Saturday, July 25, 2009

Wajarkah Akil Hayy Digelar Ustaz?



Saya mula mengenali Sdr.Akil Hayy selepas terdengar di bibir kawan-kawan mengatakan seorang penyanyi rock kini menjadi pendakwah bebas dan biasa berceramah dalam ceramah anjuran PAS khususnya, Itu kira-kira awal tahun 2003. Dimana pada masa tersebut gerakan reformasi rakyat masih hangat berkumandang.. Saya akui ceramah Sdr.Akil Hayy memang syok.. banyak kelainan dan cara penyampaian yang cukup mantap.

Selalu juga lihat Sdr.Akil Hayy ni dalam video klip lagu-lagu rock 80an dimana gaya Sdr.Akil Hayy pada masa itu dengan berseluar ketat berambut panjang dan kerinting serta memakai sarung tangan kanan mcm org main pancaragam sekolah.. Itulah permulaan saya kenal dengan insan yang bernama Akil Hayy..

Bila ia muncul dengan gaya berdakwah pada mulanya saya sangat respek dengan transformasi yang dilakukan.. Dalam hati berkata.. Dia ni pendakwah ala-ala Yusof Islam... Ada juga niat nak jadi mcm dia dalam hati..

Lama-kelamaan Sdr.Akil Hayy mula menempa populoriti sebagai pendakwah di Kaca TV.. Dalam rancanganya di Astro, rancangan yang banyak memberi teladan kepada kita..

Bila mana populoriti Sdr.Akil hayy mula memuncak, kupiah di kepala kejap ada kejap tak ada.. rambut selalu di rebonding.. Rambut Ustaz panjang mengurai.. Mungkin ikut sunah nabi.. tapi takan panjang mcm perempuan pulak kot..

Bila mana ia telah di gosipkan dengan Waheeda, hati mula terfikir.. Ustaz ada gosip.. Dalam Islam gosip ni ibarat menfitnah.. Bagaimana terjadinya gosip jika tiada siapa yang mengoyangkan keadaan..

Saya tak hairan jika Sdr.Akil Hayy nak kawin lebih dari satu sebab quota lelaki sampai 4 tapi dalam hal Sdr Akil ni, terdapat unsur yang mungkin dari pandangan saya tidak 'adil'. Manakan boleh disanggah jika pihak isteri Akil sendiri meminta cerai.. Ini menunjukan ada sesuatu yang tidak 'adil' berlaku dalam perihal berkompromi dalam rumahtangga.. Bukan bermaksud saya ingin campuri perihal rumahtangga orang.. Cuma 'title' ustaz telah dicemari dengan gosip artis..Rasa tidak senang dan janggal..



Ramai yang mengelarkan dia ustaz termasuk saya.. Tetapi akhir-akhir ini saya rasa ustaz Akil dah tergelincir sedikit dari landasan. Boleh diperbetulkan semula jika ada kesedaran..

Kepada Sdr.Akil Hayy, jangan kerana perkara sebegini akan mencemarkan imej pendakwah serta ustaz-ustaz yang ada dan betul-betul berdakwah kejalan Allah S.W.T.. Bukan saya mengatakan Sdr.Akil tidak betul tapi apa yang di hingar-bingarkan oleh masyarakat tentang Sdr.Akill akan sedikit sebanyak membawa kepada pandangan serong sesetengah org tentang dunia islam umumnya.. Itu yang saya takutkan.



Semua org buat silap tapi yang membezakan mereka hanyalah batasan kesilapan dan kesedaran.. InsyaAllah saya doakan Sdr.Akil Hayy kembali berdakwah untuk mereka-mereka yang sama-sama berjuang ke jalan Allah S.W.T dan menjauhkan dari gosip-gosip artis yang melekakan dan melalaikan..

Untuk berkongsi kasih sayang perlu ada sikap 'ADIL'.. Itu sahaja..

Sekadar pandangan peribadi dari seorang yang suka mengikuti ceramah Sdr.Akil.. Maaf jika tulisan ini ada menguris perasaan Sdr.Akil , peminat-peminat , saudara-mara Sdr.Akil.. Ia hanyalah sebagai peringatan dari teman-teman seagama...InsyaAllah..

Ba Alif Ba Ya



Bila sebut sahaja babi, orang kita sudah mula rasa geli geleman.. Ada yang rasa hendak muntah.. Bila terasa hendak memaki, babilah binatang pertama yang terlintas di fikiran.. Bila anak-anak kecil menyebut babi, diajarnya untuk menyebut 'ba alif ba ya'..

Hina sangatkah babi?

Adakah babi hina kerana mereka menjadi tuan rumah kepada Taenia solium? Jika begitu lembu juga hina kerana menjadi tuan rumah Taenia saginata.. Adakah babi hina kerana mereka menjadi tuan rumah kepada T. spiralis? Jika begitu tikus juga perlu dihina sebegitu rupa kerana sama-sama menjadi tuan rumah parasit tersebut.. Adakah babi hina kerana dikenalpasti sebagai punca merebaknya selsema babi? Jika begitu, ayam dan burung juga perlu diharamkan kerana pernah dahulu menyebabkan penyakit selsema burung.. Adakah kerana semata-mata rupanya yang hodoh? Babi tidak pernah minta lahir ke dunia sebegitu rupa.. Allah yang menjadikannya hodoh sebegitu..

Ya benar babi merupakan salah satu daripada benda yang diharamkan oleh Allah untuk dimakan di dalam al-Quran.. Namun Allah tidak pernah sekali-kali menghina ataupun melaknat spesis babi itu sendiri..

Menyentuh babi pun tidak berdosa, hanya najis.. Bahkan tidak ada satu nas pun yang menyebutkan bahawa mereka yang menyentuh babi perlu membasuh tangan mereka dengan air tanah dan sebagainya.. Hanya para ulamak yang mengkiaskan kes menyentuh babi dengan menyentuh anjing.. Namun bila seorang pelajar veterina Melayu beragama Islam menyentuh babi, umat Islam satu Malaysia melenting mengatakan perbuatan itu 'menghina Islam'..

Ustaz Salman Maskuri menulis di dalam blognya, "Setengah orang melayu tidak menyebut babi dan meyebut khinzir sedangkan tidak ada hukum menyatakan haram menyebut babi. Setengah orang melayu juga menyebut ba alif ba ya, sedangkan Nabi tidak pernah menyebut kha nun zai ya ra. Mereka tidak rasa bersalah ketika mengumpat tetapi rasa bersalah bila sebut babi."

********

Umat Islam bukanlah umat pertama yang diharamkan untuk memakan babi.. Bani Israil dahulupun ditegah untuk memakan babi dan menggunakan lemaknya... Nabi Muhammad sendiri tidak pernah membunuh seekor babi pun ketika tempoh hidup beliau.. Sedangkan Jesus diriwayatkan di dalam New Testament [Matthew 8:28-34] pernah melakukan pembunuhan babi secara besar-besaran. Maka orang-orang Kristian sepatutnya berasa lebih geli terhadap babi daripada orang Islam sendiri.

Saya pernah terbaca orang-orang kita menulis tentang babi dengan menggambarkan seolah-olah babi ini sangat hina sehingga Allah 'menghukum' mereka dengan menyebarkan selsema babi melalui perantaraan mereka.. "Kill kill die die ba alif ba ya", seolah-olah Islam menggalakkan pembunuhan babi sesuka hati.

************

Babi juga makhluk Allah seperti kita, malah kromosom mereka merupakan kromosom yang paling mirip dengan kromosom manusia... Dalam sesetengah kes 'liver failure' atau kegagalan fungsi hati di hospital, hati babilah yang digunakan untuk menggantikan fungsi hati manusia sementara menanti hati manusia didermakan serta dipindahkan.

Babi tidak hina. Jangan hina babi. Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada babi kerana menyelamatkan nyawa saudara-saudara sespesis kita. Hindari sahaja dari memakannya.

Ke arah memartabatkan babi ke tahap yang sepatutnya!

Doa Seorang Sahabat



Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, “Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

“Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan,” jawab lelaki pertama.

“Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,”

“Kau salah!” suara itu bertempik.

“Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.”

Lelaki pertama bertanya, “Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?”

“Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan”

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari “yang terlihat” saja.

Friday, July 3, 2009

What goes around comes around

Kita selalu mengharap supaya orang faham kita, tapi kita tak pernah cuba untuk memahami orang lain..

Kita selalu menganggap orang perlu tahu treshold kemarahan kita, tapi kita tak pernah ambil kisah apa treshold kemarahan orang lain..

Kita selalu menyangka yang orang tahu pantang larang kita, tapi kita jarang sekali berhati-hati supaya tak buat pantang larang orang lain..

Kita rasa bangga bila marah orang waktu kita bad mood, padankan muka dia sebab "siapa suruh kacau aku masa aku bad mood..kan dah kena.." Tapi kita tak pernah kaji bila masanya kawan kita sedang bad mood.. Kita kacau orang tak kira masa.. Dengan harapan dia sentiasa dalam good mood..

Kita rasa suka bila musuh kita dimusuhi banyak musuh, tapi tak pernah muhasabah kenapa kita ada musuh in the first place..

Kita keluarkan kata-kata pedas pada orang, harap orang tak merasa apa-apa, tapi melenting bila orang cakap sesuatu pada kita yang kita tak suka..

Tapi kita juga selalu lupa yang, 'what goes around comes around'..

Inilah dia 'The Golden Rule'..