Monday, May 26, 2008
Monday, May 12, 2008
Walimah Sahabat-Sahabat
Alhamdulillah,bulan ni ramai jugak sahabat2 Zul yang akan melangsungkan perkahwinan..Tahniah Zul Ucapkan..
Ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat Nurul Wahyuni Bt Abdullah @ Kerk Shiau Phin yang bakal menjadi raja sehari pada 25 Mei ini..InsyaAllah,walimah akan berlangsung di Kompleks Perkim,Kuala Trengganu
Juga buat sahabat Zul masa kat matrikulasi dulu iaiti syeikh Ali Aminuddin Bin Mohd Rasani yang bakal diijabkabulkan pada 30 Mei ini..Tahniah..Tahniah..
Posted by
Zulkifli
at
6:21 AM
0
comments
Saturday, May 3, 2008
Warkah Buat Calon Isteri (Khas Buat Para Suami)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.
Salam Sejahtera buat calon isteriku,
moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..
Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Calon zaujahku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh guru-guruku. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨
(Ar-Rum: 21)
Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi suami yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan isteriku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping soleh, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Posted by
Zulkifli
at
9:35 PM
0
comments
Selamat Hari Ibu
Ucapan Selamat Hari Ibu buat mak terasayang yang telah kembali ke rahmatullah..
Doakan kejayaan anakmu di dunia akhirat..
Zul sayang mak..Ya Allah,tempatkanlah ibuku di kalangan orang2 yang beriman..Ameen
Posted by
Zulkifli
at
9:24 PM
0
comments
Tuesday, April 29, 2008
Tuesday, April 22, 2008
Selamat Hari Lahir
Alhamdulillah,tanggal 18 April yang lalu,genapla umur ana 24 tahun..Terasa tua pulak diri ni..Buat sahabat2 yang bagi wish tu,terima kasih ana ucapkan..Juga buat sahabat2 lain yang turut menyambut hari lahir pada bulan ni,ana ucapkan hepi besday!!!





Posted by
Zulkifli
at
1:14 AM
0
comments
Saturday, April 5, 2008
Sekilas Minggu Ini
Alhamdulillah,ada jugak keizinan masa untuk Zul menaip kat blog ni..Minggu ni minggu yang agak memenatkan bagi Zul..Dah la penat,banyak perkara yang memedihkan hati berlaku minggu ni..Tapi,takpela..Tu semua pengalaman hidup kan?
Rabu lepas telah berlangsung konsert nasyid sempena MaulidurRasul di UniKL,MIAT..Antara artis nasyid yang memeriahkan ialah Raihan,Far East,Nice dan Unic..Alhamdulillah,walaupun agak kelam kabut,tapi program berjalan lancar jugak..
Ucapan terima kasih buat Ustaz Erwan kerana sudi turun untuk merakamkan konsert tu..
Di kesempatan ini jugak,Zul nak minta maaf kepada sape2 yang ada Zul buat silap..Kadang2 susah jugak kan kita nak jaga hati orang?Zul pun tak paham..Zul tak kisah kalau orang tak appreciate apa yang Zul lakukan,tapi bila "hentam" Zul membuta tuli suka2 hati je,Zul tak dapat nak terima..At least,bagi ruang untuk Zul buat explanation...Memang manusia tu tak sempurna,sebab tu Allah jadikan manusia untuk saling melengkapi...
Kadang2 kita hanya nak orang jaga hati kita,tapi kita tak pernah fikir hati dan perasaan orang lain..Zul bukanlah orang yang sensitif,tapi Zul ada prinsip Zul sendiri..Buat insan-insan yang pernah menyakiti hati ini,ana dah maafkan pun..Tak kisah pun.
Posted by
Zulkifli
at
6:11 AM
1 comments
Tuesday, March 25, 2008
Ashraf Wajdi Dusuki:Petualang Perjuangan Islam?
Dr. Ashraf Wajdi Dusuki, mantan Presiden PKPIM diumumkan bertanding sebagai calon UMNO/BN di Parlimen Tumpat pada PRU-12. Beliau adalah muka baru sebagai calon BN untuk menentang calon PAS (YB Datuk Kamaruddin Jaafar) di Parlimen Tumpat. Datuk Kamaruddin Jaafar adalah penyandang kerusi parlimen Tumpat
1. Adakah beliau sudah hilang pertimbangan?
2. Adakah "hubut dunia" kini menjadi pegangan?
3. Di manakah tarbiyyah PKPIM yang diterima selama ini sehingga sanggup menjadi ahli tentera kufar (bersekongkol dengan penentang agama) untuk menentang kepimpinan ulama' dan pejuang-pejuang Islam?
Adakah beliau tidak belajar daripada sejarah?
Dr. Mashitah Ibrahim digugurkan daripada menjadi calon UMNO kali ini kerana pada pilihanraya 2004, beliau hanya menjadi lembu kepada UMNO untuk menumbangkan Ust. Taib Azamuddin di Baling. Dr Mashitah menjadi lembu UMNO kerana beliau mempunyai latar belakang agama yang baik untuk berdepan dengan tokoh ulama' tersohor negara Ust Taib Azamuddin.
Begitu juga yang terjadi pada Prof. Amran Kasimin (bekas anak murid Ust. Dr. Harun Din Al-Hafiz, Timb. Mursyidul Am PAS) yang turut sama digugurkan daripada menjadi calon UMNO di DUN Bangi. Prof. Amran Kasimin juga menjadi lembu kepada UMNO untuk menumbangkan Dr. Shafie Abu Bakar kerana Prof. Amran Kasimin mempunyai latar belakang ilmu agama yang baik setaraf dengan Dr. Shafie Abu Bakar.
Dr. Mashitah Ibrahim dan Prof. Amran Kasimin baru sepenggal menjadi wakil rakyat dan nama mereka terus digugurkan daripada senarai calon UMNO/BN kerana mereka hanya menjadi lembu untuk menumbangkan tokoh ulama' PAS tersohor. UMNO/BN memilih mereka menjadi calon bukan kerana UMNO memuliakan golongan agamawan/ulama' tetapi kerana UMNO hanya menggunakkan agamawan/ulama' (bodoh) untuk menjadi kuda tunggang/lembu kepada perjuangan UMNO demi kepentingan politik mereka.
Adakah Ashraf Wajdi Dusuki buta tentang hal itu?
Adakah beliau tidak sedar bahawa beliau hanya menjadi LEMBU kepada UMNO untuk menumbangkan PAS di Tumpat? Serta menumbangkan Kerajaan Islam Kelantan?
Tergamak Ashraf Wajdi Dusuki menentang Datuk Kamaruddin Jaafar yang juga sealiran tarbiyyah dengan beliau?
note: Datuk Kamaruddin Jaafar ialah mantan Setiausaha Agung ABIM.
Adakah selepas ini ada lagi Presiden-Presiden PKPIM yang mahu menjadi seperti Ashraf Wajdi Dusuki? Menjadi LEMBU UMNO? lupa segala perjuangan dahulu? lupa segala tarbiyyah dulu? lupa segala usrah dulu?
Wahai sahabat-sahabatku, adakah ada di antara anda turut sama mempunyai fikiran seperti Ashraf Wajdi Dusuki?
Wahai sahabat-sahabat dan mantan-mantan PKPIM, apa sudah jadi ni?
Posted by
Zulkifli
at
8:49 PM
0
comments
Monday, March 24, 2008
Warkah "Hari Jadi" untuk Rasulullah
sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak ku luahkan perasaanku ini
kerana itulah aku memilih untuk menulis surat kepadamu
walaupun aku tahu ia tak kan smpai kepadamu
tapi cukuplah untuk mengubat krnduan hatiku ini
suatu ketika dahulu
aku bukanlah seperti aku yang sekarang jarang sekali menghargai maulidur rasul
apatah lagi mengingatimu dengan penuh rasa kerinduan
namun...
aku yang sekarang cukup berbeza .
aku banayk menangis kerana-mu ya rasulullah
ya Allah...aku cukup merinduinya ...
sebak sungguh hati ini bila mendengar sirah hidup
kisah para sahabatmu
terasa seperti engkau ada bersamaku ketika itu
sama-sama mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan
namun apabila aku menoleh
jasadmu tiada disisiku
bertambah sebak hatiku
bertambah rasa rinduku padamu
bertambah kasih-ku padamu wahai kekasih Allah
ya Allah....
jarang sekali air mata ini mengalir suatu ketika dahulu dek perkara2 seperti ini....
jarang sekali hati ini berasa sebak kerana perkara-perkara seperti ini
jarang skali nafsuku tewas oleh perkara-perkara seperti ini ..
jarang sekali akalku berfikir akan perkara-perkara seperti ini..
andai engkau berada dihadapanku ketika ini...
akanku peluk dan dakap dirimu...
serta menangis dalam dakapanmu....
inginku menatap wajah dan senyumanmu...
dan berjalan-jalan bersamamu..
alangkah indahnya saat itu ....
tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata
bagaimana perasaanku ketika itu
namun aku sedar ...
aku berada di akhir zaman...
telah lama engkau tiada dan telah lama meninggalkan daku
namun
engkau ingatan dan kerinduanku kepadamu tidak akan pudar...
aku brdoa agar aku sentiasa..
memanfaatkan 2 hadiah terbesar mu yg engkau tinggalkan kepadaku..
semoga Al-Quran dan Sunnah menjadi penyuluh hidupku
bagi menempuhi dunia yg penuh dengan kegelapan ini..
supaya aku dapat bertemu dirimu diakhirat kelak
dalam keadaan aku tersenyum
dan engkau mmbalas senyuman itu
oh indahnya
bantulah aku...
golongkanlah aku dalam golongan yang akan menerima syafaat darimu
kerana aku tahu...amalanku tidak mampu utk menjamin ku diakhirat kelak
krn terlalu sedikit...
alangkah beruntungnya aku
jika dapat mengecapi nikmat ini lebih awal
dari dulu lagi...tapi...
aku amat bersyukur kepada Allah rabbulalamin krn mmilih ku utk tersedar dari lamunan dunia dan tidak dihanyutkan terus sehingga tenggelam
akan ku manfaat kan sepenuhnya nikmat "kesedaran" ini
dan brusaha menjadi mukmin yg sempurna dan berjaya di dunia dan akhirat
terima kasih ya Allah
akhir kata....
semoga aku mati dalam iman yang sempurna
dan berjaya mengucap dua kalimah shahadah dengan terang dan jelas
serta ditempatkan bersama para sahabat di akhirat dan di syurga nnti
....amiiiinnn.....
salam rindu dan sayang dariku
Posted by
Zulkifli
at
1:39 AM
0
comments
Sekilas Minggu Ini
Alhamdulillah dua hari lepas Zul sempat menghadiri program Forum Analisis Pilihanraya 12 di Markas PAS Teras Jernang,Bangi..Antara ahli panel forum ialah Saudara Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang HARAKAH),Saudara Abdullah Karim (AJK Pemuda PAS Pusat ) serta Dr Wan (pensyarah Sains Politik ,UKM)..Forum mengupas isu2 kekeliruan tentang hubungan PAS-DAP,Dasar Ekonomi Baru,hak ketuanan orang Melayu,persempadanan semula serta banyak lagi la..Walaupun hujan turun pada malam tersebut,tapi alhamdulillah ramai jugak yg hadir..Ahli2 panel pulak mmg lantang bersuara..Tak puas dengar walaupun dekat pukul 12 tgh malam baru habis program..
Kat sini jugak Zul nak ucapkan tahniah buat kembar sahabat baik Zul yang telah melangsungkan perkahwinan pada 22 Mac yang lalu.Zul minta maaf sangat sebab tak dapat datang ke majlis tersebut..Apapun,zul doakan pasangan pengantin kekal hingga ke akhir hayat..
Tak dilupakan ucapan tahniah buat sahabat Zul,ukhti Nisa dan akhi Firdaus yang telah selamat menimang cahayamata pertama pada 22 Mac yg lalu..Moga baby girl tersebut menjadi anak solehah..
Juga ucapan tahniah buat akhi Syahril Inteam dan ukhti Ida yg juga selamat menimang cahayamata kedua pada 12 Mac yg lalu.
Posted by
Zulkifli
at
1:18 AM
1 comments









