Friday, January 11, 2008

Azam 2008 : Nak Tukar Status

He.he..gempak je tajuk..Cool..
Selamat tinggal 2007 dan Selamat datang 2008..Syukur ke hadrat Ilahi di atas ni'mat Iman dan Islam dan juga ni'mat usia, memberi aku peluang untuk bertemu dan mencatat sejarahku di 2008 serta peluang untuk aku meneruskan perjuangan dan urusanku yang masih belum selesai..

Dah ditutup tirai 2007, dikuak pula tirai 2008 yang diharapkan memberi lebih erti dan makna pada hidup.Diberi peluang pada 'hidup' bukan bermakna di beri lebih masa untuk leka dan bersuka ria dan diberi tempoh tangguh untuk bertaubat pada dosa dan keterlanjuran yang dilakukan..tapi diberi ruang pada 'hidup' itu untuk terus belajar dan berfikir serta untuk ditelusuri hari-hari hidup itu dengan memperbaiki diri, memperelok pekerti moga catatan 'Diari Hidup' itu, hari ini lebih cemerlang dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan begitulah seterusnya..hingga masa dan takdir menghentikannya.

soalan yang sering ditanya..apa azam tahun baru? Sesetengahnya akan keluarkan senarai panjang apa yang ingin dicapainya tahun ini, ada pula cuma senarai pendek kerana baginya setahun hanya tempoh yang pendek untuk mencapai semua, tak kurang juga yang ambil endah tak endah dengan alasan.."alaa..azam biasalaa.. nanti tinggal azam je" dan ada juga yang lansung tak tahu apa itu azam pun!

Mungkin ada sesetengah menganggap, senarai azam perlu ada sebagai tradisi setiap kali menjelang tahun baru.Bagi sesebuah kerajaan mahupun syarikat, azam di jadikan sebagai matlamat untuk dicapai dalam tempoh tahun tersebut dan 'performance' organisasi akan dinilai berdasarkan berapa banyak azam yang bisa digapai.

Bagi saya, azam bukanlah untuk sesebuah kerajaan, institusi atau syarikat sahaja, tapi setiap individu perlu ada azam masing-masing dan mengambil serius apa yang di azamkan.tidak mengambil sikap 'azam tinggal azam'.Dimaksudkan serius dalam meletakkan azam ialah disamping azam itu disenaraikan, perlu juga disertakan dengan usaha yang gigih, perancangan yang rapi agar apa yang dicitakan itu bisa di capai, direalisasikan, di pantau dari masa ke semasa agar tidak tersasar dari objektif dan matlamat.Dan elemen paling penting, apa yang di azamkan perlu disertakan dengan niat untuk mencari 'mardhatillah'..keredhaan Allah serta bertawakkal kepadaNya moga kelak hasil daripada azam yang telah diusahakan, andai tercapai kita akan lebih bersyukur dan andai tidak berjaya, kita tidak kufur dan berputus asa.(",) Moga segala apa yang di azamkan dilaksanakan dengan penuh kekusyukkan dan tawaddu' dan moga tercapai apa yang di cita..insyaAllah..
Azamku?? Aku berazam untuk tukar status tahun ni..tak kiralah..tukar status dari pelajar biasa ke bidang proffessional, menjadi hamba yang LEBIH taat pada Allah,LEBIH komited dalam meneruskan perjuangan, dari anak yang membahagiakan ibubapa kepada anak yang menjadi Quratu A'yun kepada orang tuanya, atau mungkin dari berjalan seorang..berjalan berdua..(",)..apa jua yang bisa menukarkan status dari kedudukan sekarang ke satu kedudukan yang lebih baik untukku, agamaku,keluargaku dan masa depanku. InsyaAllah..amin

No comments: