan dewan..Sahabat2 lain pun mula sampai..Antaranya Ijat ,bazlin,aisyah,yeopmi dan ramai lagi la..Actually zul ada ajak ramai jugak lagi,tapi ramai yang xdapat join..Takpela,mungkin next time ek..