Sunday, March 9, 2008

Jangan Jadi Penakut

Terngiang petikan lagu “afraid to read” dari Dawud Wharnsy Ali –

I sent an email to my loved one, just the other day
It’s sad communication has evolved this way.
We use so many words but have so little to relay
as angels scribble down every letter that we say.
All the viral attachments sent and passionate insults we vent
It’s easy to be arrogant behind user passwords we invent.
But on the day the scrolls are laid, with every word and deed displayed,
when we read our accounts, I know, for one, I’ll be afraid.

That day I’ll be so afraid to read,
every harsh word that I’ve spoken - and every time I have lied.
I’ll be obliged to admit,
I’ll be obliged to submit
Will I have strength owning up to each deed I’ve tried to hide?
Oh Allah, I’m so afraid to read.

Bermula ana mengenal internet & alam maya. Ana ingin ‘create’ email ana sendiri. Lama memikirkan username yang nampak cantik & ‘gempaq’. Ketika fikiran kebudakan(form 3,4,5), macam2 email dengan username/ID pelik telah ana cipta & ana gunakan. Tapi ana tak rasa seronok & bangga dengan email tersebut. Terkadang apabila ana perlu ‘mail’kan email kpd pihak sekolah, JPA, atau apa2 urusan rasmi, ana jadi malu dengan username yang pelik. Justeru, tak lama selepas itu, ana terus tetap dengan email ana yang ana terus gunakan ke hari ini

Mudah, rasmi, nampak cantik. Jadi, ana bertanggungjawab atas apa-apa yang keluar dari email tersebut. Andai ana register untuk sesuatu, maka ana memegang nama tersebut & secara terus, tanggungjawab jatuh pada ana & bukan kepada Mr Secret atau Mr Eatmygut, atau Mr Ntahpape atau Mr bulanterang & sebagainya..

Tidaklah ana menidakkan orang yang menggunakan nama2 lain sebagai username atau ID. Cantik juga dgn nama merpatiputih, ummuaiman & fatehsaleh krn cara itu turut digunakan oleh org hebat terdahulu. Cumanya bila kita gunakan nama yang pelik2 seperti penanaknasi, nasigoreng, duriansedap, ‘we could be anyone’. Jadi ada kemungkinan & ada ruang untuk kita menyebar kata fitnah, menyebar propaganda, membawa kata benci, atau berhujah mengikut perasaan tanpa perlu diri kita & nama kita bertanggungjawab terhadap apa2 yang kita fatwakan atau keluarkan.

Selagi mana kita tidak menyalahgunakan ID & username kita, itu tidak menjadi masalah. Yang berat bila kita menjadi ‘ghost’ & kita sesuka hati menyampaikan idea kita sebab Mr Ghost tidak wujud didunia reality. Mungkin dalam satu website, ideanya adalah penuh dgn idea khalafi, kita ingin sampakan idea salafi tanpa menjejaskan nama kita, kita pun gunakan nama CINTACINTU. Ini tidak bertanggungjawab. Andai kita nak sampaikan idea & bersalahan dengan mainstream web itu, biar kita berani & nyatakan apa yang kita nak nyatakan. Biar moderator boleh berhubung dgn kita & berbincang dgn kita tentang idea & pendapat kita. Terkadang kita menjerit di’shoutbox’ sesuka hati dgn nama yang pelik2 & kita berani sebab itu bukan kita. ‘Kita’ yang itu tidak wujud di alam reality. Peduli apa!!

Tahniah Buat Dr Mohd Hayati

Alhamdulillah..Tahniah buat Dr Mohd Hayati Bin Othman kerana berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pendang..Zul mmg suka dengan kredibiliti dan ketrampilan Dr Hayati ni..Zul mula mengenali beliau sejak Zul sekolah rendah lagi..Masa tu,kalau demam ke,sakit ke,mesti akak Zul hantar pi klinik Dr Hayati ni..Akak Zul mmg orang kuat BN,tapi pelik pulak bila dengan Dr Mohd Hayati ni,ramai orang yang suka kat dia..Hehe..Kalau dulu Dr Hayati menang dengan majoriti undi 50 je,tahun ni beliau menang besar dengan 4073 undi..Fuh..Cayala Dr Hayati..Apapun,zul yakin dengan kepimpinan Pas di Parlmen Pendang...

PAS turut memenangi Parlimen Padang Terap,Pokok Sena,Jerai,Sik dan Baling..Parti Keadilan pulak menang di Parlimen Kuala Kedah,Merbok,Sg Petani,Padang Serai serta Kulim-Bandar Baharu..Alhamdulillah..

Keputusan PRU-12 juga boleh diibaratkan satu gelombang umpama tsunami yang menimpa BN dan cukup untuk membuatkan pemimpin BN resah gelisah menghadapi kebangkitan rakyat.

Apapun tahniah buat PAS ,PKR serta DAP yang berjaya menguasai Pulau Pinang,Kedah,Kelantan,Selangor dan Perak!!!!

Tuesday, March 4, 2008

Salam Takziah Dan Tahniah

Salam takziah ana ucapkan buat sahabat ana,akhi Mohd Najib Bin Mohd Zaid yang telah kehilangan bapa tercinta pada petang semalam.Arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.45 petang,3 Mac 2008..Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Ameen..Banyak2 bersabar ye Abang Najib..

Juga ucapan takziah ana ucapkan buat ukhti Siti Azrin Bt Dzulkifli yg telah kehilangan nenek tercinta pada pukul 6.00 petang,4 Mac 2008..Setiap yang hidup pasti merasai mati...Ana harap enti tabah di sana dalam meneruskan jihad pengajian..Ana doakan roh arwah ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman..Ameen

Belum terlambat rasanya untuk ana ucapkan tahniah buat sahabat ana,ukhti Siti Aishah bt Rahidin serta akhi Azrin atas kelahiran anak kedua mereka Nur Aina Zahira..Sedap nama tu..Pandai abi ngan ummi dia pilih..Pak Cik Zul dah tak sabar nak dukung Aina ni..Hehe..Cepat2la balik KL ek..

Lastly,ucapan selamat hari lahir buat sahabat ana,Fikhry Hakim Mohd Hilmi yg menyambut hari lahir ke 21 pada hari ini..Moga pertambahan usia enta seiring dengan pertambahan amal ibadat enta..Takde hadiah nak bagi,hanya doa seorang sahabat...Ehee

Monday, March 3, 2008

Demam Pilihanraya

Gempak je tajuk tu..Hehe..Saje je letak demam pilihanraya..Maklumlah sekarang ni musim2 orang sibuk berkempen..Tahun ni kali pertama zul nak mengundi..Tu yang bersemangat sket tu..Ahad lepas zul pi KL Sentral jap..Jumpa sahabat2 kat sana..Sepanjang perjalanan dari komuter UKM ke KL Sentral,banyak sangat poster2 yang digantung kat tepi highway tu..Meriah je..Tapi macam biasala,zul tetap setia pada yang satu..Nak tau zul undi apa?Rahsia la kan..Ehe..

Em,nak citer sket pasal program Ahad lepas..Sahabat2 ada buat sket majlis kat KL Sentral sempena nak meraikan pemergian Syah ke Australia untuk menyambung pengajian kat sana.Meriah la jugak majlis tu walaupun dibuat ad-hock..Antara sahabat2 yang turun Mama Zana,Kak Ina,Kak Aznah,Abang Hamid,Abang Azhar,Saiful,Syah,Kak Nor Bomba,Kak Nur Cheras,Nazirah,Mama HC,Hasanah,DJ Razak IKIM serta DJ Rohani IKIM..

Terima kasih buat Kak Nor Bomba sebab susah payah masak mee tu..Sedap sangat..Zul sampai dah tak larat nak bangun sebab makan banyak sangat..Dengan kek coklat dan pelbagai jenis kuih lagi,cnfmla full perut zul ni..Hehe..

Also buat Kak Ina,thanx for sharing with me..

Vote For Islam!!!



P11 PENDANG
DR. MOHD. HAYATI BIN OTHMAN

UMUR : 51 TAHUN
PENDIDIKAN : M.D ( UKM ) 1983
PENGALAMAN KERJAYA : PEGAWAI PERUBATAN
PEKERJAAN SEKARANG : AHLI POLITIK DAN DOKTOR SWASTA
JAWATAN DALAM PAS : NAIB YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PENDANG

Friday, February 29, 2008

Monday, February 25, 2008

Sekilas Minggu Ini

Minggu ni zul kena sakit tekak..Dah seminggu suara jadi macam "kartun"..Kifarah dosa kot..Huhu..Alhamdulillah,hari ni bertambah baik sket.Dah macam2 cara zul buat untuk hilangkan sakit tekak ni,tapi tak menjadi jugak..Air asam jawa,fisherman friends,strepsil,semua zul dah cuba,tapi xberhasil jugak..Kalau sahabat2 ada petua bgtau la ek..

Sabtu lepas zul ada jumpa sahabat2 ikim kat KL Sentral..Ramai jugak la yg turun.Antaranya Ummi Saedah,Kak Nur Cheras,Abi Yahya,Ummi 3 Ummu,Kak Nor Bomba,Ashraf,Adib,Azmir,Kak Ina,Azrin dan jugak DJ Razak IKIM..Sakan jugakla dok borak dengan diorang semua.

Semalam pulak,lepas2 Subuh dah bertolak ke UM..Ada hal kat sana..Punyala sejuk naik motor sorang2 subuh2 tu..Sampai Masjid kat UM tu dalam pukul 7.00..Laju jugak zul naik motor..Ehe..Balik tu mmg dah tak larat sangat..Last2 terus tertidor..

InsyaAllah,bulan 5 ni zul akan sambung study dalam bidang syariah kat KUIS..Mesti pelik kan naper zul tukar landasan tiba2..Hehe..Sebenarnya dah lama zul nak ambik kursus syariah tu..Tapi xde rezeki lagi..Alhamdulillah,dah dapat peluang untuk masuk sana..Kalau ada rezeki,zul nak sambung study kat Mesir..Tu cita2 zul la..Doakan ye..

Tuesday, February 19, 2008

Wednesday, February 13, 2008

Kasih Si Anak Kecil

Pernahkah kita terfikir, betapa Allah s.w.t telah mencampakkan perasaan sayang kita kepada anak kecil? Betapa biasanya si anak kecil menjadi bahan tawa dan hiburan buat kita. Menjadi penyeri kesunyian kita. Menghilangkan rasa bosan dan tekanan. Betapa apa dilakukannya biasanya dipandang lucu dan menghiburkan. Betapa besar kuasa Allah.

Sebenarnya perasaan kasih sayang kepada yang lebih kecil ini bukanlah dicampakkan ke dalam hati manusia sahaja. Sedangkan biantang yang bagaimana buas sekalipun mempunyai perasaan kasih kepada anak-anaknya. Tak pernah sekali kita mendengar spesis binatang pupus, kerana binatang yang tua habis memakan anak-anak. Biasa yang kita saksikan betapa jiwa halus di dalam binatang turut mengasihi dan memberi perlindungan kepada yang masih kecil. Pada manusia juga begitu. Itulah mungkin sebabnya Rasulullah ada bersabda yg lebih kurang bermaksud : Bukanlah dari golongan kami yang tidak mengormati orang tua kami dan tidak menyayangi orang yang lebih muda. Betapa indah susun atur Islam bersesuaian dengan fitrah manusia.

Rasulullah juga ada bersabda : Anak-anak itu menjadi punca si bapa menjadi bakhil dan pengecut. Betulkah bakhil apabila ada anak? Tentu sekali. Susah hendak mengeluarkan duit kerana ingin menabung untuk kebajikan anal-anak di hari muka. bagaimana pula sifat pengecut? Tentu sekali seseorang bila dah ada yang tersayang di rumah, mula merasa gerun akan kematian. Takut sekali jika dia meninggal dunia, bagaimana hari muka anak-anaknya nanti. Kerajaan kita pun ada buat kempen: "Pandulah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang". Kalau begitu tak mengapa lagi. Bagaimana pula kalau ada panggilan jihad. tentu berat sekali bukan, melainkan kita memiliki jiwa sehebat Handzalah..

Seorang datuk lebih sayangkan cucu dari anaknya.. Mengapa ya? Tentu sekali begitu, kerana fitrah manusia memang begitu. Sayangnya kita kepada anak-anak kecil amat mendalam. Walaupun ada yang mencarik fitrah tersebut di zaman kita ini, namun ia tidak dapat menafikan betapa sifat ini telah Allah campakkan ke dalam jiwa kita.

Friday, February 8, 2008

Rindunya Nak Menaip...

Alhamdulillah,hari ni dapat jugak ruang masa untuk menaip entry baru kat blog ni..Macam2 perkara baru yang berlaku kpd zul sepanjang bulan lepas..Badan pun dah xberapa sihat..Kafarah dosa..Moga Allah mengampuninya..

Ok,zul nak start citer pasal program pada 27 Januari 2008 yang lalu..Hari tu zul dengan kawan2 dah buat pakatan nak pi tengok show Inteam kat UKM KL..Rasanya dah dekat setahun tak dengar Inteam nyanyi LIVE..Haha..

Kami bertolak dari Bangi dalam pukul 10 lebih..Janji dalam pukul 9.00 pagi..Tapi biasala..Jam Melayu..Hehe..Cnfom lewat sejam jugak..Lewat pun sebab zul jugak..Tido balik lepas Subuh..Sedaq2 dah pukul 9.30 pagi..Mengamuk Ainur jadi batu bersurat tunggu kami..Sori ye Ainur..

Dari Bangi kami pi ambik Fadilah pulak kat UPM Serdang..Sempat jugak me"nension"kan seorang sahabat kami yg xdapat join..Haha..Dia ada exam malam tu,so xdapat join la konvoi kali ni..

Sebelum pi tgk konsert malam tu,kami sempat jugak pi Carefore jap..Punyala ramai orang kat situ..Abang Faizal nak beli barang jap kat situ..Yang lawaknya,zul terlupa kat mana diorang parking kereta..Punyala tawaf satu tingkat cari kereta..Last2 jumpa jugak dengan penuh kepenatan..Lps ni serik dah nak terpisah ngan org kalau pi jalan2..

Dalam pukul 4.00 petang,kami pi ziarah rumah Ikmal jap..Bukan sekadar ziarah je,tapi dapat pengalaman baru makan makanan Jawa.."Nasi ambeng"..Nak tau camner rupa nasi ambeng tu?Tgk gambar kat bawah ni..



Punyala sedap menu ni..Cara nak makan pun quiet interesting..Nasi putih dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk dan dimakan secara beramai2 dalam satu bekas..Mmg terasa ukhwah yg kuat bila makan tu..Tengah dok sedap makan,abang Ikmal ngan kak ipar dia pun sampai dengan dua cute baby diorang..Terkejutla kejap dapat jumpa Wardina Saffiyah secara LIVE..Biasa tengok kat TV je..Tapi xdela buat muka excited sangat..Kami pun cover2 la jugak..Hehe..Tapi baby dua org tu mmg cute sangat..Tak ingat plak nama depa..Tapi yg pasti bukan Kaisara la..Hehe



Lps tu kami terus ke UKM KL..Mata dah pula mengantuk sangat dah masa tu sebab dah terlebih makan..Masa kami sampai Inteam baru habis buat sound check..Lps maghrib kami pun memenuhkan dewan..Sahabat2 lain pun mula sampai..Antaranya Ijat ,bazlin,aisyah,yeopmi dan ramai lagi la..Actually zul ada ajak ramai jugak lagi,tapi ramai yang xdapat join..Takpela,mungkin next time ek..