Thursday, August 28, 2008
Monday, August 4, 2008
Ziarah Ke Maahad Tahfiz Darul Iman
Alhamdulillah,Sabtu lepas,2 Ogos 2008,aku telah menziarahi sebuah maahad tahfiz yang baru saja beroperasi di Kampung Paya Jaras Dalam,Sg Buloh,Selangor.Rasanya sudah hampir 4 bulan aku mengenali mudirnya ustaz Yahya Bin Pikin.Sebelum ini Ustaz Yahya bertugas di Masjid Damansara Damai.Namun atas asbab yang tidak dapat dielakkan,maahad ini terpaksa dipindahkan ke Sg Buloh.
Aku tiba di stesen komuter Sungai Buloh tepat jam 10.00 pagi.Kelewatan tren menyebabkan mudir maahad terpaksa menungguku hampir 15 minit.Ketibaan ku disambut Ustaz Yahya dan dua orang anak lelakinya di stesen komuter.
Perjalanan dari Sg Buloh ke lokasi maahad tahfiz tersebut memakan masa selama 10 minit.Sepanjang perjalanan Ustaz Yahya menceritakan serba sedikit tentang latar belakang Maahad tersebut.
Sesampainya ku di sana,para pelajar sedang mengikuti kelas Al-Quran bersama ustaz mereka.Hanya kelihatan dua orang pelajar yang sedang khusyuk menangkap ikan keli untuk dijual di kolam berhampiran.Setiap hari,para pelajar ini akan diberikan tugas untuk menguruskan persekitaran madrasah seperti menguruskan ternakan itik,ikan keli,kambing serta menyediakan makanan sementara sebahagian pelajar yang lain akan mengikuti kelas Al Quran.Tugasan ini dijalankan secara bergilir-gilir.
Hatiku begitu tertarik melihat keletah dua anak kecil tersebut.Begitu lasak dan berdisiplin menjalankan tugas seharian.Mereka kelihatan agak malu-malu ketika aku mula berbual-bual dengan mereka berdua.Seorang bernama Rusdi dan seorang lagi bernama Faris.Dari cerita Ustaz Yahya,Rusdi merupakan anak kepada seorang wanita Kemboja yg menetap di Kajang,Selangor.Atas faktor kemiskinan dan penceraian,Rusdi terpaksa diserahkan kepada pihak maahad.Hal yang sama berlaku kepada Faris.Bezanya,Faris merupakan anak kepada pasangan Indonesia yang menetap disini.Kedua-duanya baru berusia 11 tahun.
Senyuman dari wajah comel Rusdi dan Faris begitu membuatkan hatiku tenteram.Entah kenapa,sejak kali pertama aku melihat kedua-dua wajah anak kecil ini,hatiku begitu kuat untuk mengenali mereka.Selesai berbual dengan Ustaz Yahya,aku mengorak langkahku mendekati adik Rusdi.Ketika itu,dia sedang sibuk memberi makan kepada itik-itik yang berada di dalam kandang.Lantas ku menolongnya.Kesempatan bersama kugunakan untuk berbual panjang dengannya.Ternyata,dia yang lebih banyak bertanya tentang diriku.Dalam masa yang singkat,mereka berdua sudah mulai selesa dengan kehadiranku.Mereka menggelarkanku "ustaz" walaupun sudah berkali-kali ku tegaskan,cukupla sekadar memanggil "abang".
Tepat jam 12.00 tengahari,para pelajar lain mula bergerak ke dalam kabin untuk bersiap-siap mengerjakan solat Zuhur.Semuanya lengkap beserban dan berjubah putih.Senyuman tidak pernah lekang dari bibir mereka.Sempat ku berkenalan dengan beberapa orang pelajar di situ.Selesai Solat Zohor,aku berkenalan dengan Ustaz Zul,ustaz yang mengajar Al-Quran di situ.Ku lihat ustaz ini begitu mengambil berat dengan kebajikan anak-anak muridnya.Alhamdulillah.
Aku menghabiskan masa di maahad tahfiz ini sehingga jam 6.00 petang.Hatiku terasa berat untuk pulang apabila melihat wajah anak-anak kecil di situ.InsyaAllah,jika ada kelapangan aku ana berkunjung ke sana.
Posted by Zulkifli at 4:03 AM 0 comments