Muhasabah Bersama
Alhamdulillah segalanya telah berakhir, bukan berakhirnya sebuah perjuangan mahupun bukan berakhirnya tugas kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Tetapi semester pendek selama sebulan telah pun selesai dilalui . Segala penat lelah dan keringat telah dikerah sehabisnya dalam menghadapi peperiksaan kali ini.
Bermula 10 Mac dan berakhir 30 April genaplah sebulan pengajian dan peperiksaan di lalui. Pelbagai masalah, dugaan dan cabaran yang harus dilalui bagi menguji sejauh mana ilmu ini. Begitulah peperiksaan menguji tahap ilmu seseorang. Kita telah berusaha dan semoga Allah saja yang menentukannya.
Cuba bayangkan dua situasi ini dalam diri seorang pelajar :
1) Mengetahui tarikh peperiksaan.
2) Tidak mengetahui tarikh peperiksaan , dan akan dijalankan pada bila- bila masa.
Saya percaya dan yakin kita akan lebih bersedia dan ada yang mengambil peluang untuk study las minute pada situsi pertama dan jika berhadapan situasi kedua , rasanya kita tidak akan
berpisah dengan buku ataupun nota jika mahu berjaya.
Begitulah juga denagn mati yang tidak mengenal umur dan usia . Ianya akan dtang bila-bila masa . Renungilah kata-kata Saindia Umar : Orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati .
Moga coretan yang sedikit ini , mampu menjadikan kita saling mengingati.
No comments:
Post a Comment