Wednesday, December 10, 2008

Tragedi Tanah Runtuh,Bukit Antarabangsa





Salam takziah ana ucapkan buat semua mangsa tragedi tersebut..Ana juga turut bersedih diatas tragedi yg menimpa mereka.Apa pun ana memang tidak terkejut kalau disebut Bukit Antarabangsa berlaku tanah runtuh kerana jelas kawasan itu memang berisiko tinggi mengalami tanah runtuh...

Untuk pengetahuan semua sejak berlaku tragedi Highland Tower 1993,pakar geologi Prof Datuk Dr. Ibrahim Komoo telah mengkaji area tu.. (sblh kanan MRR2 ke kepong) memang berisiko tinggi.

"Tiada siapa yang boleh memberikan jawapan," katanya sambil mengeluh dengan usaha membuat profil kawasan berisiko tinggi di Bukit Antarabangsa.

Beliau salah seorang pakar utama yang telah menjalankan kajian ke atas Bukit Antarabangsa berikutan tragedi Higland Towers yang meragut 48 nyawa pada 1993 berkata, kesemua kajian di kawasan itu menunjukkan bahawa kawasan itu berisiko tinggi.

"Keadaan tanahnya terdedah kepada tanah runtuh dan latar belakang geologikal berkaitan dan kedudukan tanah juga membuktikan demikian," katanya.

Sambil melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengurusan cerun di Bukit Antarabangsa, Ibrahim berkata:

"Di Malaysia, sebaik sahaja sebuah syarikat membangunkan projek perumahan dan menyerahkannya kepada pemilik, semua orang lepas tangan."

"Sebenarnya, saya telah lama kecewa apabila menyebut Bukit Antarabangsa. Setiap kali hujan, saya menjangka sesuatu seperti ini akan berlaku," katanya.

No comments: