Wednesday, April 1, 2009

Pening oh Pening

Stelah sekian lama saya merasakan sudah terlalu lama saya meninggalkan dunia blog ini. Sebenarnya bukan blog ini yang saya tinggalkan. Saya masih menulis blog tapi bukan disini. Dengan yang demikian saya perlu menumpukan sesuatu untuk saya lebih fokus dalam apa yang saya kerjakan.

Diam tidak bermaksud saya membisu sepanjang saya tidak menulis disini. Tiap hari curahan doa kepada yang Maha kuasa kita sering lakukan demi saudara2 kita dan agama Islam yang kian teraniaya setiap hari. Bertubi2 cerita sedih dan khabar kematian yang membuatkan kita bertitis air mata mengenangkan nasib2 saudara kita yang dibunuh seperti main game.

Umat Islam kini perlu bersatu dalam menegakkan agama Allah yang sering diperlekehkan oleh dunia luar terutama yahudi.

Erm,kebelakangan ni kesihatan saya agak terganggu.Mungkin kifarah dosa saya..Otak asyik berpusing-pusing.Ehe..Yang sebetulnya nak cerita mengenai otak. Kebelakangan ni saya kerap sakit kepala. Kelmarin semasa kat library saya terduduk sekejap sebab pening. Dulu saya penat macamana pun takkan pening. Sekarang kalo penat je terus rasa pening. Kenapa yer. Esok la saya nak g klinik g cek apa yang berlaku dalam kepala saya ni...



Susah.. Saya kadang tak berasa selesa disebabkan otak yang tersekat pening sebab menghalang saya dari buat kerja termasuklah study. Tapi semua perkara ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin Allah nak suh saya rehat sikit dan kuatkan beribadat dari buat keje dunia jer. huhu..

Oh ya,komen saya telah dimasukkan dalam majalah Solusi keluaran 5..Terima kasih buat Ustaz Pahrol dan Ustaz Rohidzir kerana menyiarkan pendapat saya..Jumpa antum kat Pesta Buku nanti ya..

No comments: