Ops Masih Ada Yang Sayang 4
Alhamdulillah,malam 31 Ogos yang lalu ana telah berpeluang untuk menyertai satu aktiviti dakwah yg dianjurkan oleh PERKID dengan kerjasama Masjid As Syakirin dan PEKIDA Bukit Bintang.Operasi yg diberi nama Ops Masih Ada Yang Sayang ni bertujuan untuk menyelamatkan remaja2 Islam dari hanyut dengan maksiat pada sambutan Hari Kemerdekaan.
Ana tiba di Masjid As Syakirin,KLCC tepat jam 8.30 malam.Taklimat operasi diadakan pada jam 11.00 malam oleh Ustaz Masridzi,pengerusi PERKID.Pelbagai nasihat dan amanah disampaikan kepada kami untuk memantapkan aktiviti dakwah pada malam tersebut.Tepat jam 12.00 tengah malam,pembahagian kumpulan dijalankan.Kami dibahagikan kepada 15 kumpulan mengikut lokasi.Ana ditugaskan untuk memantau lokasi di Stadium Merdeka.
Pelbagai karenah remaja Islam dapat kami lihat sepanjang operasi dijalankan.Paling menyedihkan apabila melihat anak2 muda Islam berfoya-foya di Bukit Bintang.Alhamdulillah,ana dapat juga berinteraksi dengan beberapa remaja untuk dan menarik mereka untuk menjalani motivasi di masjid.Ada yang terlalu mengikut kawan.Hati sayu bila gagal menyelamatkan remaja2 tersebut.
Kami bertolak pulang ke Masjid KLCC tepat jam 4.30 pagi.Di masjid,sudah ramai remaja yg berjaya ditarik.Lebih kurang 200 orang.Alhmdulillah.Bagi ana,pengalaman ni tidak dapat dilupaka sepanjang hidup ana