Monday, June 23, 2008

Ustaz Erwan Nyanyi..Ada Bakat Ni



Ni video klip Ustaz Erwan Johari nyanyi lagu Damai..Boleh tahan jugak suara ustaz ni..Yang kat sebelah kiri tu ,Ustaz Erfino Bin Johari..Kalau korang masih ingat,Ustaz Erfino ni dulu mengajar segmen Hayya Bil Arabiyyah kat radio Ikim dulu..

Ustaz Erwan dengan Ustaz Erfino ni adik beradik kandung rupanye..Patutla muka lebih kurang je..Ustaz Erwan adik,Ustaz Erfino abang..

Tapi kan,Ustaz Erwan ni macam malau-malu pulak nak nyanyi..Hehe..Ustaz,ada bakat rakam album tu..Jangan marah nooo...Alamak,terlebih sudah!Hehe

Ni antara gambar Zul dengan Ustaz Erwan..Nak minta tips dari ustaz la camne jadi awet muda..Hehehe..



Friday, June 20, 2008

Walimah Yuni..Continue..


Aduhai.Susahnye nak pegang baby..Hehe..Ni ana tgh dukung Fatimah Aisyah


Ha..Ni antara hantaran pengantin..Cantik2 kan..


Ni mak2 andam part time KTI..Kak Rosma,Bazlin & Kak Hani


Kak Hani mengetuai angkatan pengapit perempuan..Hehe


Bakal suami mithali ni..Hehe


Ayah ibu merestui..Menyarung cincin di jari..Ades..Nyanyi la pulak

Thursday, June 19, 2008

Bidadari..Bidadari..




Cinta Setia, Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari Bidadari
Jadilah pendampingku

Bidadari Bidadari
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Tak tau nak dedicate kat sapa lagu ni. Sebab masih belum berpunya. Moga-moga Allah kurniakan saya dan sahabat-sahabat muslimin lain isteri yang bakal membantu kita dalam perjuangan membantu agama Allah s.w.t. Seterusnya menjadi bidadari utama kita di dalam Syurga Firdausi kelak,amin.

Friday, June 13, 2008

Happy Fathers Day

Hatiku bergetar sekilas terpandang ayat itu sewaktu aku berada di pejabat pos.."happy father's day"..Hari istimewa itu hadir lagi buat tahun ini..Perkataan-perkataan yang sentiasa membuat mata ku berkaca..Bapa,ayah,father..Setiap kali kedengaran perkataan-perkataan ini,pasti ku teringatkan ayah..Senyumannya yang manis..lesung pipit di pipi..dan mata yang tertutup separuh setiap kali senyuman terukir dibibirnya..Ayah..Ayah..Hanya Allah yang tahu betapa diri ini ingin sekali mengungkap perkataan itu..Aku kira sudah lama tidak ku ungkapkan perkataan itu pada seseorang yang bernama ayah..Teringin yang amat sangat hati ini memegang dan mencium tangan seorang ayah..

Ya Allah...Tak terungkap rindu dihati ini..Ya 'Alim,tiada siapa yang dapat membaca hati ini kecuali engkau ya Rabb..ya Sami',hanya Engkau yang Maha Mendengar doa-doa ku ini..Temani malam-malam sunyi ku dengan kehadiran ayah ku didalam mimipi-mimpi sementaraku..




Ya Allah,jika kehilangan kasih sayang seorang ayah adalah yang terbaik buat ku,Kau berikanlah ketabahan pada hati lemah ini untuk meneruskan hari-hari ini tanpa nikmatMu ini..aku pasti,Kau mempunyai dan mengetahui hikmah disebalik keperitan yang terpaksa ku tanggung ini kerana sesunggunhnya Kau Maha Adil..ya Mujib,tiada apa yang aku harapkan melainkan Kau tempatkannya dikalangan hamba-hambaMu yang Kau kasihi dan beriman..Dengan izinMu,aku pasti,Kau telah mengira setiap titis air mataku yang akan kau gantikan dengan mutiara di akhirat kelak..