Tuesday, December 4, 2007

Sistem Persekolahan Lambatkan Perkahwinan

mungkin ada benarnya..dan mungkin ada yang boleh disangkalkan...apapun terpulang pada antum untuk menilainya..

Ana berpendapat sistem persekolahan kita yang terlalu lama adalah antara punca mengapa golongan profesional di negara ini lambat berkahwin. Mereka terpaksa menghabiskan masa selama 13 tahun, termasuk Tingkatan Enam sebelum dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.
Bagi pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Tamil, ia akan bertambah setahun kerana mereka perlu memasuki kelas peralihan di sekolah menengah sebelum boleh memasuki Tingkatan Satu.

Bayangkanlah berapa lama masa yang diambil untuk melahirkan seorang tenaga kerja profesional? Akibatnya bukanlah pelik jika kebanyakan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tamat pengajian selepas agak ‘tua’.

Ana tidak berjenaka dengan menyatakan inilah punca gejala lambat kahwin di kalangan golongan warga profesional. Dengan kos sara hidup yang makin meningkat serta tanggungjawab terhadap keluarga yang perlu didahulukan, pendapatan purata RM2,000 ke atas yang menjadi kemegahan hidup sebagai graduan bukan lagi jaminan bagi menyediakan tabungan segera untuk berkahwin dalam tempoh singkat.

Selepas menamatkan pengajian pada usia 24 atau 25 tahun misalnya, seseorang graduan itu harus menabung sekurang-kurangnya dua tahun lagi sebelum dapat berkahwin. Mungkin remeh di mata sesetengah pihak, tetapi saya tegaskan sekali lagi sistem ‘melewatkan’ pelajar di sekolah seperti sekarang langsung tidak membantu.

Tempoh yang lama itu juga akan menjejaskan hasrat negara untuk melipatgandakan golongan profesional dalam masa singkat. Jika mereka tamat pengajian tepat pada masanya tanpa mengulangi satu semester pun, mereka sudah pasti menamatkannya pada usia pertengahan 20-an.

Itu baru peringkat ijazah Sarjana Muda, belum lagi Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Di negara maju seperti Amerika Syarikat, rata-rata graduan IPT tamat pengajian pada peringkat ijazah Sarjana Muda pada usia awal 20-an, sekali gus memudahkan proses pembinaan negara melalui kepakaran ilmiah masing-masing tanpa perlu menunggu terlalu lama.

Sistem persekolahan di sana bermula pada usia enam tahun dan mereka tamat pengajian sekolah menengah dengan sijil akademik yang dikenali sebagai ‘General Education Diploma’ (GED). Jika keputusan GED mereka baik dan cemerlang, mereka boleh melanjutkan pelajaran terus ke peringkat Sarjana Muda di kolej dan universiti.

Dalam usia sekitar 21 atau 22 tahun, mereka sudah menamatkan pengajian dan boleh memulakan kerjaya serta membina kehidupan yang lebih baik dengan lebih cepat berbanding graduan kita.

Ana sarankan supaya sistem persekolahan kita dirombak yang mana persekolahan dalam Tahun Satu bermula pada usia enam tahun. Sistem peperiksaan dan kelulusan sekolah menengah pula berakhir dengan diploma.

Mansuhkan program diploma dan jadikan Sarjana Muda sebagai kelulusan terendah dalam hierarki peringkat pengajian di IPT. Malah ana juga mencadangkan supaya latihan perguruan yang bertaraf diploma kini ditukar ke peringkat Sarjana Muda selama empat tahun.

Sunday, October 28, 2007

Konvoi Raya 2007

Sunday, October 21, 2007

Saturday, October 20, 2007

Purdah : Satu Persoalan



Sumber:SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Wajib wanita muslimah memakai niqab النقاب atau purdah adalah pendapat sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah.
Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang menganggap purdah bukanlah suatu kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Namun saya tidak berhasrat untuk memerangi wanita yang berpurdah, selagimana saya dapati mereka cuba melaksanakan tuntutan agama yang mereka faham. Ini adalah hak dan kebebasan yang wajar diiktiraf. Bahkan di satu sudut ianya lambang kesungguhan iltizam terhadap apa yang diyakini sebagai kewajipan. Untuk apa kita menekan golongan yang berpurdah sedangkan dalam masa yang sama kita membiarkan wanita-wanita lain yang mendedahkan tubuh dan aurat secara berleluasa sehingga memadam nilai diri mereka sebagai wanita muslimah dan beriman.Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab.
Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunyaالنقاب للمرأة Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalamجلباب المرأة المسلمة في الكتاب والسنة Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya aurat adalah jelas dan nyata

Friday, October 5, 2007

Farshi Turab

Thursday, October 4, 2007

Ramadhan Kareem



Lama rasanya dah tak update tentang aktiviti ana kebelakangan ni..Mohon maaf ya sebab tak de kelapangan masa nak menaip..Alhamdulillah,semalam baru lepas mengikuti ceramah dari Ustaz Nabil kat Kolej YPC-IT WEB Cheras..Best la jugak dengar ceramah ustaz tu..Hari tu pun ada pergi jugak kat UKM KL,tapi masa tu ustaz jadi ahli panel forum..So far,ceramah dia ok dan banyak input yang ana dapat..Ada satu kisah yg betul2 buat ana terkedu sekejap bila ustaz cerita masa ceramah..Kembali merenung dosa2 silam yang pernah ana lakukan..Ya Allah,Kau berikanlah hidayahMu kpd hambaMu ini..Ameen..

Sunday, September 30, 2007

Kasih Ibu

Album Nasyid Terbaru!!



Friday, September 28, 2007

Lazimkan Kemaafan


Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf.

Lunakkan hati dengan renungan ini:
Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap?

Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita. Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini." Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T. Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULLAH S.A.W BERSABDA: "SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU." ...

~Sempena Ramadhan Karem..sejuta kemaafan buat sahabat2..bloggers..smoga amalan di bulan mulia ini diberkati..InsyaAllah~

Thursday, September 27, 2007

Ifthar KTI 2007