Tuesday, October 7, 2008

Ramadhan Yang Hilang



Alhamdulillah, Ramadhan yang kita penuhi dgn amalan-amalan hampir ke penghujungnya. Mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Mati itu pasti dan pasti akan berlaku untuk stiap insan yang dilahirkan dengan nama manusia. Kejayaaan umat akhir zaman ini hanya dalam agama Allah SWT. Sejauh mana kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya, sejauh itulah kejayaan kita.

Kejayaan di dunia mahupun akhirat. Kita akan bertemu Allah dengan wajah yang tersenyum-senyum ketika di hari perhitungan kelak. Ramadhan yang berlalu bukan bermakna ditinggalkan begitu saja. Mungkin semasa Ramadhan, Al-Quran yang kita simpan dikeluarkan dan dibaca. Namun selepas melaungkan takbir raya pada keesokan hari, Al-Quran itu kembali disimpan di almari berkaca. Kalau ini yang berlaku, bermaksud kita gagal dalam akademi Ramadhan kali ini. Semua manusia sedia maklum yang Ramadhan ini merupakan bulan makfirah, keampunan, bulan rahmat. Dan ada golongan cerdik pandai pada era kini menamakan bulan ini dengan nama-nama baru seperti bulan bonus, bulan latihan dan sebagainya. Dalam bulan ini lah, pelbagai peristiwa berlaku.

Berlakunya peperangan antara yang hak dn yang batil iaitu perang badar. Perang ini di mana bertembungnya antara semulia-mulia dan sebaik-baik manusia, iaitu nabi Muhammad saw berganding bersama penghulu segala malaikat iaitu Jibrail. Pertemuan ini bolehlah diibaratkan antara buku dengan ruas, lawannya ialah sejahat-jahat manusia, iaitu Abu Jahal dan dibantu oleh sejahat-jahat makhluk iaitu syaitan laknatullah. Dalam perang ini, umat islam hanya berjumlah 313 org, dan tidak mempunyai kelengkapan perang yang cukup. Mereka hanya membawa keimanan kepada Allah semata-mata. Tentera Abu Jahal pula berjumlah berpuluh-puluh ribu bilangannya dan lengkap dengan senjata moden ketika itu. Nabi berdoa supaya Allah memberi kemenangan kepada mereka dan menyelamatkan agama Islam kerana andai kata umat islam kalah dalam peperangan ini, nabi bimbang tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah selepas itu. Abu Jahal juga berdoa, memohon supaya Allah bagi kemenangan kepada mereka supaya Allah membalas kepada hambanya yang meniggalkan keluarganya dan membawa ajaran yang bercanggah dengan agama mereka. Namun Allah lebih mengetahui tentang segala sesuatu dan memberi kemenangan kepada sesiapa yang benar dan dikehendakinya. Umat Islam bersama pertolongan Allah berjuang bersungguh-sungguh pada ketika itu dan diberi kemenangan oleh ALLAH SWT.

Berbalik kepada Ramadhan yang akan berlalu, institut Ramadhan seharusnya meniggalkan kesan yang mendalam di dalam hati kita. Kesannya kita tidak boleh lihat, namun kita boleh merasai nya. Andai selepas Ramadahan ini kita masih sembahyang subuh jam 7, itu sudah cukup membuktikan bahawa kita sebenarnya gagal untuk memperoleh sijil kelulusan ijazah Ramadhan. Jauh perjalanan kita untuk mencapai 4 flat.

Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan apa yang ada di dalam bulan Ramadhan di bulan-bulan yang lain. Hidupkan amalan-amalan sunat kita dan bersama mencari keredhaan Allah dalam meniti arus kehidupan. Semoga jalan yang kita pilih mendapat keredhaan Allah dan menjadikan kita manusia yang berilmu, beriman, bertaqwa di dunia mahupun akhirat.

Monday, September 29, 2008

Majalah Baru Lagi...=)



Hari ni aku sempat membeli keluaran terbaru akhbar Harakah serta majalah KONSEP keluaran Oktober.Actually,nak cari majalah I,tapi tak sampai lagi.So,ternampak la majalah KONSEP tu.Ni kali pertama aku melihat majalah tu di pasaran.Covernya amat menarik perhatianku.Isu utama yang diletak sebagai cover story ialah "Rawatan Islam di Darussyifa" beserta gambar Dato Dr Haron Din.Isinya amat bagus dan sesuai untuk bahan bacaan masyarakat.
Ok,aku "copy paste" sedikit sebanyak isu yang dikupas dalam majalah ni.Selamat membaca!!

PENGLIBATAN AWAL DALAM PERUBATAN ISLAM
Ustaz Haron Din yang menjalankan rawatan di Darussyifa' pada setiap Selasa mula menerokai bidang rawatan Islam seawall usia 10 tahun.Perubatan Islam itu Berjaya dan mendatangkan hasil yang baik.Maka beliau mula mendekati ayahnya.



Pernah satu ketika seorang mudir di sebuah sekolah jatuh sakit.Beliau yg gemar mengikut ayahnya berubat turut melihat kesakitan yang dialami mudir tersebut.Setelah memulakan proses rawatan,Lebai Din lantas memanggil Ustaz Harun Din untuk membacakan doa.Dari situ bermulalah penglibatan beliau dalam bidang perubatan ruqyah secara langsung.

PENGHIJRAHAN KE KAMPUNG BOHOR MALI

Lebai Din yg berasal dari Kg Pintu Gajah,Pattani telah datang ke Kampung Bohor Mali,Perlis untuk mencari ilmu di samping menyebarkan ilmu yg dimilikinya.Di sana beliau amat tertarik dengan komitmen masyarakat setempat terhadap agama.Bohor Mali bukan sekadar memiliki institusi pondok yg dikenal sbg Pondok Bohor Mali bahkan turut terdapat tempat pengajian Al Quran di dalamnya.Berperanan sbg guru Al Quran,Lebai Din turut dilantik sbg pegawai masjid,muazzin serta bertanggungjawab menguruskan upacara perkahwinan di tempatnya.Berbekalkan tanah seluas empat relung,aktiviti bersawah dijadikan punca pendapatan untuk membesarkan sepuluh cahaya mata.Kemiskinan tidak menghalang Lebai Din untuk mendidik anak-anak menjadi insan berguna.Kepada tiga teruna disisipkan nasihat berguna….

NASIHAT BUAT TERUNA

Ustaz Ishak,Ustaz Abu Hassan serta Ustaz Haron Din dilarang sama sekali menyimpan rambut.Seawal usia muda,rambutnya sudah dicukur.Pada waktu itu,lambang golongan beragama ialah bercukur kepala.Di samping itu,Ustaz Haron Din yg telah menamatkan Sijil Tinggi Kolej di Kolej Islam Malaya (Kini dikenali sebagai KISAS) pada tahun 1965 turut dipakaikan kopiah putih sewaktu membuat kad pengenalan pada usia 12 tahun.

Bapa kepada dua anak lelaki dan tiga anak perempuan ini seterusnya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Syariah (MA) di Universiti Al Azhar serta Diploma Pendidikan di Ains Shams,Universiti Cairo.Kedua-duanya dilakukan serentak dari tahun 1966 sehingga 1968.Selain dipakaikan kopiah putih sewaktu membuat kad pengenalan pada 1952,Ustaz Haron Din turut dilarang menonton wayang pacak.Andai berani untuk curi-curi keluar,nantikanlah “hadiah” daripada ayahnya.


Pada tahun 1960,Ustaz Haron Din telah dibuang sekolah kerana terlibat dalam gerakan pelajar menentang perlantikan mudir baru di sekolahnya.Pada waktu itu,seorang guru dari sekolah Inggeris di Kangar dilantik sbg pengganti mudir terdahulu.Dengan tidak memilik asas agama mahupun Bahasa Arab,ia dilihat sbg satu penghinaan kepada golongan berkelulusan agama.Akibat penentangan polisi tersebut,Ustaz Haron Din serta rakan rakan telah dibuang sekolah.Maka selama dua tahun,beliau hidp tanpa arah.Namun,inilah kuasa Allah.Rezeki itu dating daripadaNya.Meskipun tidak berkelayakan,Ustaz Haron Din diterima memasuki Kolej Islam Malaya pada 1962 setelah Berjaya dalam temuduga yg dihadirinya.

Kanak-kanak di kampungnya sangat gemar berjudi.”Judi kotak rokok” menjadi mainan utama kanak-kanak waktu itu.Beliau yg terdidik dalam suasana Islam di dalam rumah ditegah sama sekali untuk mencampuri kanak-kanak terbabit.Menolak anasir anasir negatif itu,Ustaz Haron Din yg mempunyai kegemaran memancing ini dibesarkan dalam lingkungan ibu,ayah,kakak dan abang yang boleh mengajar Al-Quran.Maka wujudlah satu keluarga yg menjadikan rumah sebagai pusat pengajian Al Quran di Kampung Bohor Mali.Di situlah bermulanya pendidikan tidak rasmi ajaran Islam dan pengamalan perubatan Islam kepadanya.



Tamat pengajian di Mesir pada tahun 1968,Ustaz Haron Din ditugaskan menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munsyi,Pulau Pinang.Pada tahun 1972,Ustaz haron Din telah bertolak ke Universiti Darul Ulum ,Kaherah untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD dalam jurusan syariah.Tamat pengajian,beliau bekerja sbg pensyarah sepenuh masa di UKM sehingga tahun 1995.

HOBI

Sebagai insan normal,Ustaz Harun Din tidak lari dari sunnatullah.Selain berceramah,mengajar,membaca dan menulis,beliau turut mempunyai hobi menghambat burung puyuh,cintar serta wak wak.Sejak kecil beliau sering memburu ayan dan burung di sawah padi.Jangan tak percaya jika dikatakan bahawa Ustaz Harun Din memiliki lessen yg sah selama setahun untuk memburu!



PENGLIBATAN DALAM POLITIK

Ustaz Harun Din mula bergiat dalam kegiatan politik sewala usia belasan tahun.Beliau yg dibesarkan dalam keluarga yg berfahaman Pari Islam Semalaysia (PAS) berkata, “Paling sukar untuk menegakkan prinsip dalam situasi yg tidak membenarkan”.Menjadi jawatankuasa agung PAS pada awal 1977,Ustaz Harun Din dilihat aktif berceramah di seluruh Negara.Sehingga AUKU ditubuhkan pada akhir 1970-an,Ustaz Harun Din terpaksa mendiamkan diri dalam arena politik memandangkan beliau mempunyai perjanjian dengan pihak UKM.

SERANGAN JANTUNG

Beliau yg pernah mendapat didikan secara langsung oleh tokoh ilmuan dunia (Syeikh Baiyummi,Syeikh Idris Al Marbawi,Syeikh Md Abu Zahrah serta Syeikh Abdul Azim al Maani) pernah dihantar ke Australia akibat penyakit tersebut.Pada mulanya beliau telah dihantar ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan,akan tetapi dihantar pula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dimasukkan ke wad kecemasan.Setelah menati hampir tiga jam tanpa rawatan,beliau tekad untuk keluar dan dihantar ke PUsat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Oleh kerana penyakit jantung Ustaz Haron Din didapati serius,beliau telah dterbangkan ke luar Negara untuk rawatan lanjut.Kronolgi ini menafikan dakwaan seorang bekas pemimpin tertinggi Negara yg berkata ,” Haron Din sakit,disembunyikan sakitnya dan berubat di luar Negara.Saya sakit,saya tidak bersembunyi dan dirawat di Malaysia.”

Sunday, September 28, 2008

Kahwin Oh Kahwin

Melihat sahabat-sahabat seangkatan menamatkan zaman bujang,rasa teruja "Nak jugak!".Tetapi tidak tahu calonnya siapa.Usik mengusik dari teman teman membuatkan aku senyum sendiri.Senyum penuh makna.

Firman Allah dalam Surah Yassin ayat 36 yang bermaksud "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui."

Ku renung kembali..Sesuatu yang Allah tentukan,pasti ada hikmahnya.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.Dia tidak menemukan dengan orang yang betul pada waktu yang tidak tepat.Apabila tiba masanya,Allah pasti akan berikan kepada kita.Sebelum mengurniakan orang yg betul,Dia akan uji kita dahulu.Allah menduga kesabaran dan ketaqwaan kita terhadapNya.

Berbalik kepada ketika saat itu.Saat menjadi orang yang melihat "hari gembira" orang lain..Tika ini,baru aku terasa Allah mahu memberi ruang kepadaku untuk bersamaNya.Bersama bagaimana?

Sebelum aku kenal dia,Aku tidak punya sesiapa.Aku punya teman,aku punya keluarga..tetapi rasa kasih yg hadir tidak sama dengan rasa kasih yg aku rasai setelah aku mengenali dia.Saat itu ku rasa Allah adalah kekasihku.Bagaimana dengan kini?Apabila melihat teman-temanku menemui cinta,kurasa kesepian menyelubungi diriku.Bilakah sampai waktu buatku?

Justeru aku kembali kepada Dia yang mencipta.Kesedihan yang aku alami,kukongsi denganNya.Aku tidak betah bangun malam untuk bertemu dengan Kekasih hati..Kutahu Dia dekat denganku.Dia tidak pernah meninggalkanku walaupun sesaat.

Kini,ku tahu jawapannya..Allah mahu aku bersamaNya dan terus mengharapkanNya kerana manusia itu kadang-kadang terlupa.Apabila tiba waktu yg sesuai bagiNya,Dia akan menemukan aku dengan orang yg betul.Betul bagiku belum tentu betul bagi orang lain.Namun,aku serah segalanya kepada Tuhan yg membuat percaturan.Dugaan berkasih bukan sekadar menghindarkan diri daripada dosa zahir tetapi "hati" juga memainkan peranan.Memiliki perasaan dimiliki kadangkala membuatkan aku lupa.Milik siapakah sebenarnya hati ini?

Sedih?Berkongsi dengan dia yang sama-sama dicipta oleh Allah yang Maha Esa.Rasa sunyi?SMS dan telefon menjadi medium aku mendapatkan ketenangan.Bukan lagi kalimah Allah yang kucari.Beriktikaf jauh sekali.Tidak seperti dahulu.Salah siapakah?Ku hisab kembali..Segala yg Allah caturkan,ada hikmahnya.Apa yg Allah berikan kepada kita sudah cantik dan elok.

Syukur kepadaNya kerana menemukan aku dengan cinta insani yang agak lewat.Menjadikan aku terpelihara dan terjaga dari noda.Terima kasih Tuhan..

Saturday, September 27, 2008

Semanis Kurma

Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix.
Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.Buahnya bertangkai seperti buah pinang.Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.

Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan.Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’. Cara buatnya amat mudah ;

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.

Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Friday, September 26, 2008

Program Munajat Ummah

Alhamdulillah,malam tadi aku berpeluang untuk mengikuti program Munajat Ummah di Masjid Sultanah Bahiyah,Alor Setar.Program dimulakan dengan solat Isyak berjemaah,solat Tarawikh,slot tazkirah oleh Ustaz Haron Din serta alunan zikir munajat dan doa yang dipimpin oleh beliau.



Aku memang tertarik dengan corak penyampaiah dakwah Ustaz Haron Din.Masa yang diperuntukkan kepadanya digunakan dengan sebaiknya.Pelbagai isu semasa diketengahkan seperti krisis ekonomi dunia,rancangan jahat Yahudi Amerika,keadaan negara-negara Islam serta banyak fakta fakta yang memang tidak pernah aku ketahui disampaikan olehnya.Satu keistimewaan beliau ialah tidak mencampurkan ceramah politik dengan ceramah ilmiah.Itu sifatnya yang amat aku kagumi.Segala maklumat yang disampaikan disokong dengan hujah yang kuat.

Kali terakhir aku bertemu beliau ialah di walimah Ustaz Nabil beberapa bulan yang lalu.Sifatnya yang amat rendah diri menyebabkan beliau dihormati dan disayangi oleh masyarakat.Selesai sahaja program tersebut,para jemaah muslimin berebut-rebut untuk bersalaman serta mencium tangan beliau.Satu suasana yang jarang-jarang berlaku kepada penceramah lain.Doa munajat yang dipimpin olehnya begitu menyentuh hati dan mampu membuatkan para jemaah menitiskan air mata.Aku sempat juga bersalaman dan mencium tangan beliau.Kejernihan wajahnya amat mententeramkan jiwa yang memandangnya.Benarlah,ulama itu pewaris para Nabi.



Program ini selesai sekitar jam 12.00 tengah malam.Tiada gambar yang sempat ku ambil kerana keadaan jemaah yang terlalu ramai menyukarkan pergerakan.InsyaAllah,di lain masa aku akan mengikuti siri ceramah Ustaz Haron Din lagi.

Tuesday, September 16, 2008

Sekilas Ramadhan

Alhamdulillah,bulan Ramadhan tahun ni sudah sampai ke pertengahannya.Bagaimana ibadat puasa kita ya?Adakah sama seperti tahun lepas?Makin teruk atau bertambah baik?Sama-samalah kita muhasabah diri kita.

Agak lama jugak aku tidak update blog ini.Masa yang agak terhad membuatkanku hanya sekadar membaca shoutbox dan komen yang diberi di blogku.Apapun,terima kasih buat semua yang sudi menziarahi blogku ini.(Ayat macam sasterawan la pulak..Hehe)

Tahun ni aku terpaksa berbuka puasa di Hospital Sultanah Bahiyah ,Alor Setar selama 3 hari.Anak saudaraku yang bongsu dimasukkan ke wad kerana disyaki mengidap demam denggi.Nasib baik takde apa2.Sekadar demam biasa je.Sian pulak aku tengok dia asyik kena ambik darah je.Alhamdulillah,sekarang dah kembali sihat macam biasa.

Persiapan raya?Erm,tahun ni ala kadar je.Aku sedikit sibuk untuk menguruskan persiapan pendaftaran ke KUIS bulan depan.InsyaAllah,aku akan meneruskan pengajian dalam bidang Pendidikan,pengkhususan dalam Pengajian Islam di sana.Alhamdulillah,baju raya tahun ni dah siap dibeli.Warna biru la pulak,ehe..

Minggu lepas juga aku berpeluang berkunjung ke Kedai buku milik keluarga cikgu Abu Hassan Morad.Tak sangka pulak aku dapat jumpa kak Ummu Hani kat situ.Actually,dah 3 kali aku berkunjung ke kedai buku tersebut,tapi tak sangka pulak tu kedai milik beliau.Patutla banyak buku-buku Islamic kat situ.Apapun,syukran Kak Ummu Hani atas kad raya tu .Cantik bangat..Ehe..

Kad raya?Erm,tahun ni macam biasa.Aku akan menghantar kad raya kepada sahabat-sahabat aku yang istimewa.Kalau nak tau anda istimewa atau tak,tunggu la kad raya sampai kat rumah anda.Hehe.InsyaAllah,kad tahun ni special sket sebab ambik dari Galeri Ilmu.

Nak citer apa lagi ek?Erm,takat tu jela kot.Selamat berpuasa

Sunday, September 7, 2008

Ramadhan Kareem

Erm,dah lama aku tidak menjenguk blog ini.Alhamdulillah,baru ada kesempatan hari ni.Apapun,aku ingin mengucapkan salam Ramdhan buat semua sahabat-sahabat yg menjenguk blogku ini.

Adios amigos!!

Thursday, August 28, 2008

Tahniah Buat DSAI



Jumlah Undi Rasmi:
AKIM : 92
PKR : 31,195
BN : 15,524

Majoriti: 15,671
Peratus Perbezaan Undi: 33.54%

Monday, August 4, 2008

Ziarah Ke Maahad Tahfiz Darul Iman

Alhamdulillah,Sabtu lepas,2 Ogos 2008,aku telah menziarahi sebuah maahad tahfiz yang baru saja beroperasi di Kampung Paya Jaras Dalam,Sg Buloh,Selangor.Rasanya sudah hampir 4 bulan aku mengenali mudirnya ustaz Yahya Bin Pikin.Sebelum ini Ustaz Yahya bertugas di Masjid Damansara Damai.Namun atas asbab yang tidak dapat dielakkan,maahad ini terpaksa dipindahkan ke Sg Buloh.

Aku tiba di stesen komuter Sungai Buloh tepat jam 10.00 pagi.Kelewatan tren menyebabkan mudir maahad terpaksa menungguku hampir 15 minit.Ketibaan ku disambut Ustaz Yahya dan dua orang anak lelakinya di stesen komuter.

Perjalanan dari Sg Buloh ke lokasi maahad tahfiz tersebut memakan masa selama 10 minit.Sepanjang perjalanan Ustaz Yahya menceritakan serba sedikit tentang latar belakang Maahad tersebut.

Sesampainya ku di sana,para pelajar sedang mengikuti kelas Al-Quran bersama ustaz mereka.Hanya kelihatan dua orang pelajar yang sedang khusyuk menangkap ikan keli untuk dijual di kolam berhampiran.Setiap hari,para pelajar ini akan diberikan tugas untuk menguruskan persekitaran madrasah seperti menguruskan ternakan itik,ikan keli,kambing serta menyediakan makanan sementara sebahagian pelajar yang lain akan mengikuti kelas Al Quran.Tugasan ini dijalankan secara bergilir-gilir.

Hatiku begitu tertarik melihat keletah dua anak kecil tersebut.Begitu lasak dan berdisiplin menjalankan tugas seharian.Mereka kelihatan agak malu-malu ketika aku mula berbual-bual dengan mereka berdua.Seorang bernama Rusdi dan seorang lagi bernama Faris.Dari cerita Ustaz Yahya,Rusdi merupakan anak kepada seorang wanita Kemboja yg menetap di Kajang,Selangor.Atas faktor kemiskinan dan penceraian,Rusdi terpaksa diserahkan kepada pihak maahad.Hal yang sama berlaku kepada Faris.Bezanya,Faris merupakan anak kepada pasangan Indonesia yang menetap disini.Kedua-duanya baru berusia 11 tahun.

Senyuman dari wajah comel Rusdi dan Faris begitu membuatkan hatiku tenteram.Entah kenapa,sejak kali pertama aku melihat kedua-dua wajah anak kecil ini,hatiku begitu kuat untuk mengenali mereka.Selesai berbual dengan Ustaz Yahya,aku mengorak langkahku mendekati adik Rusdi.Ketika itu,dia sedang sibuk memberi makan kepada itik-itik yang berada di dalam kandang.Lantas ku menolongnya.Kesempatan bersama kugunakan untuk berbual panjang dengannya.Ternyata,dia yang lebih banyak bertanya tentang diriku.Dalam masa yang singkat,mereka berdua sudah mulai selesa dengan kehadiranku.Mereka menggelarkanku "ustaz" walaupun sudah berkali-kali ku tegaskan,cukupla sekadar memanggil "abang".

Tepat jam 12.00 tengahari,para pelajar lain mula bergerak ke dalam kabin untuk bersiap-siap mengerjakan solat Zuhur.Semuanya lengkap beserban dan berjubah putih.Senyuman tidak pernah lekang dari bibir mereka.Sempat ku berkenalan dengan beberapa orang pelajar di situ.Selesai Solat Zohor,aku berkenalan dengan Ustaz Zul,ustaz yang mengajar Al-Quran di situ.Ku lihat ustaz ini begitu mengambil berat dengan kebajikan anak-anak muridnya.Alhamdulillah.

Aku menghabiskan masa di maahad tahfiz ini sehingga jam 6.00 petang.Hatiku terasa berat untuk pulang apabila melihat wajah anak-anak kecil di situ.InsyaAllah,jika ada kelapangan aku ana berkunjung ke sana.

Thursday, July 31, 2008

Pesta Buku Malaysia

Alhamdulillah,semalam aku berpeluang untuk meninjau suasana sekitar Pesta Buku Malaysia yang berlangsung di PWTC bermula 31 Julai - 3 Ogos 2008.Aku memilih untuk menaiki komuter berbanding motorsikal.Mungkin lebih selesa jika aku menggunakan pengangkutan awam,fikirku.Aku bertolak dari stesen komuter UKM tepat jam 11.00 pagi.Nasib tidak menyebelahi aku kerana kaunter tiket di stesen berkenaan ditutup kerana pertukaran syif.Nasib baik,aku memiliki beberapa keping syiling yang boleh digunakan di mesin tiket automatik.Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan,tidak ramai manusia yang menaiki kenderaan itu.Mungkin hari bekerja yang menyebabkan suasana di dalam tren agak lenggang.Aku menghantar SMS kepada sahabatku Ijat dengan mengatakan aku dalam perjalanan ke sana.Ijat merupakan sahabatku yang ku kenali di alam internet.Sampai sahaja di stesen komuter Putra,aku melihat jam di telefon bimbitku.12.00 tengahari!Masih ada banyak masa untukku merayau-rayau di sana.

Sesampainya di PWTC,aku melihat tidak ramai pengunjung yang ada di sana.Mungkin hari pertama,getus hatiku.Aku mula berasa pelik kerana tidak banyak poster-poster tentang Pesta Buku berkenaan dipamerkan di sekitar PWTC.Seolah-olah program berkenaan tidak mendapat liputan yang hebat dari media.Langkah kakiku mula dipercepatkan ke tingkat 3dewan berkenaan.Apabila aku tiba di dewan pameran,tidak banyak booth yang dibuka seperti pesta buku sebelum ini.Hanya booth-booth penerbit buku yang terkenal sahaja ku lihat di kiri kanan dewan.

Aku singgah di booth MPH Bookstore dan Telaga Biru sebelum mencari booth PTS.Sempat jugak ku bertanya kepada staff Telaga Biru tentang buku Satu Rasa Dua Hati.Mereka seolah-olah tidak tahu menahu tentang kewujudan buku itu.Dengan yakinnya,aku menegaskan itu merupakan buku terbaru Ustaz Pahrol Md Juoi.Masakan mereka tidak mengetahui kerana Ustaz Pahrol merupakan penulis tetap di Telaga Biru.Ah,mungkin boleh kucari di gerai lain.

Beberapa kali aku berlegar-legar di dewan tersebut mencari lokasi booth PTS.Mustahil booth berkenaan tidak wujud kerana aku dimaklumkan bahawa beberapa penulis PTS akan berada di booth tersebut sepanjang pesta buku ini.Setelah penat mencari,ku halakan langkahku ke kaunter pertanyaan.Alhamdulillah,seorang wanita bertudung labuh di sebelahku menunjukkan arah lokasi booth PTS.

"Adik jalan terus,sampai hujung dewan,nampak pentas,then PTS kat depan pentas tu "wanita itu memberi penjelasan.Tanpa sempat menucapkan terima kasih,aku terus menghala ke arah yang dimaksudkan.Agak tersorok gerai PTS kali ini.Patutla aku gagal mencarinya tadi.Setibanya aku di gerai tersebut,sesi penggambaran slot "Resepsi Buku" TV1 sedang dijalankan.Tanpa mempedulikan mereka,aku terus membelek-belek beberapa buku yang menarik perhatianku.

Dua buku karya Ann Wang Seng ku bawa ke kaunter pembayaran.Agak menarik pengisian buku itu.Diskaun 10% yang diberikan mengurangkan harga yang perlu dibayar.Sebelum aku melangkah keluar,aku melihat akhi Amin Idris dan Akhi Fadzli Yusoff berada di meja di sudut kanan gerai.Aku terus menegur mereka berdua.Seri pengantin baru pada wajah Akhi Amin masih lagi belum hilang.Aku mengenali mereka berdua menerusi blog-blog mereka di alam maya.Alhamdulilah,Akhi Amin masih mampu mengingatiku dengan gelaran "haziq".

Selepas keluar dari PWTC,aku dan Ijat menghayun langkah ke The Mall untuk makan tengahari.Pelbagai kisah dikongsikan sepanjang kami bertemu.Aku perasan,banyak mata memandang kami berdua.Baru aku teringat yang aku melekatkan badge KeADILAn di beg sandangku manakala Ijat pula memakai pakaian yang tertera lambang UMNO.Aku tersenyum sendirian apabila mengenangkan perkara itu.Aku bergerak ke stesen komuter tepat jam 2.15 petang.

Sepanjang perjalanan,aku membelek2 kedua2 buku yang telah aku beli sebentar tadi.Di hadapanku,satu pasangan sedang asyik memadu asmara.Bacaan ku terganggu apabila melihat ragam mereka berdua.Si perempuan lengkap bertudung dan berbaju lengan panjang.Aku amat yakin kedua-dua remaja tersebut belum lagi bernikah.Kalau la,mereka adik kandungku,sudah lama ku tampar,getusku geram.Betul kata2 ustazku yang mengatakan,mudah bagi kita untuk mengajak kepada yg maaruf,tapi amat susah untuk menghalang yg mungkar.Tidak sanggup melihat maksiat berada di depan mataku,aku mengubah tempat dudukku.Kali ini aku menghadap seorang wanita yang sedang mendukung anak kecilnya.

Kali ini bacaan tidak mampu kuteruskan.Keadaan tren yang bergoyang menyebabkan aku gagal membaca dengan baik.Satu SMS ku hantar kepada Ustaz Pahrol bertanyakan tentang buku tersebut.Sedikit terkejut apabila ustaz memberitahu buku tersebut di bawah terbitan Galeri Ilmu dan bukan Telaga Biru.Patutla staff TB tidak tahu menahu tentang buku tersebut.Aku malu sendirian bila memikirkan apa yang berlaku tadi.

Pada sebelah malamnya aku rancak meratah buku-buku yang aku beli sebentar tadi.Selesai menghabiskan separuh tebal buku tersebut,aku menghantar SMS kepada Akhi Faizal dari kumpulan Farhan Akademi Nasyid.Kumpulan Farhan adalah peserta pilihanku dalam Akademi Nasyid.Dia mengajakku untuk menyaksikan AN di Sri Pentas 2,Shah Alam pada Sabtu ini.Mungkin aku tidak dapat pergi kerana aku sudah berjanji dengan Ikmal untuk ke KUIS Sabtu ini.